KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 28, 2008

36 tahanan bebas, ikat jamin RM1000

Saidah Hairan | Foto Nasir Sudin
harakahdaily

ImageKUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Seramai 36 tahanan yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram telah dibebaskan jam 7.10 petang tadi dengan ikat jamin RM1000 seorang dan masing-masing dengan seorang penjamin.

Hakim, Mohamad Sakeri Mamat telah membacakan keputusan di Majisteret Jenayah 5 dengan syarat tambahan bahawa semua tertuduh tidak boleh menyertai sebarang perhimpunan haram.

Bagaimanapun, beliau berkata, Peguam boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur dan kes mereka akan didengar pada 16 Jun.

Sementara itu, wartawan Malaysiakini, Syed Jaymal Zahiid didakwa atas Imagetuduhan menganggu tugas anggota polis, Chief Inspektor, Apandi Abdul Rahman.

Beliau juga minta dibicarakan dan dibebaskan dengan ikatjamin RM1,000. Kesnya akan didengar bersama dengan yang lain.
Image
Mereka yang dibebaskan dengan ikat jamin terdiri daripada 10 orang wanita dan 26 lelaki.

Antaranya Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; Setiausaha Muslimat PAS Pusat, Aiman Atirah al-Jundi; Mohd Zaid Mohd Ibrahim;Mohd Azmi Zamrus;Fadzil Osman; Solahudin Al-Ayubi Yahya; Izamudin Ludin; Marzuki Abdullah; Maisuhara Basarudin; Noraziati Ashari dan Nasita Mohd Noor.

Selain itu 12 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) antaranya Presiden Penaja PSM, Dr Nasir Hashim; Setiausahanya, Aruchelvan dan ahli Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) seramai 11 orang./wann.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive