KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

MUSA HASSAN arah kotak undi dibawa ke balai polis?

harakahdaily

KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Seorang anggota polis memberitahu para petugas PAS bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan supaya kotak-kotak undi pos dalam kawalannya dibawa dan diletakkan di balai polis.

Bagaimanapun, dalam kejadian di Jeli itu, anggota polis berkenaan meminta supaya jangan didedahkan apa yang beliau nyatakan itu, kata salah seorang dari kira-kira 50 petugas PAS yang terlibat dengan kejadian itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai kejayaan para petugas PAS mematahkan percubaan Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan kotak undi pos di balai polis.

"Sehingga ke peringkat itu kita berkerja (untuk mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan)," katanya.

Menurut Husam, selepas pengundian, berlaku percubaan untuk mengelakkan kotak-kotak undi pos tersebut diletakkan di pejabat tanah dan jajahan Jeli seperti yang sepatutnya.

Bagaimanapun, selepas dibantah keras oleh para petugas PAS, rancangan mereka hendak meletakkan kotak-kotak undi pos itu di balai polis tersebut telah dibatalkan dan diletakkan di pejabat tanah dan jajahan Jeli.

Mengulas lanjut apa yang berlaku itu, Husam menjelaskan, apa yang dilakukan itu bukan sahaja kerana PAS hendak menang.

"Tetapi kita hendak memelihara sistem. Mempertahankan proses demokrasi yang adil. BN tak berminat," katanya.

Mengenai undi pos, Husam menyatakan, ramai anggota tentera yang datang menemui pihaknya mengadu bahawa nama mereka juga berada dalam senarai di luar undi pos sedangkan mereka telah mengundi melalui undi pos.

Bagaimanapun, katanya, SPR tetap enggan memberikan perhatian kepada bantahan yang dikemukakan oleh PAS mengenai perkara itu.

Ketika ditanya adakah PAS dapat mengawal keadaan dari berlaku huru-hara jika BN memang dengan penipuan, Husam berkata: "Saya boleh kawal anak saya, isteri saya. Tetapi saya tak boleh kawal orang lain".

Beliau juga mengingatkan tentang kemungkinan pihak tertentu menyamar sebagai penyokong PAS dan mencetuskan huru-hara.

"Kalau ada yang menyamar dengan baju Bersih, baju PAS (dan mencetuskan ketegangan menjelang dan ketika pilihan raya), itu bukan dari kita (PAS)," kata beliau sambil meminta semua pihak berwaspada terhadap sebarang percubaan untuk menakut-nakutkan rakyat kepada PAS.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive