KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label kudakepang. Show all posts
Showing posts with label kudakepang. Show all posts

Jul 5, 2008

Siapa 5,000 tetamu esok hari?

ImageSoal harga minyak naik, adalah penyebab utama kenapa rakyat Marah. Satu lokasi berkumpul bersama untuk melaungkan rasa tidak puas hati adalah satu jalan untuk membuktikan bahwa rakyat tidak pernah setuju dengan kenaikan harga minyak yang diputuskan secara terdesak dan terburu buru. Esok kita turun, tapi awas .....dan baca artikel ini ......

kudakepang | ....Tiada siapa dapat menganggarkan jumlah sebenar yang akan hadir di perhimpunan berkenaan. Tetapi, sesuatu perhimpunan yang berlatarbelakangkan suasana politik mutakhir ini mungkin boleh bertukar jadi suatu perhimpunan yang membimbangkan semua pihak.

Lebih-lebih lagi bila kini terdapat sekumpulan hampir 5,000 orang “tetamu” yang diundang khas oleh sesetengah pihak untuk sama-sama “memeriahkan” perhimpunan berkenaan.

Para “tetamu” tersebut dijangka menghadiri perhimpunan di atas untuk “menyemarakkan” suasana supaya jadi lebih panas dan menggelegak.

Banyak pihak sudah mengetahui akan kehadiran “tetamu” ini. Jangan siapa cuba nafikan, jangan siapa cuba tutup kebenarannya.... selanjutnya.

Jun 4, 2008

CONTOH SOKONGAN BAWA REBAH?

kudakepang - [...] Sebenarnya, apa yang disuarakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Naib Presiden UMNO dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO, dalam konteks kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor, ke dalam UMNO baru-baru ini, adalah kenyataan yang selaras dengan tuntutan Perlembagaan UMNO.

Kenyataan Muhyiddin dan Rais disokong oleh segolongan besar warga parti tersebut. Warga UMNO mengambil pendirian ini kerana mereka tidak setuju dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO yang mengatakan bahawa Ezam kembali ke pangkuan UMNO tanpa sebarang syarat atau keistimewaan setelah “tiada bantahan” oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO.

Oleh itu, seluruh individu yang mencadangkan Muhyiddin dan Rais “perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar” perlu ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka.... selanjutnya.

May 7, 2008

Percubaan Menggodam

kudakepang

Sebenarnya saya tidak peduli. Tetapi ramai sahabat-sahabat menyangka bahawa saya hanya syak wasangka tentang adanya percubaan menggodam blog kuda-kepang.

Kisah ini betul. Ikut laporan yang saya terima daripada pembekal keselamatan kepada komputer saya, memang terdapat 11 kali percubaan menggodam blog ini daripada jam 4.00 petang 5 Mei 2008 hingga jam 4.00 pagi 6 Mei 2008. Percubaan ini dilakukan daripada beberapa pangkalan tempatan.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada seorang sahabat yang memberikan komen bahawa beliau sudi membantu saya untuk mengesan penggodam berkenaan. Saya akan e-mailkan seluruh maklumat terperinci kepadanya dengan seberapa segera.

Pada awal Ogos 2007, saya pernah menerima SMS yang mengugut supaya blogger seperti saya “being put to sleep” atau dibunuh. Saya telah membuat laporan polis di Kajang mengenai ugutan ini untuk melindungi keluarga saya, diri saya sendiri serta para bloggers lain di seluruh negara.

Beginilah nasib bloggers sosio-politik di Malaysia. Mutakhir ini, saya dapat berita, beberapa sahabat saya sudah ditemui oleh beberapa pihak tertentu. Mereka diberikan “tawaran kewangan” kononnya supaya menjadi bloggers yang akan memihak kepada pihak terbabit. more...

Read more ......

May 5, 2008

Memang Ada Percubaan Untuk Godam Blog Ini

kudakepang - (...) Secara kebetulan, petang tadi technician yang sering membantu saya membetulkan sebarang kerosakan internet berada di kediaman saya selama beberapa jam. Sewaktu beliau berusaha memulihkan sambungan internet saya, terdapat tiga kali komputer saya terpaksa memadamkan seluruh sistemnya secara automatik. Kami hairan dan kami hanya mengagak kemungkinan ada hacker cuba mengkhianati blog saya.

Sebab itulah di akhir posting terbaru saya pada jam 7.52 malam tadi, saya nyatakan bahawa “gangguan posting yang saya alami kebelakangan ini nampaknya berpunca lebih daripada soal teknikal yang lazim.” more...

Posting terkini

Blog Archive