KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label ZAM keparat. Show all posts
Showing posts with label ZAM keparat. Show all posts

Mar 11, 2008

ZAM NANGIS SEDIH ..... (Shhhhh)

Zam tangisi berpisah dengan RTM
Malaysiakini

Bekas menteri penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin, yang tewas di Sungai Petani, hari ini mengadakan sidang akhbar terakhirnya di Angkasapuri dan menyatakan terkilan terpaksa "berpisah dengan kawan rapat, terutama di bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM)."

"Saya tidak menangis kehilangan jawatan ahli parlimen dan menteri penerangan. Saya bukan mencari jawatan. Saya hanya penumpang," katanya kepada media.

"Saya menangis kerana terpaksa berpisah dengan kawan rapat di kementerian terutama bilik berita RTM."

Beliau menambah, "saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Biar rakyat menghakimi saya."


Zainuddin, yang lebih popular dipanggil Zam, juga mengakui pilihanraya 2008 berjaya menonjolkan semula pengaruh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mar 8, 2008

OHHH ... ZAM, KAU LAH IDOLA KU

http://farm3.static.flickr.com/2339/2059035033_3f728b7b6c.jpg

Dia ni bukan ada kena mengena dengan Khairy, tapi kulit macam serupa. Wajah ketika jadi menteri .... handsome. Tapi mungkin sekarang dah berserabai. Kalau ada masa, pegi jenguk rumah ZAM ni, takut jadi GILA. Cakap sorang sorang.

yang ini pulak !!!

http://www.asiasociety.org/asia21/Khairy.jpg

Yang ni menantu kesayangan Dollah Badawi. Korang rasa lepas ni menantu dan mertua bercakap atau masam muka. Menantunya menjadi punca kekalahan UMNO secara besar besaran. kalau aku jadi menantu macam ni, tak balik jumpa mertua la.

DOllah ; Ini kau punya pasal la !!!
Khairy: Tak der bah, bukan saya...tapi NORI
Dollah: Ko jangan nak dalih dalih
Khairy: Betul bah ...babah tak sayang kat cucu babah ke !!!
Dollah: Poooraaahhh . menantu apa kau ni? Menantu ke hantu? Ko punya pasal la aku tak dapat naik kapalterbang 200 juta lagi. Kena pindah tau !! Tak boleh duduk kat Istana. Mana aku nak letak mak baru tu?

Jan 28, 2008

Jelas sudah Mamak Maidin memang jadi masalah kepada parti

serkamvelley.

SUNGAI PETANI 27 Jan. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menegaskan bahawa beliau tidak mahu menjadikan dirinya sebagai satu masalah kepada pucuk pimpinan UMNO sekiranya dipilih atau tidak untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang. Zainuddin berkata, beliau akan akur terhadap apa jua keputusan yang dibuat Perdana Menteri dan tetap menyokong mana-mana calon BN di Parlimen Merbok sekiranya tidak bertanding lagi. “Saya tidak mahu menjadikan diri saya sebagai satu masalah kepada bahagian, pucuk pimpinan, UMNO dan pengundi di kawasan ini.“Sekiranya saya tak dipilih pun, tidak ada masalah. Kalau saya disuruh bertanding, saya bertanding,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 peringkat Parlimen Merbok di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar dekat sini hari ini.Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengingatkan setiap pemimpin UMNO supaya menerima hakikat bahawa ada dalam kalangan mereka yang tidak akan terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12.

Menurut Zainuddin, beliau juga bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran bagi membantu semua pihak kelak.“Yang penting sekarang ialah kemenangan Barisan Nasional (BN). Malah, kalau boleh, di Merbok kita nak hilangkan deposit calon parti lawan,” jelasnya.Semalam Zainuddin menolak spekulasi beliau enggan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Merbok pada pilihan raya umum kali ini.Sebaliknya, Zainuddin menegaskan, beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen tersebut sekiranya pucuk pimpinan mahukan beliau berbuat demikian.Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok itu berkata, BN diyakini akan memperoleh kemenangan besar di semua kerusi yang dipertandingkan di Kedah.

Pembangkang akan hilang kerusi mereka kerana rakyat sudah boleh menilai keadaan sebenar sekarang.“Malah, rakyat Kedah juga memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mahdzir Khalid) kerana beliau berjaya menyampaikan apa yang dikehendaki mereka,” katanya.BN Kedah menguasai 31 kerusi DUN dan 14 Parlimen manakala pembangkang hanya menduduki lima kerusi DUN iaitu Belantek, Sungai Limau, Tokai, Anak Bukit dan Bukit Pinang selain satu kerusi Parlimen iaitu Pendang

Jan 27, 2008

Hujan perambat ZAM keparat..

Oleh enamjahanam

Pada 25 hb Januari yang baru lepas, maka ZAM yang cakap tak ketahuan ini telah merasmikan satu program merapu yang dinamakan e-media. Maka datanglah puak-puak UMNO yang tua-tua ( sebab yang muda takTeladan mau UMNO dah ) serta sudah nyanyuk berduyun-duyun dari serata pelusuk Malaysia untuk menyaksikan pertunjukan yang "hebat" itu.

Punyalah ramai yang datang menaiki bas free dan nasi bungkus free serta duit poket sekupang dua untuk menunjukkan muka yang dah tua bangka. Kubur kata mari...rumah kata pergi... Program ini diadakan di dataran di Sungai Petani berhadapan dengan jam besar dan berlakulah keadaan yang kelam kabut.

Aku yang ketika itu sedang baru balik dari seminar perniagaan pun tersekat. Menyampah aku tengokj makcik-makcik tua bangka terhingut-hingut dalam keadaan yang begitu kelam kabut. Mana anak cucu mak cik ni. Agaknya pi dangdut kot sampai lupa nak jaga makcik yang dah gayut nih...

Tapi itu bukanlah yang aku nak cerita sangat sebab semua propgram UMNO memang depa kena upah orang untuk mai. Kalau tak makcik gayut ni pun lebih baik tengok AF. Pada malam itu, mena tak semena hujan turun begitu lebat tanpa disangka-sangka. Hujan bercampur dengan kilat sabung menyabung. Sungguh menakjubkan sebab di SP ini lama dah tak hujan. Bila hujan turun dengan lebatnya maka bertempiaranlah lari makcik yang dah gayut ni.

Terhingut-hingut kesana kemari .

Petugas UMNO jangan kiralah, depa lari lebih awai lagi. Maka malam tu jadi berterabur dengan kertas dan poster melayang rata, tudung-tudung sempoi makcik pun berterebang kesana-sini. Pelik tetapi itulah yang terjadi. Aku telefon member di Guar Cempedak, Di Pendang, dan kawasan-kawasan yang berdekatan.

Depa semua kata tak hujan malah kering kontang. Malam itu hujan mungkin sebagai petunjuk dari Allah bahawa program itu dilaknati Allah. Nampaknya bukan fru buta kayu yang halau manusia yang berhimpun tu, tetapi Allah turunkan hujan yang kalau FRU buta kayu ada pun rasa aku depa lari sama....

Sekadar untuk renungan bagi pengampu UMNO yang dah tua gayut.

Posting terkini

Blog Archive