KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

BOHONGNYA DOLLAH

Penghapusan Kemiskinan Tegar Hampir Capai Sasaran, Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 28 Jan (Bernama) -- Sasaran kerajaan untuk menghapuskan kemiskinan tegar di negara ini kini hampir mencapai matlamatnya; lebih awal daripada jangka waktu yang ditetapkan pada 2010, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata kemiskinan tegar telah dikurangkan daripada 1.2 peratus pada 2004 kepada 0.7 peratus tahun lepas.

Angka itu diperolehi daripada statistik awal "household income survey" (tinjauan pendapatan isi rumah) yang dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun lepas dan kajian itu akan dimuktamadkan Mac depan, katanya di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Beliau berkata jika angka muktamad nanti menunjukkan bahawa kemiskinan tegar hanya 0.7 peratus daripada penduduk Malaysia, jentera pentadbiran kerajaan harus berusaha mengenalpasti siapa dan di mana baki keluarga kemiskinan tegar itu berada.

Jentera pentadbiran harus melihat kembali program-program yang tersedia dan membuat penambahbaikan agar sasaran tercapai, katanya.

Bagi kadar kemiskinan pula, Abdullah berkata statistik awal menunjukkan ia telah dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 ke 3.5 peratus tahun lepas.

Beliau berkata jurang pendapatan antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar berkurangan dari nisbah pendapatan 1 kepada 2.11 pada 2004 ke 1 kepada 1.99 pada tahun 2007.

(Maksudnya, pada 2004, jika setiap penduduk luar bandar berpendapatan RM1 maka setiap penduduk bandar pula berpendapatan RM2.11. Dalam bahasa mudah, pendapatan penduduk bandar lebih dua kali ganda berbanding pendapatan penduduk luar bandar pada 2004 tetapi jurang itu telah dikurangkan tidak sampai dua kali ganda pada tahun lepas).

TIBA TIBA .......

Program Jejak Fakir berjaya kesan kemiskinan tegar di kawasan PM
Mohd Sabri Said


KEPALA BATAS, 28 Jan (Hrkh) - Program Jejak Fakir anjuran PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan) Kepala Batas semlam berjaya menyaksikan kemiskinan tegar masih ketara di parlimen yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional (BN) khusunya Parlimen Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Selama ini, BN sengaja melindungi isu berkenaan dengan memaparkan cerita kemiskinan di negeri yang dimenangi pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat kononnya mereka boleh jatuh papa kedana ekoran pembangkang tidak boleh memberi kemodenan atau tidak bijak mengurus ekonomi.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas, Zulkiply Ishak berkata, rupa-rupanya di kawasan yang dikuasai Umno terutamanya di parlimen Perdana Menteri sendiri tahap kemiskinan masih tinggi.

Tidak sangka sambungnya, ada lagi golongan miskin hanya merasai tempias pembangunan sahaja walhal sekumpulan kroni yang rapat dengan tokoh nombor satu negara itu ketawa besar di samping menikmati habuan yang diterokai.

"BN dan Umno harus menilai pemerintahan mereka kerana terlalu banyak masyarakat miskin hidup dalam kesukaran berlainan dengan slogan yang dipaparkan," ujarnya. More...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive