KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

Bapa Umi Azlin dedahkan pembohongan Umno

newsyoumavemissed

Kota Bharu, 4 Mac- Mohd Lazim Jusoh bapa kepada Umi Azlin yang dipenjarakan di Guangzhou, China setelah Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Gungzhou mendapati beliau bersalah kerana mengedar 2,983 gram heroin ke republik itu hari ini mendedahkan bahawa beliau telah diberi janji-janji kosong daripada Umno dalam sidang Taklimat Media PAS untuk PRU 12 hari ini.



Menurut beliau, Umno sebelum ini mengumumkan bahawa kutipan yang diterima untuk membantu bayaran guaman Umi Azlin sebanyak RM 30,000. Akan tetapi apabila beliau pergi bertemu dengan pemimpin Umno bagi menuntut wang tersebut, beliau hanya diberikan sebanyak RM 1,200.

Selepas daripada itu bapa yang berumur 50 tahun itu membuat perjumpaan susulan dengan Umno akan tetapi beliau pulang dengan hampa apabila wang kutipan tersebut dikatakan telah habis dibelanjakan.

Setakat ini PAS telah memberikan bantuan hampir RM 100,000 untuk keluarga Umi Azlin membayar yuran guaman. Peguam-peguam yang dilantik di China telah diarahkan oleh PAS untuk cuba sedaya upaya bagi memastikan Umi Azlin yang sebelum ini telah dijatuhkan hukuman maut diringankan hukuman.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive