KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

KHAIRY YANG KONNONNYA ...


Selagi Pak Lah PM saya di luar kerajaan
agendadaily

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan menyertai pentadbiran kerajaan selagi bapa mertuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebaliknya, beliau mahu menjadi ahli Parlimen biasa yang menjadi penyokong kerajaan di dalam Parlimen sahaja.

"Saya tidak akan menyertai pentadbiran selagi Pak Lah jadi Perdana Menteri," katanya kepada wartawan selepas mesyuarat exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang membincangkan isu surat Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan di ibu pejabat UMNO, Kuala Lumpur hari Selasa.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai pembentukan kabinet hari ini yang sebelum ini ada berita yang menyebut dirinya akan disenaraikan sebagai salah seorang anggota pentadbiran kerajaan.

Menurut Khairy, beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai pendiriannya itu setelah dicalonkan pada pilihan raya umum yang lalu dan Abdullah bersetuju dengan pendiriannya.

Mengenai kedudukannya di dalam Pergerakan Pemuda, beliau berkata, beliau mahu terus berkhidmat di dalam pergerakan itu selagi mendapat kepercayaan ahli-ahli UMNO.

"Kedudukan saya di dalam Pemuda ditentukan oleh para perwakilan...selagi mana mereka mahukan saya berkhidmat saya akan teruskan," katanya sebagai menjawab cakap-cakap bahawa beliau berminat untuk mengetuai sayap kanan parti berkenaan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive