KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 6, 2008

SEDARA...PATUT JAHATNYA SERUPA

Haidar Mempunyai Talian Saudara dengan Fairuz, Lima Peguam Bertindak Keluar Untuk Bantah Suruhanjaya

KeADILan

Kuala Lumpur, 5 Feb - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim telah membuat permohonan untuk membantah bekas Ketua Hakim Malaya Haidar Mohd Noor daripada terus mengerusi Suruhanjaya DiRaja kerana mempunyai bukti bahawa bekas Ketua Hakim Negara, Ahmad Fairuz adalah saudara kepada Haidar.

Anwar membantah pengerusian Haidar kerana terdapat kemungkinan kepentingan yang bercanggah. Pertalian saudara adalah berasaskan perkahwinan antara adik-beradik dua individu tersebut.

Anwar juga telah melantik Sankara Nair and peguam veteran Karpal Singh sebagai sebagai peguamnya untuk membuat permohonan kepada Suruhanjaya hari ini.

Dalam kenyataan pada hari yang sama, Haidar menolak permohonan yang dibuat. Haidar menjawab “Saya jarang berhubung dengan Ahmad Fairuz. Oleh itu tiada apa-apa sebab yang munasabah untuk saya berhenti mengerusi Suruhanjaya.”

Ini adalah kali yang kedua Haidar menolak permohonan sebegini. Keahlian beliau dalam Suruhanjaya turut dipersoalkan pada awal persidangan Suruhanjaya kerana menyandang jawatan sebagai ahli lembaga Perdana Leadership Foundation yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang merupakan seorang saksi dalam penyiasatan Suruhanjaya.

Hari ini, Suruhanjaya juga membuat keputusan untuk melarang Anwar dan badan bukan kerajaan Aliran untuk menyertai persidangan Suruhanjaya.

Keputusan ini adalah berikutan keengganan dua pihak tersebut untuk menarik kenyataan mereka berkenaan Suruhanjaya yang dikatakan menghina persidangan.

Apabila lima peguam Anwar dilarang oleh Suruhanjaya daripada mengemukakan soalan atau berhujah dalam persidangan akibat larangan kepada Anwar dan Aliran, kelima-lima peguam tersebut bertindak keluar daripada dewan persidangan.

Semakan mahkamah akan dipohon untuk mencabar keputusan Suruhanjaya.

OHHHH PAHANG DARUL SYURGA


Tonik remaja -
Pelajar sekolah rendah turut berani beli arak di kedai buku

kosmo
KEGIATAN meminum arak yang dibeli dengan mudah termasuk dari kalangan pelajar sekolah kian membimbangkan.

KUANTAN – Tidak lama selepas timbul isu pelbagai jenis minuman ringan bercampur alkohol mudah dibeli, kini berleluasa pula sejenis arak dari negara jiran yang dijual merata termasuk kepada pelajar sekolah rendah.

Apa yang membimbangkan ibu bapa ialah minuman keras yang mengandungi paras alkohol sehingga 27 peratus itu bukan sahaja dijual di kedai-kedai runcit tetapi juga di kedai buku di sini.

Ia kini menjadi kegemaran remaja kerana harganya semurah RM4 sebotol kecil (kira-kira 250 mililiter).

Tinjauan KOSMO! di sekitar bandar ini mendapati kedai-kedai terbabit menjadi tumpuan remaja yang berpeleseran dengan basikal dan motosikal pada setiap malam minggu.

Pada malam Sabtu lalu, wartawan KOSMO! yang menyamar sebagai pembeli dengan mudah memperoleh sebotol minuman itu dengan harga RM4 di sebuah kedai kecil yang menjual majalah dan buku-buku terpakai.

Dengan hanya menyebut perkataan tertentu, peniaga terbabit segera mengambil sebotol minuman yang disorokkan bawah meja dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum dijual.

Apabila bekalan di bawah meja habis dijual, dia akan masuk melalui sebuah pintu rahsia di sebelah kedai untuk mengambil bekalan tambahan.

BEBERAPA orang remaja berkumpul sambil mendapatkan bekalan arak dari pintu belakang kedai di Kuantan.

Kegiatan itu disedari kebanyakan pemandu teksi yang pada mulanya menyangka ia aktiviti menjual gam kepada remaja.

Salah seorang pemandu teksi yang enggan dikenali berkata, kegiatan itu telah lama diperhatikannya setiap kali dia menunggu penumpang di tepi jalan dekat Pasar Besar Kuantan.

“Setiap malam minggu selepas pukul 10, ada saja kelibat mat motor dengan perempuan datang beli arak itu dan kemudian mereka dilihat mabuk bersama-sama.

“Kalau tak percaya, pergi tengok di lorong-lorong kat bandar ini. Ada juga yang cakap mereka mabuk dekat hutan di Teluk Chempedak dan buat maksiat,” katanya.

Seorang lagi pemandu teksi berkata, terdapat sebuah kedai yang menjual majalah sehingga pukul 5 pagi menjadi tumpuan remaja berbasikal pada setiap malam minggu.

“Ini paling kita bimbang, budak-budak sekolah rendah yang naik basikal pun datang beli minuman keras itu yang dibungkus dengan plastik hitam. Tempat mereka mabuk, itu saya tak pasti,” katanya.

Tinjauan KOSMO! juga mendapati kegiatan menjual minuman itu dilakukan segelintir pengusaha kedai runcit yang terletak berhampiran pusat-pusat hiburan karaoke dan dangdut di bandar ini yang sering dikunjungi remaja.

Azalina tak kahwin kerana rakyat, tapi Dolah kahwin ...

husin-lempoyang

Laporan Utusan Malaysia di atas hari ini, Februari 5hb, 2008 berbunyi:

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keutamaan kepada rakyat yang melebihi diri sendiri merupakan sebab beliau masih belum berkahwin.

“Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di seluruh negara meletakkan keutamaan rakyat lebih daripada keutamaan diri, tidak kira masa.

“Oleh kerana itulah saya sehingga kini masih lagi tidak berkahwin, kerana saya meletakkan keutamaan rakyat lebih daripada diri sendiri,” katanya ketika berucap pada satu majlis di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah di sini hari ini.

Husin amat menghargai Dato Azalina. Bayangkan betapa besar pengorbanannya demi rakyat. Kesian hidup keseorangan, hanya kadang-kadang ditemani "rakan-rakan wanita" tertentu untuk mengisi kesunyian. Maklumlah kebanyakkan kawan-kawan baya beliau telah mendirikan rumahtangga dan punya anak suami.

Memang patut untuknya mengambil anak angkat, Azareena (kanan: gambar anak itu semasa berumur dua tahun sedang bertemu Perdana Menteri). Jadi teman dan tempat untuk berkongsi suka duka.

Anak itu kini sudah berumur 5 tahun lebih dan membesar seperti ibunya juga. Budak ini lasak dan suka bersukan. Dia suka bermain rollerblade, jogging, lompat atas trampoline, sedang belajar seni mempertahankan diri, dan berenang.

Azalina tentu bangga dengan kecergasan dan kesihatan anak perempuannya. Dengan adanya Azareena, Dato Azalina pun mula nampak berubah. Anak angkat Azareena mengisi naluri keibuannya. Dia kini sudah membabitkan diri dalam kegiatan kekeluargaan.

Dari seorang wanita yang lasak, dan berpakaian agak ranggi dan kelakian, beliau kini bagaikan angsa yang mula mekar. Beliau sudah tahu berdandan, menjaga kulit dan mekap dan menggunakan barang kemas. Badannya pun tidak lagi gempal dan sudah menggayakan pakaian yang berfesyen.

Cuma Husin terfikir, Azalina mengorbankan dirinya untuk rakyat hingga tidak berkahwin. Dolah selalu berkata dia sentiasa memikirkan mengenai negara dan rakyat .... hmmmm ... tapi dia berkahwin ....


Fikir tak Dolah mengenai rakyat dalam ekonomi yang hanya silap mata dan tidak berkeyakinan.

Fikir tak Dolah akan kenaikkan harga barang dan minyak. Dahlah gaji tidak naik sangat, mencari pekerjaan susah, dan barang asyik naik saja.

Fikir tak Dolah masaalah jenayah yang berleluasa dan kanak-kanak yang banyak kena colek.

Fikir ...

... takut yang dia hanya ingat hanya Jin, Jean ... Jeanne.

BILA FREDDIE JADI SAMY?


Laporan polis hangatkan EGM

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
kosmo

KUALA LUMPUR - “Tarik balik laporan polis atau saya saman.”

Demikian kata dua Presiden Karyawan, Freddie Fernandez kepada empat bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) persatuan itu pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) mereka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Menurut Freddie, walaupun laporan yang dibuat tidak menjurus kepada dirinya, kontroversi yang tercetus telah menjejaskan nama baik dan reputasi beliau.

“Demi nama baik persatuan mereka perlu tarik balik laporan yang tidak berasas itu, jika tidak saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah. Ini tindakan terakhir saya jika mereka masih berkeras,” tegas Freddie.

Beliau merujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh AJK Biro Artis Veteran, Datuk Aziz Sattar yang menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam mesyuarat itu. more...

Musa sindir Mahathir sambil sokong Abdullah


Pak Tam Mat
harakahdaily

Saudara Pengarang,

Laporan berita Bernama memilih tajuk "Rakyat Malaysia Kini Lebih Bebas Bersuara - Musa Hitam", begitu juga dengan siaran Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi.

Rakyat tentu faham bahawa rakan karib, atau istilah lebih tepat, mentor Abdullah Badawi itu mahu menyanggah kritikan yang dihamburkan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri baru-baru ini.

Dr Mahathir semasa membayangkan ada persefahaman antaranya dengan Abdullah bahawa tempoh perkhidmatan Dollah sebagai PM hanya satu penggal sahaja, turut menyelar suasana dalam Umno yang cukup tidak demokratik, yang tak membenarkan sebarang kritikan daripada dalam. Segalanya mesti angguk, tak boleh bantah, apatah lagi untuk protes.

Musa Hitam selaku musuh tradisi Mahathir menggunakan apa jua peluang untuk membela anak didiknya, Abdullah, sambil mengecam Mahathir walaupun secara asasnya Pak Lah sudah tidak menerima pakai nasihat Musa kerana terlalu percaya kepada menantunya, Khairy Jamaluddin.

Saya tak pasti apa kayu ukur Musa untuk mendakwa suasana kebebasan bersuara negara kita adalah lebih berbanding dengan era Mahathir dahulu?

Musa pasti ingat bagaimana beliau bersama Tengku Razaleigh boleh membentuk Team B dan kemudiannya melancarkan kempen ke seluruh negara bagi mencabar Mahathir dan team A dalam pemilihan parti, April 1987.

Apakah Musa dapat membayangkan jika ada kumpulan atau individu dalam Umno sekarang yang mahu berkempen untuk mengkritik atau menegur Presiden Umno, Abdullah Hadhari itu?

Yang pasti, individu itu tentu tidak sempat untuk membentuk sebarang team atau kumpulan kerana ia akan dicantas lebih awal lagi. Lihat saja percubaan Tengku Razaleigh untuk mencabat Abdullah dalam pemilihan Umno yang lalu.

Kasihan tengok Ku Li yang bukan saja gagal mendapat pencalonan yang cukup untuk membolehkan beliau bertanding, malah untuk mendapat satu undi sokongan di luar Gua Musang pun tak terdaya.

Begitu juga akhbar atau media yang cuba memberikan ruang kepada suara-suara kedua yang tidak direstui oleh Perdana Menteri itu. Akhbar pembangkang seperti Harakah terus disekat, manakala Suara Keadilan masih tidak diberikan permit penerbitan sampai hari ini.

Sedangkan suara kritikan yang dimuatkan dalam internet sememangnya tidak boleh dihalang, dan bukannya kerana sikap keterbukaan Dollah.

Jika kerajaan melakukan sekatan terhadap laman-laman web atau blog pastinya dunia akan mengecam Malaysia dan ini menganggu pelaburan asing untuk masuk dalam negara kita.

Tempoh pilihan raya perlu dipanjangkan

Jika Abdullah benar-benar terbuka dan bersedia menerima kritikan, beliau harus membuktikan, pertama, tempoh kempen pilihan raya ke-12 dipanjangkan, sekurang-kurangnya sebulan, dan bukannya hanya lapan hari seperti mana tahun 2004.

Kedua, semua media utama, terutama akhbar harian dan siaran berita TV harus memberi ruang seadilnya kepada semua parti-parti yang bertanding, tidak kira siapa, BN ataupun PAS, KeADILan ataupun DAP.

Cukup dulu, sila lihat pandangan Musa yang memuji anak didiknya, Dollah sambil mengambil kesempatan mengecam Mahathir.

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Kepimpinan yang lebih bersedia memberi kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan menzahirkan pendapat -- ini kesimpulan yang dibuat bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mengenai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Musa berkata rakyat Malaysia kini lebih bebas bersuara dan menyatakan pendapat, berbanding pada era kepimpinan perdana menteri sebelum Abdullah.

Selain itu, kata beliau, media juga kini boleh mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan dalam laporan mereka.

"Ini termasuk yang disiarkan oleh Utusan (Melayu (M) Bhd), yang memang terkenal sebagai akhbar pro-kerajaan. Walaupun pendapat Utusan mungkin masih memihak kepada kerajaan, tapi ia (laporan) tetap merupakan suatu pendedahan.

"Kebebasan yang diberi oleh kerajaan dinikmati oleh kebanyakan kita, kelas menengah. Malah, kini kita boleh mengadakan demonstrasi tanpa permit... (dan) rakyat pun tidak begitu takut sangat.

"Keadaan ini tidak wujud dalam tempoh kepimpinan kawan baik saya dulu," kata Musa dalam nada bergurau semasa berucap pada Forum Wawasan Pembangunan sempena sambutan Hari Alumni Universiti Malaya 2008 di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pihak berkuasa menggunakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka yang mengadakan perhimpunan haram, tetapi taktik ini juga digunakan oleh negara maju lain bagi menghadapi mereka yang mengadakan demonstrasi secara haram.

Mengenai penulisan melalui laman blog oleh mereka yang menentang atau tidak bersetuju dengan kerajaan, Musa berkata beliau menganggapnya sebagai demokrasi digital, yang membolehkan pihak berkenaan menghamburkan kemarahan mereka, tanpa perlu turun ke jalan raya dan mengganggu ketenteraman orang ramai. --- aba.
No2umno - Orang BN dan UMNO, macam kembar perangai seiras. Bila ada jawatan, semua macam POYO je. Orang suruh kehulu semua pegi ke hulu. Bila orang suruh ke Hilir, semua gi kehilir. Bila dah tak der jawatan, baru lah hebat bercerita. Budaya tak sihat ni sudah menjadi VIRUS yang menyerang UMNO dan BN. Orang jawa kata "VIRUS ANGGUK".

Perangai Orang UMNO sekarang dan dulu sama je. Tak macam RESMI AYAM. Ayam jantan, berkokoknya dari muda sampai ke tua. Pendekar UMNO dan BN, berkokoknya bila dah tua dan beragan. Orang dah tak mahu, baru lah sibuk sibuk nak berkokok. Masa tu, orang dah tak bangun pagi kerana ayam tua kokoknya tersekat sekat sebab kahak penuh kat leher.

TINDAKAN LEPAS BATUK DITANGGA SEMPENA PILIHANRAYA


Masuk asrama ‘sardin’ - Dari tepi sungai, warga Bangladesh berkumpul di rumah kedai
kosmo

KUMPULAN pendatang Bangladesh beratur menaiki bas ke penempatan sementara dalam operasi yang dirakamkan pada 3.30 pagi kelmarin di Jalan Damai.

KUALA LUMPUR – Masalah warga Bangladesh ‘bersidai’ di tepi Sungai Gombak dekat Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Damai di sini akhirnya selesai awal pagi semalam.

Ini kerana lebih 500 pendatang terbabit telah dihantar ke penempatan sementara di Kajang dan Nilai dengan menggunakan 11 buah bas yang dikhaskan untuk mereka.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Md. Yassin berkata, keputusan menghantar pendatang-pendatang tersebut adalah hasil perbincangan bersama pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh.

“Atas permintaan pihak pesuruhjaya, kami membantu memudahkan proses penempatan mereka agar tidak lagi mengganggu persekitaran khususnya di bandar raya ini.

“Proses pemindahan mereka bermula dari 12.30 tengah hari hingga 4 pagi (kelmarin), polis telah mula ‘membersihkan’ pendatang-pendatang ini yang makan dan tidur di sekitar Stesen LRT Damai,” kata Sofian.

Seramai 73 orang pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selain 60 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut sama dalam operasi tersebut.

KOSMO! kelmarin melaporkan kawasan Stesen LRT Damai bagai sudah menjadi ‘Mini Dhaka’ ekoran kebanjiran warga Bangladesh yang berkeliaran tanpa arah tujuan di kawasan itu dengan mendakwa mereka ditipu ejen untuk bekerja di negara ini.

BEGINILAH padatnya bilik besar yang dipenuhi kira-kira 100 pendatang Bangladesh di asrama baru mereka di Kajang Perdana semalam.

Menurut Sofian, semua pendatang yang beragama Islam itu mulanya enggan dihantar ke penempatan sementara sehinggakan pihak Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh terpaksa meminta campur tangan.

Sementara itu, tinjauan di asrama pendatang itu semalam mendapati keadaannya sesak bagai tin sardin apabila tiga lot bangunan rumah kedai dikongsi lebih 300 orang.

Hanya dua buah tandas disediakan, memaksa mereka berbaris untuk masuk.

Lebih menyedihkan, kebanyakan mereka terpaksa melelapkan mata hanya beralaskan tikar getah manakala beg dan lengan dijadikan bantal.

Seorang penghuni, Kamal Parvez, 35, memberitahu, rumah yang mereka tinggal kini tidak mampu menampung jumlah yang terlalu ramai.

Bukan sahaja KPN, badan kehakiman juga dituduh dikuasai mafia

Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily

SHAH ALAM, 6 Feb (Hrkh) - Bukan sahaja Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dituduh menaungi kegiatan jenayah malah badan kehakiman negara ini juga dituduh telah dikuasai oleh gangster dan mafia.

Ketika diminta mengulas dakwaan Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang mendakwa Musa menaungi dunia penjenayahan, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan sahaja pasukan polis, pejabat Peguam Negara dan Badan Pencegah rasuah (BPR) yang perlu dibersihkan dari gerombolan yang dituduh menaungi kegiatan jenayah malah badan kehakiman juga mesti dibersihkan.

"Keterangan adik (Datuk VK) Lingam kepada Suruhanjaya Diraja Siasatan Klip Video Lingam baru-baru ini menyebabkan badan kehakiman negara ini kian dituduh telah dikuasai oleh mafia," kata beliau ketika ditemui selepas kembali dari majlis ceramah PAS di Ipoh.

Keterangan adik Lingam itu, katanya lagi, seolah-olah memberitahu rakyat bahawa mereka hendaklah menghubungi Lingam atau Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun jika mereka menghadapi sebarang masalah dengan undang-undang.

"Rakyat semakin kuat menuduh badan kehakiman dikuasai mafia apabila adik Lingam memberitahu bahawa beliau pernah diberi amaran oleh abangnya supaya tidak memberi maklumat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan mengugut bahawa Vincent mempunyai kaitan dengan samseng,"
kata beliau lagi. more...

Bila dah tak caya kehakiman


Khidmat Ketua Hakim Negara dilanjut 6 bulan
Utusan Meloyakan

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Yang di- Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan pelanjutan perkhidmatan Datuk Abdul Hamid Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara selama enam bulan mulai 18 April hingga 17 Oktober tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pelanjutan itu adalah selaras dengan peruntukan Fasal (1) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Tambah beliau, Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 1 November 2007 akan bersara wajib kerana mencapai umur 66 tahun pada 17 April tahun ini.

No2umnO - Nak lanjut ke tak lanjut ke, aku tak mahu ambil tahu. Bukannya tambah lega, sakit hati ada le. Macam macam orang dah boleh lanjut jawatan. Pangkat dan jawatan penting penting pulak tu. Kepercayaan kepada sistem kehakiman dah luntur. Rakyat tidak tahu implikasi lanjut jawatan mereka mereka ini semua. Kalau lanjut lanjut tanpa ada sokongan rakyat, bila pulak anak anak kita yang pandai belajar tu nak berjawatan tinggi. Jangan sampai orang tak boleh nak beza antara kerusi dan ketua hakim. Bimbang sama je lentuk nye. Bila cakap, angguk angguk. Tolak sikit jatuh tersungkur. Bila dah terjatuh, terus masuk wad. Maklumlah "LANJUT" punya hal. Lanjut jawatan pada yang lanjut umur.......

CEH ..... KONONNYA MEETING



PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (tengah) mempengerusikan mesyuarat Majlis Harga Negara di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. – Bernama.

Bila Nak Pilihanraya, Menteri cerita pasal miskin dan naik harga. Bila dah menang, harga entah kemana, miskin entah kemana. Ko .... ko punya pasal....aku, aku punya pasal. Weiiii .... Berapa kali rakyat Malaysia nak kena tipu? Aku nak pantun sikit.

Anak Babi ngorat anak lembu
Anak Gelama ngorat anak Keli
Berapa kali Rakyat Malaysia nak ditipu
BN Menang, kita tak diambil peduli

Posting terkini

Blog Archive