No2umnO - Cerita macam ni dah biasa.... Apa komen rakyat? Kalau, PAS ada pengundi hantu ... jawab mereka "Tipu tu .... sapa nak caya". Tapi kalau, UMNO ada seorang pengundi hantu, ... jawab mereka. "Satu? Cehhh ramai tu, satu konon. Membohong aje UMNO nih."Idrin Jusoh dakwa 400 pengundi hantu PAS akan undi Hadi Awang di Marang
MARANG: "Kami tahu ada 400 pengundi hantu di Marang yang akan mengundi untuk (Presiden PAS Datuk Seri) Abdul Hadi Awang," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh hari ini.
"Menggunakan alamat di Kampung Rusila. Kami ada semua nama mereka. Semua 400 orang luar selepas kami semak dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana nama mereka sudah ada dalam senarai. Mereka adalah pengundi hantu PAS," katanya.
Semuanya kerana dah biasa tipu, kalau cakap betul pun orang tak caya. Tapi kalau selalu cakap betul, bila sekali tipu pun orang tak caya. Itu lah lebihnya PAS.
Mar 5, 2008
KALAU TAK TIPU, BUKAN BN. KALAU TAK BOHONG, BUKAN UMNO
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Konvoi 500 motosikal, 30 kereta iringi calon PKR kempen jelajah Kulim
klpos
Oleh Zulkifli Noordin
Rabu, 05 Mac 2008
SEMALAM satu sejarah tercipta di Kulim apabila satu konvoi raksaksa rakyat mengelilingi Kulim. Asalnya program ni pemuda-pemuda India seramai 20 motor akan iringi saya masuk Ladang Dublin daripada pekan Karangan. Penyelaras program tu, nama Guna pun mula atur program.
Jam hampir memasuki pukul 3.00 petang, hampir 500 biji motosikal, 30 biji kereta berkumpul. Masing-masing datang dengan bendera tanpa meminta sebarang bayaran.
Semua sukarela. Kami keliling Kulim dari kawasan Karangan masuk ke Felda Gunong Bongsu, Ulu Mahang, kawasan Sg. Batu dan tamat di Ladang Sg. Dingin.
Saya dijamu oleh aci-aci estet Ladang Dingin masak meehun goreng.
Penulis merupakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga calon PKR bagi parlimen P18 - Kulim Bandar Baharu blog beliau boleh dilayari di zul4kulim.blogspot.com - Pengarang
Labels: Zulkifli Nordin
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Md. Salman Nasaruddin Kembali Ke Rahmatullah
Saya dengan amat dukacitanya memaklumkan bahawa Muhammad Salman Nasaruddin, 24, anak kepada Allahyarham Dato Nasaruddin Jalil, telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2.00 pm tadi. Beliau telah menjadi mangsa langgar-dan-lari ketika sedang berjalan berdekatan rumahnya di Kuala Lumpur. Setakat ini, tiada siapa telah didakwa atas jenayah ini, dan masih tiada siapa yang telah tampil bertanggungjawab untuk tindakan keji ini.
Sejak enam minggu yang lepas, Salman telah memberikan hampir sepenuh masanya kepada kempen saya, dan kepada KeADILan, sebagai ketua perakam video dan jurugambar saya. Beliau telah turut serta dalam rombongan saya ke merata negara, di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Salman sentiasa bertungkus-lumus bekerja, sehinggakan kerjanya umpama kerja yang biasanya dilakukan dua-tiga orang sekaligus. Beliau kerap kembali ke pejabat saya pada awal-awal pagi, dan bekerja tanpa mengenal penat lelah demi menyalurkan bahan rakamannya ke laman web kami, supaya orang lain akan mendapat manfaat daripada hasil titik peluhnya. Saya sememangnya berasa syukur yang tidak terhingga atas pengorbanan dan komitmennya kepada perjuangan kami.
Kemahiran penggambaran dan rakanmannya berjaya membawa ceritera kempen kami demi perubahan dan keadilan di Malaysia kepada berjuta-juta rakyat serata negara dan dunia – tanpa usaha gigihnya melalui saluran Internet, kesemua mereka ini tidak mungkin berpeluang melihat dan mendengar ucapan-ucapan saya, dan melihat ribuan rakyat yang berduyun-duyun keluar untuk menyokong KeADILan.
Dalam dua minggu yang lepas ini, saya amat gembira melihat betapa sokongan rakyat Malaysia yang kian bertambah untuk kempen saya berjaya meniup semangat dan harapan baru dalam diri Salman untuk masa hadapan negara tercinta. Kesanggupannya bekerja larut malam tanpa tidur dan rehat, sementara menghabiskan masa panjang bergerak ke sana-sini; semuanya tidak mungkin akan saya lupakan.
Pemergian Salman merupakan kehilangan pedih kepada semua kakitangan saya, juga semua rakyat Malaysia yang melihat dalam diri Salman satu contoh individu yang percaya bahawa perubahan itu tidaklah mustahil, malah usaha yang gigih dan berterusan tentunya kunci kejayaan.
Kami berdoa agar Allah S.W.T. memaafkan segala dosanya dan mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Salman. Moga Salman tergolong di kalangan ahli syurga, dan moga Allah S.W.T. memberikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarganya, dalam mereka melalui peristiwa yang sedih ini.
ANWAR IBRAHIM
Labels: Salman Nasaruddin
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Al-Fatihah untuk Allahyarham Salman
fotowarung.bazuki.
Salman adalah rakan sekerja saya. Kami saling bantu membantu dalam tugasan. Menjadi tugas, sebagai photographer/videographer untuk Anwar bukanlah tugas mudah.
Selain berhadapan dengan ramai orang, kami terpaksa berhadapan dengan polis, sb dan pelbagai lagi cabaran. Namun Salman melaluinya dengan begitu baik sekali. Untuk pengetahuan, Salman menjalankan tugasnya secara sukarela, tanpa mendapat bayaran.
Salman dilanggar lari oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dihadapan rumahnya sendiri sewaktu beliau ingin keluar berjalan kaki ke pejabat di Phileo, Damansara bagi mengedit video kempen Anwar Ibrahim.
Mendengar bunyi bising, ibunya yang ketika itu didalam rumah menelefon ambulans tanpa melihat siapa yang menjadi mangsa kemalangan berkenaan.
Namun akhirnya, ibunya keluar dan beliau terkejut anaknya sendiri terlibat dengan kemalangan terbabit.
Selain menjadi kawan baik saya, beliau juga seorang yang taat kepada amanah dan tanggungjawabnya sebagai ahli keluarga.
Saya mengunjungi beliau pada jam 10 pagi semalam setelah tiba dari KL, ketika melawat beliau, amatlah sedih, wajahnya bukanlah seperti yang saya kenal dan beliau dalam keadaan koma.
Saya hanya berharap agar keadaanya sedikit berubah dan mampu bertahan untuk hidup, namun pada lebih kurang jam 2, beliau meninggal dunia.
Jenazah selamat dikebumikan pada jam 8.30 malam tadi di tanah perkuburan bukit kiara di tanah perkuburan yang sama dengan ayahnya yang meninggal pada tahun lalu.
Saya mohon sesiapa yang menjadi saksi kemalangan di seksyen 16 pada malam 3 march lalu agar melaporkan kepada tampil memberi maklumat.
Salman semoga rohmu tenang disana. Alfatihah.
No2umnO - Turut merasa sedih diatas pemergian beliau. Alfatihah dan takziah kepada keluarga dan rakan yang mengenali beliau.
Labels: Allahyarham Salman
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Majlis Solat Hajat
Jumaat 7 Februari 2008
Bermula Solat Maghrib Berjemaah
Di Bilik Gerakan PAS DUN Kota (Pasti Al Amin)
Kg Pulau , Chengkau
WAMAKARU WAMAKARALLAH , WALLAHU KHAIRUL MAAKIRIN
Labels: Taklimat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Protesting against the unclean, unjust and unfair 12th general election process
Fuziah Salleh: Sending a memo to SPR Pahang in Kuantan 4 Mac 2008
Protesting against the unclean, unjust and unfair 12th general election process.
LAPORAN POLIS
5hb Mac 2008
PENIPUAN SPR TERHADAP RAKYAT MALAYSIA
Saya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Datuk Kamaruzaman Mohd Noor (rujuk Sinar Harian 27 feb 2008). Kenyataan beliau mengatakan bahawa Daftar Pemilih Induk (DPI) yang diguna pakai dalam pilihan raya umum ke 12 yang diwartakan pada 5 Februari lalu telah dibersihkan daripada senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak 1 Januari 2004 sehingga 31 Disember 2007.
Beliau juga menyatakan bahawa pemilih yang baru meninggal yang belum sempat di bersihkan akan dimaklumkan kepada Ketua Pusat Mengundi yang terbabit.
Penelitian saya terhadap perkara ini menunjukkan bahawa kenyataan beliau tidak benar sama sekali dimana beliau telah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia.
1. Saya punya bukti bahawa daftar pemilih yang dikeluarkan SPR untuk kawasan Parlimen P083 Kuantan masih lagi mengandungi nama-nama pemilih yang telah meninggal dunia sebelum Disember 2007. Nama mereka tetap masih kekal di dalam daftar pemilih.
2. Saya juga punya bukti bahawa ada nama yang telah ‘diBERSIHkan’ daripada daftar pemilih sebelum 31 Disember 2008 untuk kawasan Parlimen P083 Kuantan, telah dimasukkan semula kedalam daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 untuk kawasan Parlimen yang sama dan ada pula untuk kawasan Parlimen yang lain.
3. Pemilih yang telah di BERSIHkan nama mereka ini ada pula yang di masukkan semula ke DPI dengan mempunyai IC no yang baru beserta nombor IC lama mereka.
4. Saya juga punya laporan berkenaan aduan pemilih yang telah beberapa kali mengundi di Kuantan tetapi sekarang telah dipindahkan sebagai pemilih dikawasan yang lain tanpa pengetahuan dan bukan disebabkan perpindahan alamat pihak beliau.
5. MEMORENDUM BANTAHAN saya kepada pihak SPR negri Pahang 4hb Mac semalam telah mendapat jawapan bahawa daftar pemilih yang telah di wartakan SPR adalah muktamad dan tidak boleh di persoalkan. (Rujuk Akta Pilihan Raya 1958 Seksyen 9A). Ini adalah bukti bahawa SPR menggunakan undang-undang untuk menutup penipuan mereka.
Dengan itu saya gesa dan saya pohon pihak Polis Di Raja Malaysia untuk membuat penyiasatan keatas Pengerusi SPR, dan Setiusaha SPR berkenaan penipuan SPR ini demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia juga berhak mendakwa SPR diatas penipuan ini.
Saya juga menyeru SPR supaya menjalankan tugas secara telus dan penuh integriti serta tidak diperalatkan oleh Barisan Nasional.
Terima Kasih
Hjh Fuziah Salleh
Calon Parlimen P083 Kuantan
(Ketua Bahagian KeADILan Kuantan)
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
PERINGATAN DARI ANWAR
Waspada dengan Muslihat!
anwaribrahimblog.com
Saya tergesa-gesa memenuhi jadual menjelajah Perak dan Pulau Pinang - dari Bota, ka Bidor, Tambun, Tapah, Tg Malim, Gopeng, Sg Siput, Bagan Serai dan Nibong Tebal. Sambutan rakyat hangat sekali, mendukung semangat perubahan. Saya yakin inilah yang dikhuatiri Umno-Bn hiingga mengarahkan SPR membatalkan penggunaan dakwat hitam.
Ini bermakna kesempatan meneruskan penipuan lebih luas. Saya menyeru rakan-rakan bekerja lebih keras lagi dan terus waspada dengan muslihat kotor dan licik mereka.
ANWAR IBRAHIM
Labels: Belit SPR Belit BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DOLLAH PULA KENA 'BOO' !!!
Abdullah Badawi di boo di Kerinchi
siasahdaily.blogspot
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Badawi menerima tamparan hebat dari pengundi apabila beliau diboo oleh penduduk Lembah Pantai ketika berceramah di situ 4 Mac lepas.
Abdullah ke sana untuk membantu calon BN Sharizal Jalil yang semakin hinag sokongan rakyat akibat populariti calon PKR, Nurul Izzah Anwar untuk kerusi parlimen kawasan itu.Bagi menarik sokongan orang ramai, selain Abdullah dan Shahrizat, BN menjemput beberapa penyanyi termasuk Mawi dan kumpulan muzik Rabbani dalam ceramah yang diadakan pada sebelah malam di tapak Pasar Tani Bukit Angkasa itu.
Bebarapa saksi menyatakan Abdullah di boo oleh sebahgaian yang hadir di situ sebaik beliau memulakan ucapan menyebabkan beliau terpaksa memendekkan ucapan dan pulang awal. Ini bukanlah kejadian pertama pemimpin BN dimalukan oleh pengundi.
Sebelum ini, sekutu Abdullah yang juga Presiden MIC, Samy Vellu dimalukan apabila 2000 warga India menghalang beliau dari menghadiri majlis jamuan makan malam anjuran BN di Lunas, Kedah.
Di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Datuk Seri Annuar Musa turut diboo orang ramai apabila beliau cuba singgah di pasar itu petang Selasa lepas.
Pemerhati berpendapat, senario ini adalah ekoran sentimen anti-BN yang menular di seluruh negara sekarang.
Labels: Dollah bedol
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SESSI PKR/PAS BERTEMU IBU BAPA DI KAMPUNG JAWA
Jam 12.30 tgh di kawasan DUN KOTA RAJA, KELANG.
Dr. Mariah Mahmud - Calun Parlimen PAS P.111 Kota Raja sedang berada di jalan berdekatan dengan kawasan sekolah Kampung Jawa.
Dr. Xavier (Dr. A. X. Jayakumar) Calun DUN N.49 Sri Andalas seorang Dr. Gigi juga turut berada di kawasan tersebut. Beliau adalah Timbalan Setiausaha Agung PKR merangkap ketua bahagian Kota Raja.
Jentera Pilihanraya PAS dan PKR yang turut bertungkus lumus berada di kawasan yang sama, sedang mempamirkan wajh calun PAS, Dr. Mariah Mahmud.
Labels: PAS dan PKR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments