KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

Aww Datang Bikin Sibuk


serkamvelleyonline

BUKIT MERTAJAM 27 Jan. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah dilantik secara rasmi sebagai penyelaras jentera UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang.Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, pelantikan tersebut diluluskan Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan persetujuan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, pelantikan Hishammuddin itu dilihat sebagai strategi penting bagi memberi tumpuan khusus kepada matlamat UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR)."Beliau (Hishammuddin) berjanji kepada Perdana Menteri untuk menjadi 'bapa angkat Permatang Pauh' dan menyatakan komitmen 100 peratus memastikan Permatang Pauh kembali kepada UMNO."Ini penghormatan besar kepada jentera UMNO di Permatang Pauh selain membuktikan kesungguhan pucuk pimpinan parti untuk mengakhiri penguasaan PKR di kubu kuat mereka di sini," katanya.

Khairy berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan ahli-ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.Khairy berkata, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran dijangka mengadakan kunjungan ke beberapa kawasan sekitar Parlimen Permatang Pauh sempena lawatan rasminya ke Pulau Pinang pada 6 Februari ini.Beliau berkata, sentimen reformasi yang menjadi modal politik PKR pada pilihan raya 1999 dan 2004 sudah tidak relevan dan pengundi mampu menilai kemampuan kerajaan BN dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, hubungan yang semakin erat di kalangan ahli-ahli UMNO di Permatang Pauh akan menjadi kunci utama kepada kejayaan parti untuk mengakhiri penguasaan PKR di kawasan Parlimen tersebut sejak pilihan raya umum 1999.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive