WASPADA RAKYAT TERENGGANU
dipetik: ntbn. wordpress
Status Bandaraya tidak mendatangkan apa apa hasil kecuali membawa kepada peningkatannya gejala rasuah dan pembaziran yang semakin teruk di kalangan pemimpin. Perbelanjaan yang dilakukan bukan sedikit tetapi turut mengikut bajet sebuah bandaraya. Mula mula status di tukar. Untuk menjadi ianya sebuah bandaraya, cukai perlu dinaikkan. Dikatakan oleh ramai penduduk Terengganu bahawa cukai masih belum cukup untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya dan kalau itu lah persoalannya, pasti kerajaan negeri sudah tahu bagaimana untuk menaikkan hasil cukai.
Tentang Buwasir ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu’ , rasanya ia langkah seterusnya. Akan ada kempen setinggan sifar seperti yang berlaku di Selangor. Jangan terkejut kalau ada perobohan rumah rumah yang tidak mempunyai status tanah yang sah kerana ia adalah langkah untuk mengsifarkan setinggan kearah status sebuah bandaraya yang makmur pada kaca mata pemimpin. Bila rumah dan runtuh, rakyat menjerit, menteri akan cakap, "Apa nak buat, kita perlukan kemajuan". Kalau tanya penguatkuasa, mereka akan kata. "SUDAH ARAHAN".
Disamping itu pembangunan yang dilakukan terus untuk menjadi kan Kuala Terengganu menjadi sebuah ibukota. Praktikal atau tidak, ia tidak menjadi soal kerana yang penting bila peruntukan sudah keluar, pembangunan pasti di lakukan. Untuk siapa? Itu kena tanya diri masing masing. Tengok kan sahaja siapa yang berada disekeliling Menteri Besar Terengganu. Semuanya terdiri dari singa lapar yang datang mencipta projek untuk kepentingan diri dan kemudian keuntungan dan komisyen disalurkan untuk belanja parti dan kemewahan para pemimpin. Bukan sukar untuk mencipta projek tetapi manafaat nya untuk rakyat tidak pernah di ambil kira kecuali dicipta cipta. Konon dan terus berkonon.
Terengganu akan menghadapi nasib seperti Rakyat Selangor. Di pinggirkan dan diketepikan di dalam arus pembangunan. Pembangunan seperti satu ungkapan keramat membenarkan pemimpin buat apa sahaja yang mereka mahu. Ia juga menceritakan keadaan disebalik sikap rakus pemimpin yang mengejar keduniaan. Mereka lebih mementingkan bangunan batu dan cerucuk besi jika dibandingkan dengan iman di dalam diri masing masing. Soal kerosakan morak dan akhlak jenerasi muda bukan tanggung kerajaan, mereka akan menyalahkan keluarga terutama ibu bapa kerana tidak mendidik anak anak. Bagaimana hendak didik? Itu masalah rakyat, bukan masalah kerajaan. Kalau dah semuanya menjadi mahal, maka belajar dirumah. Ibu dan bapa tidak perlu kerja, selain jadi guru dan ustaz dirumah.
Barangan dan perkhidmatan pasti akan naik harganya. Setiap urusan yang dilakukan melalui kerajaan akan perlu pembayaran yang lebih tinggi. Tempat letak kereta semua tempat bakal ada. Tak bayar masuk mahkamah. Kalau dulu ada yang buang caj parking ke tong sampah, sekarang tidak bayar kena denda.
Pengangkutan akan menjadi lebih modern. Bas yang tidak boleh digunakan lagi akan dibuang dan digantikan dengan koc koc bas yang moden buatan SCOMI. Jangan hairan kalau BAS moden penuhi jalanraya. Hanya satu jenama, yakni RAPID TERENGGANU pulak.
Di dalam banyak banyak hal yang berlaku sekarang. Adalah lebih baik duduk sahaja dikampung dan buat apa yang boleh buat. Kerana bandaraya bukan lah menjadi kebanggaan rakyat tetapi ianya BEBAN semata mata. Tidak percaya tunggu lagi. Selagi anda semua mengundi Barisan nasional, selagi itu lah Kerajaan akan terus membuat pelbagai pembangunanyang lebih memberikan manafaat kepada pemimpin dan parti mereka.
Kalau rakyat mengejar kemajuan, ini lah masanya. Kalau sudah menderita dengan cita cita dan angan angan pemimpin, ketika itu baru tahu kemajuan itu perlu atau tidak. Kalau kemajuan pada mata tidak bermakna kecuali pembagunan pada iman dan rohani. Jangan jadi seperti rakyat selangor yang sehingga kini berdepan dengan kegelapan akibat peningkatan semua harga barangan dan perhkhdmatan kerana dek pembangunan. Hendak keluar rumah pun kena fikir banyak kali kerana semuanya perlu wang. Berbangga kah anda dengan pembangunan dan status bandaraya? Keputusan ditangan anda, mahu ubah atau rakyat mahu rebah?
Kami di Selangor tidak berbangga dengan Status Bandaraya kerana rakyat terima pada, pemimpin yang kaya raya.
Dec 29, 2007
BANDARAYA: SIAPA PADAH SIAPA KAYA?
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BUWASIR KUALA TERENGGANU?
Maka ‘Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu’ Namanya (Bawasir KT)
dipetik: Buletinonline
Tidak pasti samada aku harus berbangga atau aku harus berduka dengan kemasyhuran bandaraya Kuala Terengganu dengan rasminya pada selasa depan bersamaan dengan 1 Januari itu. Ada banyak sebab kenapa aku harus memandang sinis akan penjenamaan Bandaraya Kuala Terengganu itu yang bagi aku hanya helah memancing undi
Tujuh sebab kenapa saya rasa sinis akan bandaraya Kuala Terengganu
1. Demi untuk mengangkat Kuala Terengganu sebagai bandaraya, dan kerana kutipan cukai belumpun mencapai 80juta setahun dengan jumlah penduduk juga kurang dari 500ribu orang, maka Kuala Terengganu diangkat menjadi bandaraya konsep. Bandaraya Persisiran. Bandaraya konsep itu kononnya jalan merintis untuk jadi bandaraya sebenarlah.
2. Kuala Terengganu menjadi bandaraya dengan adanya Mc Donald di stesen bas yang selama ini penuh dengan mek mek selenger yang macam baru masuk bandar, baru ada Giant yang gigih nak bersaing dengan Maidin Mall lalu membangunkan kedai betul betul di tepi Maidin.
3. Adakah penjenamaan bandaraya pada 1 Jan untuk meraih undi? Maksudnya, wah BN memerintah 4tahun terus jadi bandaraya? Terus kuala terengganu maju, padahal tak ada apa yang berubah sangat sejak 10tahun dulu. Kalau adapun cuma aliran trafik yang ermm...bagi aku dah pening sebab dah tak tahu jalan mana boleh lalu, jalan mana tak boleh lalu.
4. Jalanraya sedia ke menjadi bandaraya? Maksudnya, setiap kali musim raya..kesesakan tak habis-habis dibandaraya Kuala Terengganu itu. Oh pengangkutan awam pun sama. Masih digunakan bas-bas yang hendak roboh itu. Maka tak ke mencemar imej bandaraya?
5. Dengan adanya masjid replika kristal tu dah boleh angkat jadi bandaraya ke?
6. Penduduk ramai lagi yang miskin, nak pergi shopping pun berkira duit di poket. Apa ertinya bandaraya apabila penduduk makin di tindas dengan kenaikan semua harga akibat penjenamaan itu?
7. Oh sebab paling akhir ialah kerana budget UNTUK PERASMIAN BANDARAYA KUALA TERENGGANU menjangkau sehingga RM4 juta. Banyak tu. Semata-mata untuk perasmian. Berapa banyak bunga api nak dipancarkan ke udara agaknya?
Apapun, tahniah warga Kuala Terengganu. Akhirnya sudah bergelar bandaraya. Sepertimana aku hairan dengan Shah Alam yang tidak ada hospital itu boleh menjadi Bandaraya, begitu jugalah aku hairan dengan Bandaraya Kuala Terengganu. Semoga Terengganu terus maju |more...|
Labels: BUWASIR KUALA TERENGGANU
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Benarkah Sultan Mizan (DYMM) Murka? Bhg 2
Saturday, 29 December 2007
Khabar terbaru yang disampaikan, bukan sahaja rakyat sinis tentang perisytiharan Kuala Terengganu (KT) sebagai bandaraya, tetapi ramai menjadi marah. Rakyat mempersoalkan mengapa membazir begitu banyak ‘pitih’? Pada mulanya Dato’ Deris mengatakan RM4 juta dibelanjakan untuk perisytiharan tersebut. Le ni dah jadi RM10 juta. Bakpe yang jadi mahal gitu.
Kalu setakat nak buat konsert sana-sini, nak tembak bunga api kat Manir, Gong Badak dan sana serta sini, nak buat makan-makan sana-sini, takkan jadi mahal gitu? Sepuluh juta bukan sikit. Kalu sepuluh ‘rial’ memang sikit, menag tak cukup. Nak buat bayar yuran anak masuk sekolah tahun depan ni pun tak leh. Semua sekolah, rendah atau menengah kena bayar tak kurang seratus rial belaka. Tak padan dengan apa yang Menteri dan Perdana Menteri kata. Yuran sekolah di hapuskan. Orang Terengganu kata, tu ‘loyar’ je. Loyar buruk. Yang hapuskan tu berapa sen je. Yang menambah banyak pada yang mengurang. Lepas tu Menteri duk main cakap ‘kluk klek’.
Foto : Logo MPKT yang baru di tukar tahun lalu
Dan yang lebih terbarunya, bukan sahaja rakyat yang marah pasal kes KT jadi bandaraya. Tuanku pun murka. Setakat mana dia jadi murka tu, tak tahulah ambe. Tapi bukan pasal yuran sekolah yang turun naik tu Tuanku murka. Ni pasal benda lain. Bukan juga pasal nak isytihar jadi bandaraya. Hok tu, tak kesahlah, bandaraya tak bandaraya pun, rakyat pun semua tahu, KT lagu ni lah. Nak buat besar ikut mana lagi. Buat cantik-cantik Pulau Duyong pun, rakyat tak leh gi jugak. Nak gi lagu mana? Nak masuk muka pintu pun dah ada ‘jaga’. Rakyat jelata hok duk hulu darat nu, memang tak biasa masuk tempat ada pagar-pagar nih.
Buat molek-molek macam Pulau Wan Man tu jadi segan pulak nak gi. Kalu hok tok lebai, hok ngaji-ngaji sikit tu nak gi tempat-tempat ada ‘funfair’ ni memang malu. Macam tahun 60-an dulu-dulu. Funfair masuk kampong, ada joget lambak. Punah ranah rakyat. Le nih pun jadi macam nak balik ke zaman tu semula. Mungkin pasal tu nak jadi bandaraya. Bila nama bandaraya, kena ikut semua ‘parameter’ hok yang ditetapkan. Foto : Logo baru Bandaraya Kuala Terengganu
Hok betul benornya adalah jumlah penduduk mungkin. Yang lain ‘pulas’ belaka. Jumlah penduduk Kuala Terengganu lebih dari 300,000 orang. Tapi bukan hok duk Bandar saja. Hok kira 300,000 tu dari sempadan daerah Marang, sebelah selatan, sampai sempadan daerah Setiu, belah utara. Dari Seberang Takir kat kuala, sampai ke Manir kat sebelah hulu. Memang kalu masuk kira, adalah gamaknya 300,000. Kalau bab pendapatan Kuala Terengganu, memang tak sampai 80juta setahun. Campur segala hasil cukai pintu dan segala cukai-cukai lain, tambah dengan bayaran lesen iklan dan segala lessen-lesen lain, tambah pulak dengan ‘collection’ orang bayar ‘parking’ dan lain-lain, semuanya tu RM50 juta pun tak leh.
Kalu mengikut Laporang Ketua Audit Negara tahun lepas (2005) Kuala Terengganu hanya boleh RM 42.75 juta sahaja pendapatan. Tolak belanja RM37.24 juta, adalah lebih sekita RM6 juta. Tapi tengok kertas Imbangan alek belakang pulak, hutang Kuala Terengganu lebih banyak dari harta. Hutang Kuala Terengganu RM54.48 juta, harta cuma ada RM18.79 juta. Maknanya ‘reta’ hok ada belaka tu, kalau habis digadai atau dijual sekali pun, tak leh nak bayar hutang. Tu yang kata tadi, dia pulas belaka. SU politik Derih cakap minggu lepas, semua syarat nak jadi bandaraya siap belaka dah. Termasuk pendapatan Kuala Terengganu? Kemudian dia kata, ada universiti, antara syarat-syarat nak jadi bandaraya. Hok ni kan dia pulas awal-awal lagi. (Lanjutan ..... Buletinonline)
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KE MANA KITA : BERPILIHANRAYA ATAU BOIKOT?
Allah berfirman :
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu" [Surah Al Anfaal : 60]
Saya telah menghadiri Majlis Ijtimak PAS Kedah 2007 yang diadakan di Kompleks PAS, Batu 9, Kota Sarang Semut, Kedah pada hari Ahad, 23 Disember lalu. Majlis perasmiannya dilakukan oleh YB Salahuddin Ayob, Ahli Parlimen Kubang Krian dan penutupnya oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.Sebelah malamnya pula diadakan ceramah perdana di tempat yang sama yang disampaikan oleh Haji Hadi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pesuruhanjaya PAS Kedah, YB Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga ADUN Sala. Ceramah perdana ini telah dihadiri oleh beribu rakyat Kedah untuk mendengar perkembangan terkini berkaitan isu-isu semasa dan mendengar stail Abdullah Ahmad Badawi yang serba ‘tidak tahu’ menangani berbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara.
Saya hadir dalam kedua-dua majlis tersebut bagi memenuhi kapasiti saya sebagai pemimpin peringkat cawangan. Kesimpulan yang boleh saya buat ialah para pemimpin pembangkang begitu yakin bahawa rakyat akan membuat satu perubahan besar dalam PRU ke-12 nanti. Tanpa mengambil kira factor SPR, pasukan polis, JPN, media dan seluruh institusi kerajaan yang bersiap saga dibelakang UMNO, mereka begitu yakin bahawa rakyat mulai benci kepada UMNO dan BN. Rakyat akan menolak UMNO dalam PRU ke-12 nanti. (Selanjutnya .... Tun Telanai)
Labels: KE MANA KITA : BERPILIHANRAYA ATAU BOIKOT?
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
ALAHAI IDRIS ....
DS Idris Jusoh dipanggil mengadap Agong pasal logo 'BANDARAYA' KT!!
dipetik: Tranungkite
" Mengikut maklumat terkini menurut sumber yang dipercayai, DS Idris Jusoh telah diarah ke Kuala Lumpur untuk mengadap Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan kerana Tuanku tidak perkenan dengan logo 'bandaraya' Kuala Terengganu yang dipaparkan oleh UMNO Terengganu kerana logo tersebut menggunakan lambang bunga padi yang hanya digunakan untuk logo DiRaja.
Menurut sumber ini juga, pengistiharan Kuala Terengganu Bandaraya tanpa merujuk kepada Sultan dan begitu juga dengan perlantikan Datuk Bandar.
Menurut sumber itu lagi, YDP MPKT & kuncu2nya sendiri telah pergi ke tempat percetakan kerajaan negeri untuk meminda logo tersebut. Semua logo, banner2 dan sebagainya yang telah dipasang menjelang peisytiharan Kuala Terengganu sebagai 'bandaraya' akan dibuang yang akan menelan perbelanjaan entah berapa jutaan ringgit lagi.
Semua ini akan memberi pengajaran kepada Derih & kuncu2nya yang pandai2 mereka2 logo kononnya 'bandaraya' K.Trg tanpa merujuk kepada pihak Tuanku terlebih dahulu..
Labels: ALAHAI IDRIS ....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Phuyoo...44 hari, belit baru Zahid Hamidi.
Zahid janji 44 hari selesai masalah“Saya akan berusaha menyelesaikan segala masalah yang berlaku di setiap kawasan pilihan raya sebaik dan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan agensi di bawah Kementerian Penerangan dan pemimpin UMNO Perlis pelbagai peringkat di sini, hari ini.
KANGAR 28 Dis. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan mendengar dan meneliti setiap permasalahan yang wujud di kawasan pilihan raya tertentu di seluruh negara dan akan kembali ke kawasan berkenaan dalam tempoh 44 hari untuk cuba pula menyelesaikannya.
No2umno - Kekadang belit pemimpin UMNO ni melampau lampau. Kelakar pu ada. Mungkin pada diorang semua tu Normal. Tapi kita dengar....meleleh tahi telinga.
Labels: Belit Zahid Hamidi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MEDIA TENTANG PAKISTAN PUN SAMA MEMBELIT
Berita tentang keadaan politik di Pakistan cukup menyedihkan. Bila dah kemaruk kuasa, ini lah yang berlaku. Yang peliknya, kalau pemimpin negara Islam sudah kemaruk kuasa, perkara boleh jadi macam ini. Pemimpin negara Islam, tak tau malu. Rakyat dah tak suka, kemajuan sudah la tak der, tapi terus nak jadi pemimpin. Pemimpin Pakistan macam pemimpin Malaysia. Tak tak malu sampai bila bila.
Rakyat susah, kuasa dan wang boleh beli kepercayaan. Berita mengarut semakin banyak yang keluar. Tindakan kerajaan Mushararaf terhadap apa pun, rakyat dah tak percaya.
Aku nak tengok berita pun Malas, walaupun berita yang disiarkan bukan pasal Malaysia, tetapi tentang Pakistan. Tak tau mana yang putar belit cerita tapi, tajuknya pun aku dah tak caya.
Pakistan kacau-bilau -- 32 terbunuh apabila penyokong Benazir merusuh, serang bangunan kerajaan (Utusan Malaysia)
KARACHI 28 Dis. – Kekacauan di Pakistan dikhuatiri bertambah buruk apabila para penyokong yang berang dengan pembunuhan pemimpin pembangkang, Benazir Bhutto merusuh di jalan-jalan raya menyebabkan sekurang-kurangnya 32 maut dan berpuluh-puluh lagi cedera.
(sesuatu perkara buruk itu berlaku. Media akan kata .... penyokong pembangkang. Sedangkan di dahi setiap orang yang terlibat tak der ditampal dengan bendera atau tanda mana mana parti. Apa salah kata aje, orang ramai yang tidak puas hati dengan kematian Benazir. Mungkin di dalam banyak banyak orang itu, antara yang mengambil kesempatan tika keadaan susah. Pecah pejabat kerajaan dan kedai boleh dapat sikit makanan kot atau barangan?)
Al-Qaeda dituduh dalangi pembunuhan (Utusan Malaysia)
ISLAMABAD 28 Dis. – Kerajaan Pakistan hari ini menuding jari kepada pergerakan Al-Qaeda dan Taliban sebagai dalang utama pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto semalam.
(Ini lagi satu membelit. Kalau dah tak der Idea, maka digunakan pengganas, Al Qaedah dan sebagainya. Kalau rakyat yang membunuh itu dipercayai beragama Islam, maka AL Qaedah. Kalau berbangsa India, maka Tamil Eelam, Kalau Kulit Putih, Ireland dan sebagainya)
Hendak tahu bagaimana media di dalam Malaysia bekerja, saling tak tumpah dengan media tentang apa yang berlaku di Pakistan. Nak tahu macam mana perangai pemimpin negara kerja, hah ... lihat kan cara pemimpin Pakistan kerja. Dah macam kembar negara Islam. Tambah menyedihkan, Pakistan sebuah negara yang besar dan Malaysia hanya sebuah negara yang seciput.
Besar atau kecil nya negara itu, bukan menjadi soal. Kalau dah tamak kuasa, dimana mana pun boleh jadi. Sumber mungkin dari media lain. Diciplak, atau di petik. atau pun dicari sendiri sumber berita itu, segala butir butir berita berta sebelah. Inilah yang dikatakan bentuk berita zaman demokrasi bahalul. Aku tengok aje tajuk berita macam ini, aku dah meluat. Itu aku...tak tau la korang?
Labels: MEDIA TENTANG PAKISTAN PUN SAMA MEMBELIT
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
KeADILan Kesal Kerajaan Sambung Khidmat Rashid
Kuala Lumpur, 28 Disember - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua hari ini membidas tindakan kerajaan Umno-BN yang mengambil keputusan untuk menyambung perkhidmatan Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Abdul Rashid sepatutnya bersara wajib pada 31 Disember apabila umurnya mencapai 65 tahun dan pada 12 Disember, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi melanjutkan umur persaraan anggota SPR dari 65 ke 66 tahun.
Kenyataan Abdul Rashid dalam akhbar The Star hari ini mengesahkan bahawa perkhidmatan beliau disambung untuk tempoh setahun lagi.
Menurut Tian, tindakan tergesa-gesa Abdul Rashid umumkan penyambungan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR menambah keraguan rakyat.
“Jelasnya kerajaan BN mempercepatkan prosedur untuk hanya kepentingan seorang pegawai kerajaan,” kesal Tian.
Tian menambah, kenyataan Abdul Rashid juga membuktikan pindaan perlembagaan tersebut memang bertujuan mengekalkan Abdul Rashid dalam SPR agar penyelewengan dan penipuan pilihanraya diteruskan.
“Reformasi sistem pilihanraya tidak akan berjaya selagi Abdul Rashid kekal sebagai pengerusi.
“Kes Likas di Sabah dan Lunas di Kedah adalah bukti-bukti kukuh yang menunjukkan Abdul Rashid gagal sama sekali dalam menjaminkan sistem pilihanraya yang adil dan telus,” tegas Tian.
Baru-baru ini, seramai 8436 pengundi baru dimasukkan ke dalam kawasan Parlimen Ipoh Timur dan manakala kes 17 pengundi didapati berkongsi satu alamat yang sama di Sekinjang pula menjelaskan senarai pengundi masih tidak bersih sehingga hari ini.
KeADIlan, menurut Tian tetap mendesak agar Abdul Rashid dihentikan jawatan atas kegagalan beliau memastikan satu sistem pilihanraya yang adil, dan bukan mendakwa yang dia kekal sebagai pengerusi SPR sewenang-wenangnya.
Kenyataan ini telah dibuat sebaik sahaja Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 yang membolehkan umur persaraan anggota SPR diluluskan di Dewan Negara pada 24 Disember.
Jelas Tian,”Kami difahamkan Yang Di Pertuan Agong baru sahaja menandatangani pindaan tersebut pada 26 Disember.”
Menurut Perkara 114 (1), Pengerusi dan anggota SPR dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
Seseorang itu sah menjadi Pengerusi SPR hanya setelah diumumkan secara rasmi perlantikannya oleh Agong. Dengan pindaan Perlembagaan kini, Rashid disambungkan secara automatik.
Labels: KeADILan Kesal Kerajaan Sambung Khidmat Rashid
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO BERCANGGAH LAGI
Pelik melihat karenah UMNO yang bercanggah pendapat tentang penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Matematik dan Sains. Tambah tambah lagi ketika musim menanti pilihanraya. Niat bersih, suci atau ada udang disebalik batu. Sukar nya nak percaya kejujuran UMNO kalau tika begini.
UMNO Johor terus perjuangkan Sains dan Matematik dalam BM
klpos
Friday, 28 December 2007
UMNO Johor tetap dengan pendirian bahawa subjek Matematik dan Sains perlu diajar dalam Bahasa Malaysia walaupun terdapat peningkatan keputusan untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 yang diumumkan semalam.
Ketua Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, penggunaan bahasa Inggeris tidak boleh dikaitkan dengan peningkatan keputusan yang dicapai untuk kedua-dua subjek tersebut.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya tetap yakin bahawa bahasa ibunda adalah cara terbaik bagi sesebuah bangsa mendalami ilmu pengetahuan.
Katanya, kenyataan tersebut telah pun dibuktikan oleh sejarah dan pakar-pakar pendidik di peringkat antarabangsa.
``Saya tetap lebih yakin Bahasa Malaysia paling berkesan untuk digunakan dalam mengajar subjek Matematik dan Sains,'' katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris yang diperkenalkan sejak 2005 yang dikatakan tidak menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu pada peperiksaan PMR 2007.
Abdul Ghani mahu langkah memperkasakan bahasa Inggeris dilaksanakan dalam mata pelajaran bahasa tersebut iaitu melalui kaedah yang lebih baik dan tersusun.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai anggaran kerugian ekoran banjir yang melanda Segamat dan Muar baru-baru ini, Menteri Besar Johor itu berkata, kerosakan yang berlaku hanya kira-kira 10 peratus daripada kerosakan yang dialami pada banjir besar akhir tahun lalu.
Beliau berkata, kerajaan negeri belum mempunyai anggaran sebenar kerosakan tetapi yakin ia cuma membabitkan jumlah yang kecil kerana hanya dua daerah di negeri ini yang dilanda banjir.
Katanya, tumpuan akan diberikan untuk memperbaiki prasarana rosak yang dijangka memakan masa selama tiga bulan.- Utusan
Labels: UMNO BERCANGGAH LAGI
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments

