KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

Md. Salman Nasaruddin Kembali Ke Rahmatullah

013.jpg

Saya dengan amat dukacitanya memaklumkan bahawa Muhammad Salman Nasaruddin, 24, anak kepada Allahyarham Dato Nasaruddin Jalil, telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 2.00 pm tadi. Beliau telah menjadi mangsa langgar-dan-lari ketika sedang berjalan berdekatan rumahnya di Kuala Lumpur. Setakat ini, tiada siapa telah didakwa atas jenayah ini, dan masih tiada siapa yang telah tampil bertanggungjawab untuk tindakan keji ini.

Sejak enam minggu yang lepas, Salman telah memberikan hampir sepenuh masanya kepada kempen saya, dan kepada KeADILan, sebagai ketua perakam video dan jurugambar saya. Beliau telah turut serta dalam rombongan saya ke merata negara, di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Salman sentiasa bertungkus-lumus bekerja, sehinggakan kerjanya umpama kerja yang biasanya dilakukan dua-tiga orang sekaligus. Beliau kerap kembali ke pejabat saya pada awal-awal pagi, dan bekerja tanpa mengenal penat lelah demi menyalurkan bahan rakamannya ke laman web kami, supaya orang lain akan mendapat manfaat daripada hasil titik peluhnya. Saya sememangnya berasa syukur yang tidak terhingga atas pengorbanan dan komitmennya kepada perjuangan kami.

Kemahiran penggambaran dan rakanmannya berjaya membawa ceritera kempen kami demi perubahan dan keadilan di Malaysia kepada berjuta-juta rakyat serata negara dan dunia – tanpa usaha gigihnya melalui saluran Internet, kesemua mereka ini tidak mungkin berpeluang melihat dan mendengar ucapan-ucapan saya, dan melihat ribuan rakyat yang berduyun-duyun keluar untuk menyokong KeADILan.

Dalam dua minggu yang lepas ini, saya amat gembira melihat betapa sokongan rakyat Malaysia yang kian bertambah untuk kempen saya berjaya meniup semangat dan harapan baru dalam diri Salman untuk masa hadapan negara tercinta. Kesanggupannya bekerja larut malam tanpa tidur dan rehat, sementara menghabiskan masa panjang bergerak ke sana-sini; semuanya tidak mungkin akan saya lupakan.

Pemergian Salman merupakan kehilangan pedih kepada semua kakitangan saya, juga semua rakyat Malaysia yang melihat dalam diri Salman satu contoh individu yang percaya bahawa perubahan itu tidaklah mustahil, malah usaha yang gigih dan berterusan tentunya kunci kejayaan.

Kami berdoa agar Allah S.W.T. memaafkan segala dosanya dan mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Salman. Moga Salman tergolong di kalangan ahli syurga, dan moga Allah S.W.T. memberikan ketabahan dan kesabaran kepada keluarganya, dalam mereka melalui peristiwa yang sedih ini.

ANWAR IBRAHIM

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive