KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 29, 2007

UMNO BERCANGGAH LAGI

The image “http://pmr.penerangan.gov.my/portal/images/default/setup/ACF291C.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Pelik melihat karenah UMNO yang bercanggah pendapat tentang penggunaan Bahasa Inggeris di dalam Matematik dan Sains. Tambah tambah lagi ketika musim menanti pilihanraya. Niat bersih, suci atau ada udang disebalik batu. Sukar nya nak percaya kejujuran UMNO kalau tika begini.

UMNO Johor terus perjuangkan Sains dan Matematik dalam BM
klpos
Friday, 28 December 2007

UMNO Johor tetap dengan pendirian bahawa subjek Matematik dan Sains perlu diajar dalam Bahasa Malaysia walaupun terdapat peningkatan keputusan untuk kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 yang diumumkan semalam.

Ketua Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, penggunaan bahasa Inggeris tidak boleh dikaitkan dengan peningkatan keputusan yang dicapai untuk kedua-dua subjek tersebut.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, pihaknya tetap yakin bahawa bahasa ibunda adalah cara terbaik bagi sesebuah bangsa mendalami ilmu pengetahuan.

Katanya, kenyataan tersebut telah pun dibuktikan oleh sejarah dan pakar-pakar pendidik di peringkat antarabangsa.

``Saya tetap lebih yakin Bahasa Malaysia paling berkesan untuk digunakan dalam mengajar subjek Matematik dan Sains,'' katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris yang diperkenalkan sejak 2005 yang dikatakan tidak menjejaskan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu pada peperiksaan PMR 2007.

Abdul Ghani mahu langkah memperkasakan bahasa Inggeris dilaksanakan dalam mata pelajaran bahasa tersebut iaitu melalui kaedah yang lebih baik dan tersusun.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai anggaran kerugian ekoran banjir yang melanda Segamat dan Muar baru-baru ini, Menteri Besar Johor itu berkata, kerosakan yang berlaku hanya kira-kira 10 peratus daripada kerosakan yang dialami pada banjir besar akhir tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan negeri belum mempunyai anggaran sebenar kerosakan tetapi yakin ia cuma membabitkan jumlah yang kecil kerana hanya dua daerah di negeri ini yang dilanda banjir.

Katanya, tumpuan akan diberikan untuk memperbaiki prasarana rosak yang dijangka memakan masa selama tiga bulan.- Utusan

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive