KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

Jelas sudah Mamak Maidin memang jadi masalah kepada parti

serkamvelley.

SUNGAI PETANI 27 Jan. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menegaskan bahawa beliau tidak mahu menjadikan dirinya sebagai satu masalah kepada pucuk pimpinan UMNO sekiranya dipilih atau tidak untuk bertanding lagi pada pilihan raya umum akan datang. Zainuddin berkata, beliau akan akur terhadap apa jua keputusan yang dibuat Perdana Menteri dan tetap menyokong mana-mana calon BN di Parlimen Merbok sekiranya tidak bertanding lagi. “Saya tidak mahu menjadikan diri saya sebagai satu masalah kepada bahagian, pucuk pimpinan, UMNO dan pengundi di kawasan ini.“Sekiranya saya tak dipilih pun, tidak ada masalah. Kalau saya disuruh bertanding, saya bertanding,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 peringkat Parlimen Merbok di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar dekat sini hari ini.Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengingatkan setiap pemimpin UMNO supaya menerima hakikat bahawa ada dalam kalangan mereka yang tidak akan terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum ke-12.

Menurut Zainuddin, beliau juga bersedia menyumbangkan tenaga dan kepakaran bagi membantu semua pihak kelak.“Yang penting sekarang ialah kemenangan Barisan Nasional (BN). Malah, kalau boleh, di Merbok kita nak hilangkan deposit calon parti lawan,” jelasnya.Semalam Zainuddin menolak spekulasi beliau enggan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Merbok pada pilihan raya umum kali ini.Sebaliknya, Zainuddin menegaskan, beliau akan terus mempertahankan kerusi Parlimen tersebut sekiranya pucuk pimpinan mahukan beliau berbuat demikian.Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Merbok itu berkata, BN diyakini akan memperoleh kemenangan besar di semua kerusi yang dipertandingkan di Kedah.

Pembangkang akan hilang kerusi mereka kerana rakyat sudah boleh menilai keadaan sebenar sekarang.“Malah, rakyat Kedah juga memberikan sokongan padu kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mahdzir Khalid) kerana beliau berjaya menyampaikan apa yang dikehendaki mereka,” katanya.BN Kedah menguasai 31 kerusi DUN dan 14 Parlimen manakala pembangkang hanya menduduki lima kerusi DUN iaitu Belantek, Sungai Limau, Tokai, Anak Bukit dan Bukit Pinang selain satu kerusi Parlimen iaitu Pendang

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive