KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 29, 2007

UMNO FITNAH TIDAK APA

Umno Permatang Pauh sebar fitnah lagi
Posted by Haniza Talha
Oleh Zulkifli Mohamed

Fitnah terus menjadi amalan Umno Permatang Pauh. Selepas mengedar VCD layang pengakuan paksa Sukma Darmawan, bagi menfitnah Anwar Ibrahim, kini pengikut ‘mazhab Islam Hadhari’ itu menabur ribuan risalah layang memutarbelit kenyataan Anwar, kononnya beliau menyokong tuntutan Hindraf untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Saling tak tumpah macam media pembohong milik mereka.

Pada hal, Anwar menyokong hak Hindraf berhimpun secara aman dan menyokong tuntutan hak kaum India yang terpinggir dan tertindas, namun menolak tuntutan Hindraf berkaitan Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan tentang hak orang Melayu dan agama Islam.

Nampaknya pembentukan ‘modal insan’ gagal diterjemahkan oleh pemimpin Umno, biarpun dipimpin oleh bekas Imam Masjid Negara, Pirdaus Ismail yang sanggup me- lakukan apa saja untuk menang, hatta menyepak peti undi pada pilihan raya lalu, sepertimana didedahkan di mahkamah oleh tiga orang saksi SPR iaitu Pengurus SPR Negeri Rahim Salleh, Pengurus Pilihan Raya Permatang Pauh, Muzamin Mustak dan Penolongnya Siti Asmah Salleh ketika perbicaraan petisyen pilihan raya Permatang Pauh pada tahun 2004.

Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengulas perkara itu berkata tindakan Umno mempelbagaikan fitnah ke atas Anwar, membuktikan selama ini fitnah dalam bentuk VCD tidak berkesan.

Justeru itu, katanya Umno terpaksa meniupkan api perkauman melalui isu Hindraf pula. Namun beliau yakin pengundi Pematang Pauh tidak mudah menerima tohmahan tersebut.

“Saya yakin pengundi Permatang Pauh tidak mudah menerima tohmahan tersebut dan yakin mereka dapat menilai dan mengenali personaliti Anwar,” jelasnya.

Keadilan kata Azizah, jelas mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan - hak untuk berkumpul dan menyuarakan hati rakyat.

“Ini tidak bererti kita setuju keseluruhan tuntutan Hindraf,” katanya.

Jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, kerajaan BN mesti mendengar dan mengkaji apakah yang menjadi isu berkaitan kaum India iaitu golongan minoriti dalam negara kita dan memikirkan cara terbaik menanganinya.

“Mereka (Hindraf) meminta pampasan daripada Ratu Elizabeth kerana nenek moyang mereka telah dibawa secara paksa ke Malaya pada masa itu untuk menjadi buruh paksa bagi membina jalan keretapi dan buruh di ladang-ladang milik British.

“Selepas itu nasib mereka tidak terbela sehingga mereka menjadi golongan minoriti yang tersisih dari arus pembangunan perdana. Malah boleh dikatakan kemudahan infra-struktur yang paling minima mereka perolehi di ladang-ladang. Kemudahan sekolah, elektrik dan kemudahan asas lainnya begitu daif sekali,” katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya Keadilan sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan dan gesaan yang melampau dan ekstrim.

“Kita memang bersimpati dengan kesusahan kehidupan mereka ini.”

“Kita amat bersimpati dengan nasib pendidikan di SRJK Tamil dan tahap ekonomi mereka yang lemah. Keadilan tegas dalam memperjuangkan kepentingan semua kaum tanpa dibatasi kepercayaan agama dan budaya,” ujarnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive