KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

Al-Fatihah untuk Allahyarham Salman

mdsalmannasaruddin-450.jpg

fotowarung.bazuki.

Salman adalah rakan sekerja saya. Kami saling bantu membantu dalam tugasan. Menjadi tugas, sebagai photographer/videographer untuk Anwar bukanlah tugas mudah.

Selain berhadapan dengan ramai orang, kami terpaksa berhadapan dengan polis, sb dan pelbagai lagi cabaran. Namun Salman melaluinya dengan begitu baik sekali. Untuk pengetahuan, Salman menjalankan tugasnya secara sukarela, tanpa mendapat bayaran.

Salman dilanggar lari oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dihadapan rumahnya sendiri sewaktu beliau ingin keluar berjalan kaki ke pejabat di Phileo, Damansara bagi mengedit video kempen Anwar Ibrahim.

Mendengar bunyi bising, ibunya yang ketika itu didalam rumah menelefon ambulans tanpa melihat siapa yang menjadi mangsa kemalangan berkenaan.

Namun akhirnya, ibunya keluar dan beliau terkejut anaknya sendiri terlibat dengan kemalangan terbabit.

Selain menjadi kawan baik saya, beliau juga seorang yang taat kepada amanah dan tanggungjawabnya sebagai ahli keluarga.

Saya mengunjungi beliau pada jam 10 pagi semalam setelah tiba dari KL, ketika melawat beliau, amatlah sedih, wajahnya bukanlah seperti yang saya kenal dan beliau dalam keadaan koma.

Saya hanya berharap agar keadaanya sedikit berubah dan mampu bertahan untuk hidup, namun pada lebih kurang jam 2, beliau meninggal dunia.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 8.30 malam tadi di tanah perkuburan bukit kiara di tanah perkuburan yang sama dengan ayahnya yang meninggal pada tahun lalu.

Saya mohon sesiapa yang menjadi saksi kemalangan di seksyen 16 pada malam 3 march lalu agar melaporkan kepada tampil memberi maklumat.

Salman semoga rohmu tenang disana. Alfatihah.

No2umnO - Turut merasa sedih diatas pemergian beliau. Alfatihah dan takziah kepada keluarga dan rakan yang mengenali beliau.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive