KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

TANAH UM ... ADIK NAJIB TERLIBAT

Tanah UM dengan harga murah: Adik Najib terlibat
harakahdaily

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah salah seorang pengarah syarikat yang didakwa akan memajukan 27.5 ekar tanah Universiti Malaya (UM) dengan harga murah, Naib Presiden PAS Datuk Haji Husam Musa mendedahkan.

"Seorang lagi pengarah (syarikat tersebut) ialah (Datuk Ahmad) Johari (Tun) Abdul Razak," kata beliau ketika mendedahkan nama adik Timbalan Perdana Menteri itu dalam ceramahnya dekat sini.

Menurut Husam, nilai sebenar tanah tersebut ialah RM500 juta tetapi dijual dengan harga RM200 juta sahaja.

"Kalau ambo (saya) kata ni tak betul, esok (Timbalan Perdana Menteri) tolong jawab," katanya.

Dalam berita bertajuk "UM mohon kelulusan jual tanah" yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian sebelum ini, Naib Canselor UM, Datuk Rafiah Salim menyatakan, penyelesaian projek pembangunan itu dengan jayanya dijangka menyediakan UM dengan pendapatan minimum RM312 juta atau nilai tanah sebanyak RM200 juta dicampur satu bahagian keuntungan pemaju, yang mana lebih tinggi.

Husam membidas tindakan menjual tanah milik UM di bawah harga yang sepatutnya itu ketika penarafan UM terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia.

Dalam senarai penarafan terbaru Times Higher Education Supplement (THES), UM jatuh ke tangga 246 dari tangga 192.

"Tamak sangat nak cari kekayaan sampai tanah universiti pun jual," kata beliau.

Mengulas lanjut perkara itu, Husam mengingatkan rakyat Kelantan supaya menolak calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ini.

"Kalau salah menang puak-puak ni, tanah UM pun dijual dengan harga murah, takkan Kelantan dia tak jual," beliau mengingatkan.

Beliau mengulangi ingatannya sebelum ini bahawa antara calon-calon BN di Kelantan ialah mereka yang akan menghadapi tindakan diisytiharkan bankrap oleh mahkamah termasuk yang mempunyai hutang lapuk sebesar RM100 juta dan calon-calon yang menjual projek yang diperolehi melalui anugerah para pemimpin tertinggi BN.

"Kalau salah menang, orang-orang ini tentu akan selesaikan masalah bankrap dia dulu, nak bayar hutang dia dulu," katanya lagi ketika mengingatkan bencana yang akan menimpa Kelantan jika calon-calon tersebut menang.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive