KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

Kerajaan Malaysia keenam paling cekap di dunia

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam terbaik di dunia berbanding tempat kelapan pada tahun 2000, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, Perdana Menteri berkata, Malaysia yang tergolong dalam negara-negara mempunyai 20 juta penduduk atau lebih mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

“Di atas kita ialah China, Kanada, USA, India dan Taiwan,” katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di sini hari ini. - Bernama

No2umnO
- Pehhhh...hebat. Tapi apa pengertian sebenar "KECEKAPAN" itu. Cekap bagaimana? Apa yang jelas kelihatan dan terbukti sekarang adalah sikap cekap kerajaan didalam menutup semua keburukan yang berlaku, kecekapan menggunakan media untuk kepentingan sendiri, cekap memanipulasikan berita agar rakyat terus suka, cekap menggunakan sistem kehakiman untuk tidak menyalahkan pemimpin yang bersalah, cekap menggunakan polis untuk kepentingan parti dan diri pemerintah, cekap merompak wang dan harta rakyat, cekap rasuahnya, cekap memperbodohkan rakyat dan bangsa, cekap menipu ketika pilihanraya, cekap menggunakan wang untuk kepentingan sendiri dan cekap menghabiskan wang rakyat untuk projek pembaziran.

Bila berhadapan dengan pilihanraya semua pujian pujian di berikan kepada kerajaan semata mata untuk memberikan harapan kepada rakyat untuk terus memilih kerajaan yang ada. Tidak cekapnya rakyat Malaysia menilai kecekapan pembohongan kerajaan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive