KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 19, 2008

Kelantan Umum Portfolio Exco Kerajaan Negeri

Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengumumkan portfolio 11 anggota Exco kerajaan negeri yang baru, tiga daripada muka baru, selepas PAS berjaya membentuk kerajaan negeri buat penggal kelima pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob ketika mengumumkan senarai itu berkata kerajaan negeri mengekalkan 11 portfolio seperti penggal yang lepas namun terdapat beberapa perubahan daripada segi nama portfolio.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan - portfolio Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli manakala

Datuk Ahmad Yaacob Timbalan Menteri Besar portfolio - Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah.

Datuk Husam Musa - portfolio Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan

Datuk Anuar Tan - portfolio kepada jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pepaduan Masyarakat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Datuk Takiyuddin Hassan - sektor pelancongan kini dimasukkan bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

Nik Mohd Amar Nik Abdullah - portfolio Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah

Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman - portfolionya Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar yang sebelum ini dikenali sebagai Kerja Raya, Infrastruktur dan Alam Sekitar.

Abdul Fattah Mahmood - portfolio Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO

Muka Baru
Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan - portfolio Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi.

Che Abdullah Mat Nawi - porfolio Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi

Wan Ubaidah Omar (Exco wanita) - portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive