Berbangga sungguh UMNO kali ini kerana video lucah yang heboh tika ini tidak melibatkan pemimpin mereka. UMNO boleh tarik nafas lega kerana pemimpin UMNO sekarang semakin pandai. Kalau ambil video melalui handphone, perlu dipadamkan sebelum pulang kerumah. Dan pengajaran dari peristiwa yang lepas telah ternyata membuah kan hasil. UMNO semakin bijak.
Blog berikut menyatakan kelegaan mereka. - YANG PASTINYA BUKAN PEMIMPIN UMNO DALAM DVD "X" DI MUAR DAN BATU PAHAT
Agenda daily - DVD yang didakwa mengandungi adegan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar Batu Pahat dan Tangkak tidak melibatkan pemimpin dari UMNO.Sumber-sumber memberitahu Agendadaily wajah lelaki dalam DVD itu bermirip macam seorang pemimpin kanan dari sebuah parti komponen Barisan Nasional dan berjawatan dalam kerajaan.Namun begitu setakat ini belum ada sebarang pengesahan rasmi.Utusan Malaysia Isnin melaporkan rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting yang ditemui para wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini enggan mengulas mengenai isu DVD itu.
No2umnO - Tapi sayangnya, budaya bermaksiat dan melakukan adegan lucah di kalangan kepimpinan UMNO telah merebak ke MCA. Nak tunggu juga bila MIC dan Gerakan nak cuba perkara yang sama? Amacam Samy Vellu?
Jan 1, 2008
DVD LUCAH: UMNO LEGA, KALI INI BUKAN MEREKA
Labels: DVD Lucah Pemimpin BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Siapa Pemimpin Kanan MCA Dalam DVD Lucah Bersama Gadis 20-an?
Siapakah antara pemimpin kanan MCA ini yang terbabit dalam DVD lucah edaran misteri di sekitar Muar, Batu Pahat dan Tangkak? Sungguh memalukan dan mengaibkan anak Badawi, Khalifah Islam Hadhari.dipetik: sanggahtoksago.
By TARMIZI MOHD JAM
MB Johor enggan mengulas. Presiden MCA, Ong Ka Ting juga tidak mahu memberi komen. Mungkin isu ini diperingkat "kejutan". MCA terkejut. Begitu juga sekutunya Umno.
Ramai juga yang menerima DVD lucah seorang pemimpin kanan MCA yang mudah dicam, raut mukanya. Ia diedar percuma oleh pihak yang tidak diketahui. Tentunya, musuh politik pemimpin berkenaan yang mahu melihat beliau jatuh tersungkur.
Tetapi, oleh kerana tiada laporan polis dibuat setakat ini, maka nama beliau tiada siapa berani mengumumkan dan pihak polis juga tidak boleh membuka kertas siasatan. Ia dijangka tidak berlarutan kerana ramai yang boleh menghidu siapakah pemimpin kanan MCA tersebut? |more...|
Labels: DVD Lucah Pemimpin BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SPR CABAR PEMBANGKANG?
SPR cabar pembangkang jangan tanding pilihan raya
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
PUTRAJAYA 31 Dis. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.
Ab. Rashid yang berasa amat kesal dengan tindakan itumahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.
‘‘Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.
‘‘Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.
Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Pada November lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil yang didalangi parti-parti pembangkang menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota menuntut SPR mengadakan pilihan raya yang lebih adil dan telus khususnya untuk pilihan raya umum akan datang.
Gabungan itu turut menuntut Ab. Rashid tidak dilanjutkan perkhidmatannya atas dakwaan gagal menjalankan tugas dengan baik.
Ab. Rashid, 65, yang baru sahaja dilanjutkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR selama setahun pada 27 Disember lalu – selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan beliau meneruskan tugasnya – berkata, BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihan raya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.
‘‘Janganlah disebabkan pembangkang kalah dalam pilihan raya, SPR pula menjadi mangsa. Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya.
‘‘Sekiranya pembangkang mahu bersaing, mereka perlu letakkan calon seperti yang dilakukan oleh pihak BN,’’ katanya.
Ab. Rashid berkata, beliau terdorong untuk membuat cabaran seumpama itu kepadapihak pembangkang kerana mereka tidak pernah positif terhadap apa yang cuba dilakukan oleh SPR.
‘‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.
‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.
“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya.
No2umnO - Mangkuk ayun ni lupakah bahawa dia tu cuma menjadi penganjur Pilihanraya. Kalau dia perasan dirinya sebagai calun, mungkin logik kalau dia mencabar.
Merujuk kepada keputusan pada PRU 12, ketika itu SPR terlalu cuai melakukan tanggung jawabnya kepada BN. Bila pembangkang mendapat majoriti yang lebih dari biasa, SPR kena tibai cukup cukup oleh BN menyebabkan pada tahun berikutnya (PRU13), SPR telah melakukan tektik jijik dan jelek sehingga masa pilihanraya ditambah dengan tidak semena mena, pecah kawasan, senarai pengundi hantu, kekeliruan di dalam senarai pengundi dan sebagainya berlaku.
Pokoknya disini, melihatkan gelagat Rashit (Barua UNMO) ni pun dah tahu ikan jantan betina. Kalau betul betul jantan, dia dah tak mahu jadi pengerusi lagi. Disebabkan tuhan yang disembah mungkin UMNO dan BN, maka terus sambung perkhidmatan kerana tanpa UMNO dan BN, rezekinya mungkin terutup.
Cabaran yang dibuat adalah untuk SPR letak kan Calun BEBAS menggantikan pembangkang, kalau Pembangkang tarik diri. Ini tektik demokrasi, kalau tak pandai juga nak duga langkah SPR dan BN. Tak layak duduk kat Malaysia.
Labels: Analisa
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Khir Toyo to meet temple reps in Batu Caves
via bmahendran.com
Selangor Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo will meet Hindu temple representatives this Friday in the wake of angry protests resulting from a string of temple demolition in the state.
News update from MalaysiaKini. Please subcribe from MKini for full version.
The meeting, which is organised by Malaysian Hindu Council, will be held at the historic Batu Caves temple.
Council’s chairman R Nadarajah (left) told a press conference today at Batu Caves today that this would be the first time Mohd Khir is attending such a meeting.
The council – an umbrella body of Hindu temples and Hindu-based organisations in Malaysia – said it would be gathering information, among others, the size, land ownership and registration of the temples.
“We are calling all temples in Selangor to provide us with the information … all issues can be solved (at the meeting),” he added. |more...|
Labels: News
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Engkaukah itu Chua Soi Lek?
Penarik Beca
Ketika minum petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub membayangkan kemungkinan DVD aksi seks seorang pemimpin kanan MCA mempunyai kaitan dengan perebutan kuasa di dalam parti itu.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin perbuatan merakamkan video itu sudah lama dirancang kerana ia dilakukan dengan begitu menyeluruh.
"Bayangkan, rakaman bahagian B dalam DVD itu (chinese.cari.com) menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru daripada kamera CCTV. Ia membuktikan satu perbuatan terancang dan kepentingan politik dalam tertentu dalam perbuatan itu tidak boleh ditolak sama sekali," katanya.
Salahuddin tidak menolak kemungkinan perbuatan pemimpin politik berkenaan sudah lama dijejaki oleh musuh-musuh politiknya.
"Kalau tidak, tentulah tidak dipasang kamera CCTV dari empat penjuru," katanya. |more...|
Labels: DVD Lucah Pemimpin BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Deris Jusoh, Bandaraya dan Ajaran Hadharinya
dipetik:amdang81.blogspot
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Kenapa Tidak Bandaraya Hadhari?
Tinggal beberapa ketika sahaja lagi memasuki 1 Januari 2008. Tarikh bermula satu episod baru bagi Kuala Terengganu. Kuala Terengganu menjadi bandaraya. Mungkin sesuai dengan tarikh Tahun Baru, maka 1 Januari dipilih. Mungkin juga sempena permulaan Tahun Melawat Terengganu, juga merupakan Tahun Melawat Malaysia.
Aku sebelum ini berkira-kira nama bandaraya bagi Terengganu adalah Bandaraya Hadhari atau Bestari atau seumpama dengannya itu. Bilamana nama Bandaraya Warisan Pesisir Air (BAWASIR) digunakan, maka terfikir aku kemana hilangnya Hadhari yang senantiasa dilaung-laungkan itu. Walaupun aku tidak suka Ajaran Hadhari itu, namun sinonim bagi Hadhari adalah Ulul AlBab dan Khatam Quran yang menipu itu dilihat lebih lunak.
Bilamana nama BAWASIR menjadi pilihan, maka aku melihat Pembangunan Modal Insan dan Moral sebenarnya bukanlah menjadi satu agenda penting UMNO Terengganu. Ini jelas kerana pembangunan fizikal jauh lebih menguntungkan. Maka mimpi apa rakyat Terengganu untuk memiliki masa depan yang terjamin dunia dan akhirat?
Ajaran Hadhari dan Bandaraya.
Jika Deris Jusoh seorang yang agak Islamik dengan slogan Hadharinya, sudah tentu tarikh pengisytiharan tidak dibuat pada 1 Januari 2008. Aku kira 10 Januari 2008 bersamaan dengan 1 Muharram 1429 dilihat lebih sesuai. Tarikh 1 Muharram itu nanti bukan sahaja dilihat sebagai suatu 'Sambutan Tahun Baru' yang sebenar, malah turut menjadi langkah kepada suatu hijrah sebuah bandar.
Namun, di sinilah kita boleh menilai mentaliti Hadhari Deris Jusoh. Jika pengisytiharan dibuat pada 1 Muharram, sudah tentu sambutan 'tidak meriah' pada perkiraan puak-puak Hadhari ini. Sudah tentu mereka sedikit segan mahu berpesta, menari lenggok, konsert lagho itu dan ini. Tambahan pula 1 Muharram pada tahun ini jatuhnya pada Khamis. Malam Jumaat pada mereka 'tidak boleh' berbuat maksiat. Mungkin pada mereka malam Jumaat itu 'malam suci'.
Maka tinggallah Ulul Albab bersendirian dengan Ijtihadiknya. Tiada lagi generasi Quranik dan Ensiklopedik. Maka bertambah galak anak-anak gadis di Taman Shahbandar bergedik-gedik. Mat motor sedia membawa si gadis merempit. Deris Jusoh senyum melirik. Generasi inilah yang mahu dilahirkannya. Generasi gedik dan rempit, akhirnya melahirkan bayi di lubang tahi!
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sikap pemimpin BN termasuk Najib akan 'bankrupkan' negara - Mahfuz
harakahdaily
"Kerana kita ada akal lah kita menawarkan kepada rakyat penurunan harga minyak pada harga yang berpatutan.Kita tidak mahu rakyat nanti bankrup kerana kenaikan harga minyak.Kita juga tidak mahu angkara pemimpin yang menyeleweng, negara dan rakyat yang akhirnya menjadi bankrup," ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.
Mahfuz berkata, kenyataan Najib bahawa negara akan bankrup jika penurunan harga minyak dibuat hanya membayangkan bahawa pemimpin itu 'hilang akal'.
"Negara tidak akan bankrup jika menurunkan harga minyak, sebaliknya pengurusan negara yang tidak beretika, tidak cekap, penyelewengan berleluasa, rasuah di kalangan pemimpin kerajaan akan menyebabkan negara menuju kepada kebankrupan," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.
Terdahulu semalam Najib semasa merasmikan program di Sabah menyatakan bahawa kerajaan akan bankrup jika harga minyak diturunkan dan kerajaan tidak akan boleh membina sekolah, universiti dan pembangunan jika tindakan itu dilakukan.
Pendidikan percuma, pembangunan terancang
Mahfuz yang mengulas lanjut kenyataan itu berkata, Najib tidak bijak dalam membuat kenyataan sedemikian kerana baginya sumber negara masih banyak dan negara tidak akan menuju ke arah bankrup jika menurunkan harga minyak.
Malah katanya keuntungan dari hasil minyak sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk sektor pendidikan (pendidikan percuma) dan pembangunan yang lebih terancang, katanya.
Bagaimanapun perkara ini tidak diamalkan oleh pemimpin kerajaan hari ini, sebaliknya mereka bermewah-mewahan dalam berbelanja selain mendapat ganjaran melampau hasil dari pengurusan negara ke arah 'kantung sendiri', katanya.
Sebagi bukti Kata Mahfuz, rekod dalam Laporan Audit negara 2006 menunjukkan bahawa penyelewengan dalam beberapa urusan pembelian dan kontrak bekalan peralatan kerajaan seperti pembelian helikopter, 'screwdriver' dan beberapa peralatan lain pada harga yang tidak munasabah adalah bukti betapa pengurusan kerajaan Barisna Nasional (BN) sangat lemah. |more...|
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Musim selak kain Wazir Dolah
dipetik: Malaysiatoday
KAMAL AMIR MENULIS
MINGGU terakhir 2007 memperlihatkan rencam politik “selak kain sekandang” kalangan pemimpin yang mula berbalah sesama sendiri. Mungkin masih belum cukup atau “kurang tepu” kantung khazanah peribadi diisi hasil rampokan wang rakyat menjadikan mereka saling “tunjal menunjal” antara satu sama lain.
Belumpun genderang pilihan raya dinafirikan, sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi sudah mula mengimbau kerusi yang membolehkan mereka meneruskan agenda “merampok” harta rakyat.
Mungkin kerana jawatan memanda wazir di kementerian dalam negeri kurang “berbaloi” serta tiada lagi hasil boleh dijana setelah kerajaan memutuskan urusan permit atau lesen membawa masuk buruh asing dikendalikan secara bersama antara Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia menjadikan Radzi Sheikh Ahmad mengintai kesempatan kalau-kalau ada ruang memboloskan dirinya diangkat sebagai Menteri Besar Perlis.
Bertolak dari percaturan “intai-mengintai” jawatan Menteri Besar Perlis memungkinkan Radzi Sheikh Ahmad melakukan ledakan pertama “menyelak” tembelang Shahidan Kasim dengan lontaran kenyataan secara terbuka berhubung persoalan “tempang” dan dangkalnya era beliau mentadbir negeri Perlis Indera Kayangan.
Kenyataan secara terbuka oleh Radzi yang menyatakan kepimpinan Shahidan tidak lagi relevan untuk diteruskan musim pilihan raya akan datang turut disifatkan sebagai tindakan membuka pekong di dada. |more...|
Labels: Umno
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
GAS DAPUR NAIK HARGA
Menjelang 2008 ini, para pekedai disekitar Lembah Kelang telah memberitahu tentang kemungkinan kenaikan harga GAS MEMASAK. Harga sekarang sekitar RM25.00 setong bakal naik kepada RM30.00 setong. Desas desus tentang kenaikan ini sudah bertiup sejak beberapa minggu yang lepas dan bermula esok (1/1/2008), berkemungkinan besar harganya akan meningkat.
Aku sendiri telah diberitahu oleh pekedai runcit berhampiran yang turut mengatakan perkara yang sama. Maka dengan ini penjimatan 'yuran sekolah' yang kononnya RM4.00 setahun itu bakal di seleweng kepada kenaikan harga gas yang dianggar sebanyak RM5.00 setong (Tanpa upah penghantaran). Kalau sebulan anda menggunakan 2 tong gas, maka tambahan kos anda akan meningkat kepada RM10.00 sebulan atau lebih. Maka jika dengan jumlah tersebut, setahun anda akan perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM144.00 hanya untuk gas memasak.
Bijak sungguh kerajaan berbohong dengan rakyat. Soal yuran masih belum selesai dan sekarang kenaikan harga barang sudah mula meningkat berikutan kenaikan caj tol dan sebagainya.
Bersyukur benar lah mereka yang menyokong UMNO selama ini. RM4.00 yuran yang kononnya dikurang untuk membantu rakyat, kerajaan naikkan pula TOL, MINYAK, GAS dan bermacam macam lagi. Membuatkan aku BENCI dan MELUAT pada BARISAN NASIONAL dan penyokong penyokongnya.
HAPUSKAN BN UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA
Labels: Naik Harga
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
