mujadidneoclan Perubahan tidak mungkin berlaku dalam keadaan rakyat takut untuk buat perubahan politik dan kepimpinan. Perubahan tidak akan berlaku dalam keadaan rakyat diperbodohkan. Perubahan juga tidak akan berlaku selama rakyat masih tertutup akal, hati dan berjiwa hamba.
Tetapi, perubahan hanya akan berlaku di bumi Malaysia dalam PRU ke 12 nanti insya Allah...Jika rakyat Malaysia memiliki LIMA elemen penting, iaitu:
1. Berani membuat perubahan 2. Bebas dari budaya 'memperbodohkan' rakyat yang dilakukan oleh pimpinan UMNO/BN 3. Berminda terbuka untuk meyakini kebenaran, kebaikan dan keadilan hanya dapat diberikan oleh pimpinan yang berjiwa benar, baik dan adil 4. Berhati terbuka untuk menerima kebenaran, kebaikan dan keadilan 5. Bebas dari jiwa hamba atau diperhambakan
Tidak ada seorangpun rakyat Malaysia mahu dizalimi, mahu hidup susah, mahu dipimpinkan oleh pemimpin rasuah, tidak bermoral, kaki judi, kaki enjoy dan kita juga tidak mahu diperbodohkan. More...
Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan telefon mengenai surat terbuka saya menawarkan diri dan memohon mandat, dokongan dari Presiden PAS,keADILan dan DAP serta ketua umum keADILan untuk diturunkan bertemu dengan menantu Perdana Menteri merangkap Penasihat JPM dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Sehingga kini saya telah mendapat isyarat 'positif' dari pimpinan mengenai surat tersebut. Cuma surat terbuka saya kepada Khairy sendiri masih belum terjawab. Mungkin bagi Khairy yang mampu memperkudakan semua jentera kerajaan dan yang telah berjaya mengumpulkan kekayaan melalui hubungan rapat dia dengan Perdana Menteri melihat cabaran tersebut terlalu kecil untuk dijawab.
Melalui teman - teman dalam Umno usaha memastikan dimana Khairy turun sudah mula dibuat. Malah kesediaan teman - teman dalam Umno yang mahu membantu demi melihat Khairy kecundang di Negeri Sembilan yang 'kononya' negeri kelahiranya mengejutkan.
Saya tidak mahu digelar cakap besar dan tidak memahami realiti. Menawarkan diri bertemu Khairy bukan untuk gimik dan publisiti. Tetapi kerana kesedaran dan menyedari bagaimana rakusnya Khairy terlibat dalam menghancurkan negara demi kepentingan peribadi dia perlu disekat dan lebih lebih lagi jika beliau berani menjadikan pilihanraya melalui kerusi di Negeri Sembilan sebagai batu loncatan beliau.
Melawan Khairy yang bakal menabur wang dan memperkudakan jentera kerajaan bukan satu tugas mudah. Saya dengan ini merayu teman - teman anak muda untuk turut sama membantu membentuk satu jentera rakyat yang benar - benar kuat. Saya merayu sumbangan tenaga, bahan seperti kertas, kain pemidang, cat, mesin fax, kerusi, meja dan kayu bendera dan seumpamanya. Untuk segala sumbangan bahan -bahan sila hubungi 0176688404 (Badrul) atau 0173696474 (Azizi) atau email chegubard@gmail.com. Sebarang bantuan kewangan pula boleh disalurkan ke akaun Hong Leong Bank no akaun 199 - 51 - 00101 - 8
Alhamdulillah, bertemu sekali lagi.. pagi sabtu lepas, saya telah bertemu dengan Dato’ Hj Husam. Banyak perkara yang telah dibincangkan. Antara lain, mengenai ura-ura bahawa parlimen akan dibubarkan awal minggu depan, manakala pilihanraya umum pula dijangka pada 21 Feb 2008.
RAMALAN & KEMUNGKINAN I
Menurut beliau lagi, tarikh ini dipilih kerana mempunyai asas yang kuat, iaitu sesuatu yang tidak dijangka oleh rakyat. Walaupun tarikh tersebut masih dalam eddah Tahun Baru Cina dan selepas itu pula perayaan Cap Goh Meh diraikan. Namun, hakikatnya PM peduli apa? Usah dikira lagi kepentingan kaum lain dalam pertimbangannya. Kuasa ditangannya.
Apa yang penting kepada mereka sekarang ialah UNDI MELAYU. Jesteru itu, UMNO di lihat akan cuba menguasai semaksima mungkin pengundi Melayu dalam PRU 12 nanti dengan pelbagai gula-gula politik dan janji-janji. Kadangkala, tanpa dinafikan ianya boleh mengugat semangat dan keinginan orang melayu untuk mengubah kerajaan yang ada.
KWAPM :- ADA UDANG SEBALIK BATU
Terkini pula khabarnya, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di sekolah-sekolah ‘dijelmakan’ sebagai senjata baru dalam percaturan politik mereka. Sebanyak RM 300 juta di peruntukkan kepada semua PPD untuk menjalankan agenda politik mereka melalui pelbagai program yang berselindung disebalik nama program sekolah tetapi hakikatnya melaksanakan gerak kerja K10 UMNO. Program K10 diwujudkan dengan sebaiknya, dimana seorang guru ‘di perintah & dipaksarelakan’ untuk menjaga 10 buah keluarga pelajarnya merangkumi kebajikannya dan yang lebih utama memastikan keluarga tersebut mengundi UMNO.
Kasihan kepada guru yang dipaksa untuk melaksana kerja ini. Mereka terpaksa akur kerana bimbang dengan masa depan mereka. Bukti UMNO menggunakan guru cukup jelas khasnya di PPD di Kelantan sekarang ini di mana setiap perjumpaan UPU diadakan di rumah guru tertentu atas nama program ramah mesra bersama Pengarah JPN negeri. Dimana, setiap guru diWAJIBkan hadir ke perjumpaan tersebut, sekiranya ingkar maka perlu dikemukan surat tunjuk sebab.
RAMALAN & KEMUNGKINAN II
Berbalik kepada ramalan PRU. Antara alasan lain mengapa PRU 12 pada Februari ialah kerana pada waktu tersebut PM tidak mempunyai program di luar negara setelah pulang dari Switzerland bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia. Sementara awal Mac Paklah akan ke Senegal untuk menyerahkan kerusi Presiden OIC kepada negara yang berikutnya.
Selain itu juga, SPR dijadualkan melengkapkan roadshow mereka pada 29 Januari 2008 dengan menjadikan negeri Perak menjadi destinasi terakhir. Katakan apa sahaja, baik askar, bomba, guru, FRU, doktor, kakitangan kerajaan malahan polis juga telah bersedia untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Dan waspadalah, mungkin segelintir dari mereka ini akan digunakan dengan sebaiknya UMNO untuk berkuasa.
Renungkanlah juga kepada peranan media kebelakangan ini. Semuanya menyiarkan rayuan, pujian, kesediaan serta kesanggupan pemimpin UMNO dalam pelbagai karenah. Ada yang minta tidak dicalonkan, ada yang sebaliknya. Sungguh memualkan…kenyataan itu, kenyataan ini.
Walaubagaimanapun, mungkin kita boleh belajar sesuatu dari semua ini. Bagi saya, kalau pemimpin UMNO boleh menerima hakikat mereka tidak dicalonkan maka apalah kurangnya kepada PAS. Kita sepatutnya lebih boleh menerimanya kerana kita berjuang untuk mendapat keredhaan Allah SWT bukan kerana pangkat dan gelaran yang kita ada. Di tambah lagi kita yang memimpin sebuah perjuangan Islam dengan menjadikan Rasulullah dan para sahabat sebagai contoh ikutan yang terbaik.
AWAS..MASA KIAN SNGKAT
Secara simboliknya, ianya menjadi ukuran kepada kita bahawa PRU telah hampir. Andainya betul semua ramalan ini, maka saya merasakan masa yang ada kepada pembangkang untuk menyiapkan semua jentera mereka adalah amat suntuk dan memerlukan tindakan yang pantas dan segera. Teruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Klip VK Lingam Bahagian III Didedahkan, Anwar Tidak Dibenarkan Memberi Keterangan
keadilan Kuala Lumpur, 28 Jan - Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim hari ini lepaskan bahagian ketiga rakaman video VK Lingam yang diterima beliau Jumaat lepas, 25 Januari.
“Klip ini memberikan bukti tambahan bahawa konspirasi yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja melangkaui usaha melantik Ahmad Fairuz ke Mahkamah Persekutuan. Segmen 5 minit ini secara langsung mengaitkan bekas Ketua Hakim Negara Dzaiddin Abdullah yang didakwa menerima rasuah dari VK Lingam dan Vincent Tan agar beliau tidak mengkritik kedua-dua individu tersebut secara terbuka.” kata Anwar.
Dzaiddin Abdullah merupakan Ketua Hakim Negara antara Disember 2000 hingga 2003. Di dalam video tersebut disebut VK Lingam menyatakan: “Dan kita telah memberikan beliau hadiah paling mahal. Jangan tanyalah apa bendanya. Saya telah beri kepadanya dan Vincent Tan telah berikan kepadanya.”
Anwar bertambah, “Meskipun pada awalnya penubuhan Suruhanjaya Diraja telah memberikan rakyat Malaysia harapan agar kewibawaan dan integriti Kehakiman dapat dipulihkan, kami belum yakin dengan prosiding dan keputusan prosedur yang dibuat para Pesuruhjaya setakat ini.
“Suruhanjaya Diraja mestilah dapat menjunjung ketelusan dan integriti agar tidak kelihatan merosakkan lagi imej sistem kehakiman negara.”
Anwar juga mengulangi kesediaan bekerjasama sepenuhnya dengan prosiding Suruhanjaya selama ini.
Di sesi Suruhanjaya Diraja pagi ini, Pengerusi Suruhanjaya Haidar Mohd Noor mengumumkan bahawa Suruhanjaya tidak akan membenarkan Anwar untuk memberi keterangan atas alasan keterangan beliau tidak relevan.
Keterangan Naib Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah dan Sim Tze Tzin turut tidak dibenarkan.
Transkrip
Lingam: The constitution judges said the constitution said, in the opinion of the prime minister he recommend. Who the prime minister recommend? So you are Dzaiddin, you are chief justice, you recommend 10 names, I consent, I said I want these 15 names, can’t do anything. He recommend to rulers, rulers only consulted, not approve, only consult. You Know?
[Voice off-camera]: Because if it goes up to the Court of Appeal…
Lingam: Now Dzaiddin wants to come through the PM because he wants his Tun-ship. So…he doing everything to please the PM lah, but he recommended five judges, three…three approved, which is Tun Eusoff Chin’s men, two not Eusoff Chin’s men which we objected. I prepared the report and rejected… but he wants to appeal again lah.
[Voice off-camera]: Can he appeal?
Lingam: He can appeal lah, but will be rejected lah.
[Voice off-camera]: I never know appointment can be rejected you know?
Lingam: No, recommendation can be rejected. The PM shall recommend so and so, after consulting so and so. So, PM suppose to consult Loh Mui Fah before he recommends. So Loh Mui Fah recommend 10 names, he in fact can say I disagree with your 10 names, I recommend Gurm…Lingam and so and so. Nothing you can do. You are only…you are supposed to be consulted, not to be approved. You see the point or not? The constitution said consult. I suppose to consult my father before I marry, I consulted him, he disagreed but still I married!
[Voice off-camera]: Because that is not final, ah.
Lingam: Right, consult is to discuss. That’s all. But if I must get my father’s approval before married, then different. Approval different from consult.
[Voice off-camera]: So, who is the lord president now?
Lingam: Now chief justice Dzaiddin.
[Voice off-camera]: Dzaiddin…
Lingam: But between you and me. We have taken Dzaiddin for dinner three times.
[Voice off-camera]: Three times already.
Lingam: And we have given him the most expensive gift. Don’t ask about it lah. I have given him and Vincent Tan has given him. So, he also cannot attack us. Tomorrow we go say we give you this this this. He cannot go and say you are a agent. Correct or not? So, he is neither here nor there lah. That’s all.
[Voice off-camera]: But… Chief Justice..
Lingam: But in the court when I argue with him. He said, Datuk Lingam you said you will take one hour. I said, my Lord, it is only 50 minutes, I got another 10 minutes. But…I appreciate. Thank you, thank you… He is very nice with me, very polite with me. I have been sending cakes every hari raya. Vincent has been sending. He can’t go and say he is very clean, correct or not?
[Voice off-camera]: But then he is…
Lingam: But he is playing his game lah. He got the job, that’s it. Now, September he is finished that’s all. Make sure he is not extended.
[Voice off-camera]: But, he may ask for extension.
Lingam: He is hoping… he told somebody that he likes the job very much. Then he likes…Let him dream lah.
[Voice off-camera]: Above him is the Lord President?
Lingam: He is the number one man, Dzaiddin.
[Voice off-camera]: Whose the Lord President?
Lingam: He is called… those days called lord president, now called chief justice, federal court.
[Voice off-camera]: Oh… it is the same title.
Lingam: Number two President Court of Appeal, that Wan Adnan, my personal friend. He was sick. Nobody knows he is close to me. Right, in fact, he never knew his name is going up until I told him. Then number three, Ahmad Fairuz, Chief Judge Malaya. Ahmad Fairuz is going to be acting, now acting…number two. Right? So, next minute, even Raja Aziz said he is going to be the next top job. He is…definitely number one lah. So, he told me I leave it all to you and you must help me and all…I said I’ll arrange for you to meet Tengku Adnan, Vincent and meet with PM lah…But this bugger is sometimes a bit scared. Ah…I must play shadow from the behind. Nobody should know I know you. Then you can help more. But people, see you know more, like Eusoff Chin, because I met him in New Zealand, became a problem. But if I didn’t meet him in New Zealand, it’s a… no problem. Correct or not? Unfortunate.
[Voice off-camera]: Then, in your…then they said you have taken photograph with him holidaying in…huh…huh…
Lingam: But unfortunately, I didn’t know. The worst thing I didn’t know Eusoff Chin put his hand like that! Alamak…so…I also didn’t know about it. What to do?
[Voice off-camera]: Then… then…
Lingam: Do you know, today one o’clock, Eusoff Chin having lunch in his house today. Hari Raya today. He called me and my wife to come. I told him we don’t go today, we make it another day. I don’t come but my wife and children will come. You know or not? I told my wife to call…[unclear]… [phone rings]…
Lingam: Hello…Joe Ah…!
Note: Because some parts of the recording are inaudible the transcript may not be 100% accurate.
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan klip video bahagian ketiga membabitkan peguam kontroversi, Dato' VK Lingam setelah rakaman itu diperolehinya pada 25 Januari lalu.
"Pada hari ini saya menerbitkan segmen ketiga rakaman video peguam, Lingam yang diberikan kepada saya pada Jumaat lepas, 25 Januari.
"Klip ini memberikan bukti tambahan bahawa konspirasi yang kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja melangkaui usaha melantik Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim ke Mahkamah Persekutuan.
Menurut Anwar, segmen lima minit ini secara langsung mengaitkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah yang didakwa menerima rasuah dari Lingam dan Vincent Tan agar beliau tidak mengkritik kedua-dua individu tersebut secara terbuka.
"Dzaiddin merupakan Ketua Hakim Negara antara Disember 2000 hingga 2003. Di dalam video tersebut disebut VK Lingam menyatakan: "Dan kita telah memberikan beliau hadiah paling mahal. Jangan tanyalah apa bendanya. Saya telah beri kepadanya dan Vincent Tan telah berikan kepadanya."," kata Anwar dalam satu kenyataannya hari ini. ----
Meskipun pada awalnya penubuhan Suruhanjaya Diraja telah memberikan rakyat Malaysia harapan agar kewibawaan dan integriti kehakiman dapat dipulihkan, KeADILan belum yakin dengan prosiding dan keputusan prosedur yang dibuat para Pesuruhjaya setakat ini, kata Anwar.
Suruhanjaya Diraja mestilah dapat menjunjung ketelusan dan integriti agar tidak kelihatan merosakkan lagi imej sistem kehakiman negara, katanya.
"Saya dengan ini menyerahkan bukti terbaru ini kepada orang ramai dan menyatakan kesediaan bekerjasama sepenuhnya dengan prosiding Suruhanjaya selama ini.Video ini dapat dilihat di laman web saya www.anwaribrahimblog.com," katanya.
" Dua helai kain rentang yang menyatakan tuntutan, agar masjid segera dibina supaya penduduk-pendudk Islam di Saujana Utama Sg Buluh dapat menuaikan ibadah, terutamanya solat Jumaat dengan lebih selesa telah diturunkan oleh pihak yang tertentu.
Sekurang-kurangnya ada dua kain rentang yang digantung, bagi menyatakan tuntutan yang tersebut di atas.
Pertama; kain rentang yang digantung oleh pihak PAS; dan kedua, kain rentang yang digantung oleh pihak Surau Hidayah Saujana Utama, bagi mewakili umat Islam yang menetap di sini. Difahamkan bahawa kain rentang yang dinaikkan oleh PAS itu adalah bagi pihak PAS Cawangan Saujana Utama
1, PAS Cawangan Seri Pristana dan PAS Cawangan Saujana Utama
2. Manakala tiada kelihatan kain rentang dari pihak UMNO bagi menyatakan tujuan yang sama.
Tuntutan ini dibuat kerana lapan tahun adalah masa yang terlalu lama bagi pihak yang berkenaan mendirikan sebuah masjid sebagaimana yang sepatutnya.
Dapat dilihat bahawa pembinaan rumah-rumah baru semakin laju, termasuk pembinaan pasaraya, dewan untuk orang ramai, lapangan Futsal dan sebagainya; tetapi masjid, masih juga bekum dapat ditegakkan, walaupun setelah beberapa kali gontong royong membersihkan tapak mesjid telah dilakukan.
Dipercayai bahawa pihak yang berkenaan tidak mengambil berat untuk menyegerakan pembinaan masjid ini adalah kerana jumlah pengundi muslim di sini hanya sekitar 700 orang sahaja. Jadi, mungkin bagi pihak yang berkenaan, penyegeraan ini tidak perlu kerana ia tidak menggugat kedudukan politik mereka di Kuala Selangor ini.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja, yang sedang menjalankan inkuiri mengenai kesahihan klip video kononnya mengenai cubaan seorang peguam mengatur pelantikan hakim, membuat keputusan hari ini bahawa buat masa ini Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipanggil memberi keterangan.
Pengerusinya Tan Sri Haidar Mohd Noor berkata dua orang lagi iaitu peguam R.Sivarasa, yang juga Naib Presiden PKR, dan Sim Tze Tzin, juga tidak perlu dipanggil sebagai saksi kerana keterangan mereka tidak ada hubungan secara langsung dengan inkuiri itu.
Bagaimanapun, suruhanjaya lima anggota itu, membenarkan permohonan supaya Thirunama Karasu, adik kepada peguam V.K. Lingam, orang didakwa sedang berbual menerusi telefon dalam klip video itu kononnya berhubung pelantikan hakim, untuk menjadi saksi tetapi keterangannya akan hanya tertumpu kepada isuisu tertentu.
Keputusan hari ini dibuat selepas suruhanjaya itu mendengar secara tertutup pada Jumaat lepas hujah peguam-peguam yang mewakili beberapa pihak dalam inkuiri itu.
Prosiding itu dijalankan secara tertutup bagi memastikan bahawa dakwaan yang tidak ada kaitan dengan klip video itu tidak diterima sebagai bukti.
Peguam M. Puravalen, yang mewakili Anwar, dan Wee Chee Keong yang bertindak bagi pihak Thirunama, berhujah bahawa keterangan anak guam masing-masing memenuhi syarat dan terma inkuiri itu.
Minggu lepas, kedua-duanya mengemukakan dokumen yang mendakwa kononnya terdapat salah laku dalam badan kehakiman yang perlu diteliti oleh suruhanjaya itu.
Selain Haidar, suruhanjaya itu dianggotai Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, Datuk Mahadev Shankar, Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan Prof Emeritus Datuk Khoo Kay Khim.
Prosiding yang memasuki hari ke10 hari ini bertujuan antara lainnya menentukan kesahihan klip video itu, mengenal pasti orang yang dipaparkan serta dengan siapa dia sedang berbual selain memastikan sama ada terdapat sebarang salah laku.
Suruhanjaya gugurkan Anwar dan dua pemimpin PKR dari senarai saksi klpos
FotoTERKINI KL: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin PKR tidak akan dipanggil untuk memberi keterangan dengan alasan kenyataannya tidak relevan dengan terma-terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai klip video mengatur pelantikan hakim.
Turut tidak dipanggil ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa dan penyelaras politik PKR Sim Tze Tzin.
Sebelum ini Anwar disenarikan sebagai saksi kelima Suruhanjaya Diraja terbabit.
Anwar dalam kenyataannya berkata, "Meskipun pada awalnya penubuhan Suruhanjaya Diraja telah memberikan rakyat Malaysia harapan agar kewibawaan dan integriti Kehakiman dapat dipulihkan,kami belum yakin dengan prosiding dan keputusan prosedur yang dibuat para Pesuruhjaya setakat ini,"
Lima ahli suruhanjaya yang diketuai Tan Sri Haidar Mohamed Noor juga turut menolak permohonan peguam V.K. Lingam untuk memanggil dua saksi pakar video dan audio dari United Kingdom dan Amerikan Syarikat yang diupahnya untuk memberi keterangan.
Bagaimanapun peguam Wee Choo Keong yang mewakili V. K. Thirunama dibenarkan menyoal Lingam mengenai hal yang berkaitan hubungan dengan Tun Mohd. Eusoff Chin serta apa yang relevan dengan salah laku.
Pengalaman ditangkap polis ketika demo Protes chegubard
Oleh Badrul Hisham Shaharin
PADA 26 Januari 2008 yang lepas kira – kira jam 3.30 petang saya bersama Mohd Azif Mohd Aris, Ketua Angkatan Muda Sepang telah sampai ke Jalan Ampang.
Kehadiran polis bersama kenderaan Polis yang dalam jumlah yang luar biasa telah menyebabkan Jalan Ampang dan kawasan sekitarnya sesak.
Kenderaan yang dipandu Azif telah diletakkan berhampiran Restoran Nasi Kandar Pelita, Jalan Ampang. Ketika baru berjalan sekitar 150 meter dari kenderaan saya terdengar jeritan "tangkap budak tu….tangkap budak tu…dia suspek juga..tangkap cepat"
Sebaik sahaja saya cuba menoleh mencari punca suara itu, dua orang anggota polis merentan kedua tangan saya yang kemudian di ekori oleh beberapa orang anggota yang lain. Beberapa anggota polis menendang dan menumbuk kepala saya.
Saya di bawa ke trak polis, saya bertanya kenapa saya ditahan, tiada yang menjawab sebaliknya saya terus di tolak ke naik. Saya yang tidak puas hati terus menjerit "Hidup rakyat!!..Hidup Rakyat..!!"
Maki hamun
Beberapa orang anggota polis telah naik ke trak dan cuba menolak saya ke dalam kandang yang berpagar dalam trak. Seorang anggota Polis yang bervest kuning telah menerjah ke dalam trak sambil menendang dan memukul saya.
Dia juga mencarut dan memaki hamun seperti hilang akal. Dia menjerit "Fuck you !!...Pukimak engkau !!..Babi Komunis !!". Perkataan itu disebut berulang ulang kali. Ramai yang berada di tempat kejadian menyaksikan kejadian tersebut.
Dalam trak yang sama juga terdapat ramai tahanan lain antaranya ialah Dr. Nasir Hashim (Presiden PSM) dan Syed Jaymal (wartawan Malaysiakini). Kami dibawa ke IPK KL. Sampai di perkarangan IPK KL, seorang pegawai polis berpangkat L/Kopral dengan tiba tiba memohon maaf dan merayu agar kami tidak ganas. Dia berkata " Encik – encik saya betul betul mohon maaf saya tak salah bukan saya yang tangkap…saya juga cari makan…harap encik – encik semua jangan kasar dan ganas…turun dan jalan perlahan ikut anggota polis….."
Serentak dengan itu kami ketawa….Dr. Nasir terus menyindir sambil berkata berkata "Takpa lah saudara ..kami tahu polis hanya makan gaji …ikut arahan ….bukan ikut undang undang…kami ni bukan pengganas..kami takkan lari, kami bukan penakut..kalau kami penakut kami tak turun bela rakyat lawan BN yang zalim…kalau kami nak mengganas kami tak pilih jalan aman ini…"
Kami ditempatkan di cafeteria, IPK KL. Semua yang belum dirampas kad pengenalan diminta menyerahkan kad pengenalan.
Minta serah kad pengenalan
Seorang anggota polis mendekati saya meminta diserahkan kad pengenalan. Saya menegaskan tidak akan menyerahkan kad pengenalan atau memberikan sebarang kerjasama sehingga ada pegawai polis menjelaskan kenapa saya ditahan.
Beberapa minit datang seorang pegawai polis berpangkat c/inspector dia mengatakan saya boleh tidak menyerahkan kad pengenalan tetapi harap bagi kerjasama dengan memberikan nama.
Saya sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak akan berkerjasama selagi saya tidak diberitahu kenapa saya ditahan dan diperkenalkan pegawai yang menahan saya.
Pegawai Polis yang bertanyakan nama saya itu mengatakan beliau tidak terlibat dalam operasi hanya menjadi pegawai perakam. Saya menegaskan kalau tak tahu dan tak ada kena mengena jangan sibuk…saya tak nak cakap dengan orang yang tidak tahu…
Selepas beberapa minit datang sekumpulan anggota polis mengugut untuk membuat pemeriksaan dan merampas kad pengenalan. Saya menegaskan kepada mereka bahawa mereka tidak ada hak membuat pemeriksaan ke atas saya. "Tanya bos dulu"
Saya hanya menyerahkan barang – barang jika saya di lokap. Saya memberitahu jika mereka nak juga membuat pemeriksaan perlu mengeluarkan borang selongkar dan perlu ada pegawai kanan yang menandatangani borang tersebut. Mereka kelihatan keliru dengan penegasan saya dan mengatakan "ok kami akan Tanya bos kami dahulu"
Ketika yang sama S Arutchelvan dibawa terus ke lokap polis.
Lebih kurang jam 5.20 petang saya bangun dan berjumpa dengan salah seorang pegawai polis menyatakan saya ingin membuat laporan polis. Mereka meminta saya tunggu kerana semua pegawai sibuk. Jam 5.40 petang saya sekali lagi bertemu dengan pegawai polis menyatakan saya hendak membuat laporan polis.
Pegawai tersebut menyatakan "nak buat report pasal apa…? Nanti lepas semua selesai baru buat report…boleh buat dekat mana mana balai..?"
Tindakan polis jelas tidak memahami dan menghormati undang-undang. Tahanan berhak membuat laporan inikan pula saya yang tidak pasti lagi statusnya. Saya terus dengan suara yang tinggi meminta hak saya untuk membuat laporan polis.
Jam 5.45 petang saya dibenarkan menulis sendiri laporan polis. Saya telah membuat aduan terhadap OCPD Dang Wangi, pegawai yang membuat tangkapan dan pegawai polis yang memukul dan mengeluarkan kata kata kesat. Dalam laporan tersebut saya juga menjelaskan mengenai tangkapan saya yang tidak mengikut prosedur dan mencabuli hak saya. Saya menjelaskan juga saya tidak akan memberikan sebarang kerjasama.
6.30 petang saya dipanggil bertemu dengan Pegawai (3paku) bernama Izani. Beliau memperkenalkan diri sebagai Pegawai Penyiasat terhadap laporan Polis saya dan akan merakamkan percakapan saya.
Sehingga jam 9.00 malam saya dihalang meninggalkan bangunan IPK KL tanpa diberikan sebarang alasan saya sudah hilang sabar !!
Saya berjumpa dengan pegawai penyiasat laporan polis saya, Izani. Saya meminta penjelasan kenapa saya ditahan. Beliau meminta saya bersabar sekejap untuk dia rujuk ke bosnya.
Enggan beri kerjasama
Beliau minta saya tandatangan dokumen ….tanpa melihat apa dokumen tersebut saya menegaskan dengan suara tinggi saya tidak akan beri sebarang kerjasama !!
Jam 10.00 malam saya dipanggil Izani dia mengatakan saya akan dihantar ke Hospital untuk pemeriksaan doktor. Saya berkeras tidak mahu kerana saya tidak cedera.
Saya dibawa berjumpa 'bos' kepada Izani yang memakai tanda nama Chan. Dia mengatakan akan 'kononnya' bertindak terhadap report saya. Saya mengatakan saya tak peduli semua itu tetapi apa yang saya hendak tahu sekarang kenapa saya ditangkap…?? Saya katakana saya sudah hilang sabar jika tidak ada alasan munasabah dan masih gagal perkenalkan siapa yang menangkap saya saya akan balik sekarang. Chan dengan selamba mengatakan "ok anda dilepaskan tanpa syarat"….. Saya benar benar terperanjat…… apa sudah jadi dengan Malaysia…….???