KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

Najib Tun Razak salah guna harta kerajaan

Roslan SMS

Sejak bila pula seorang Timbalan Presiden Umno dibenarkan mengguna jet eksekutif Fokker milik TUDM untuk kerja-kerja kempen partinya?

Hari ini muka 10 akhbar NST memaparkan gambar Najib tidur nyenyak bersama anak perempuannya dalam jet milik kerajaan ketika terbang dari Kota Bharu ke Kuantan. Apakah tidak malu seorang berjawatan TPM, berpelajaran dan mempunyai kedudukkan, memperalatkan kemudahan kerajaan untuk kerja-kerja kempen partinya. Mungkin alasan yang diberikan bahawa beliau menjalankan tugas rasmi.

Menurut NST beliau ke Kelantan berjumpa penanam tembakau di Bachok (dimana beliau turut memperkenalkan calon MB Kelantan Awang Adek – ini bukan tugas TPM tetapi kerja kempen BN), singgah di Pasir Puteh merasmikan bangunan baru LPP Daerah, kemudian ke SMJK (C) Chung Hwa di Kota Bharu, kemudna ke Kubang Kerian menerima kononnya borang ahli Umno dari ahli PAS yang keluar parti (ini kerja TPM?). Selepas itu beliau ke Pengkalan Kubor pula untuk upacara letak batu asas pembinaan masjid dengan diiringi orang-orang BN, bendera BN dan lain-lain (ini juga kerja TPM kah?).


Jelas jet eksekutif kerajaan ini telah disalah-gunakan untuk kepentingan politik Timbalan Presiden Umno. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan telah menyalah-gunakan kuasa, inikah jenis pemimpin contoh untuk kita, inikah jenis pemimpin bersih yang diperlukan rakyat?

Kalau kemungkaran seperti ini kita lihat dan tonton dengan mata kepala kita sendiri danum kita tidak melakukan apa-apa dan terus memangkah BN, maka apalagi harga diri dan maruah yang ada pada kita?

1 comments:

Anonymous said...

BA Menang 8HB nanti esoknya kita hantar NajIB ni pergi mongolia..
Biar Dia merempat kat sana..

Orang UMENO ni memang sial, tak tahu malu, bodoh gila babi!!

Engkau harta tu mak bapak engkau punya ka NAJIS!!

Posting terkini

Blog Archive