KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”

kuda-kepang

Blog ini menerima satu panggilan telefon pada awal pagi, 19 Mac 2008, yang mengatakan bahawa lima Ahli Parlimen UMNO, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, memang sedang “memberontak” kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12.

Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.

Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.

Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.

Kata mereka, sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni Khairy.

Pokok persoalannya pada saat dan ketika adalah seperti berikut:

Adakah kabinet Abdullah kali ini merupakan kabinet yang diramalkan oleh buku The Toyol Code tulisan saya?

Mungkinkah “pemberontakan” ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi Ahli Parlimen UMNO?

Mungkinkah Ahli Parlimen UMNO yang “memberontak” tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing, tetapi terus melompat ke pihak parti pembangkang?

Dan, jika berlaku “exodus” Ahli Parlimen UMNO ke pihak pembangkang, mungkinkah tidak lama lagi pihak pembangkang pula yang akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat? Ruhanie Ahmad

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive