KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 5, 2008

SPR DIPENUHI MAKHLUK KURANG AKAL

Tidak tegas, beralasan demi dan bersedia diubah pada bila bila masa. Mudah diperkudakan oleh Barisan Nasional. Maka SPR tidak berani untuk mengamal atau menetapkan undang undang secara tegas dan adil. Itulah yang aku lihat terdapat pada SPR. Berikut adalah email yang diberikan kepada MSTAR (Media Barua Kerajaan) dari pelayarnya. Aku tak tonton sebarang berita dan rancangan TV malaysia sepanjang musim pilihanraya, bimbang kalau kalau sakit jantung, tapi berikut adalah komen dari penonton rancangan Hujah TV9.

------------------- xxx -------------------

Surat kepada MSTar

SAYA
begitu kecewa dengan hujah yang dilontarkan oleh setiausaha SPR semalam dalam rancangan hujah terbitan TV9.

Pertama, mengenai pendaftaran pengundi semasa pengundian. Para pengundi hanya membawa apa sahaja kad pengenalan diri, seperti kad pengenalan baru atau lama, pasport, lesen memandu atau bahkan kad pekerja pun boleh digunakan semasa pendaftaran pengundian.

Alasan yang digunakan adalah ia dapat memudahkan sesiapa sahaja yang sudah pendaftar sebagai pengundi, mengundi di tempat pengundian.

Di manakah ketegasan atau integriti kerajaan yang mewajibkan setiap warga Malaysia memiliki MYKAD?

Kedua, menyentuh mengenai "ketidaksanggupan" SPR untuk membolehkan warga Malaysia mendaftar sebagai pengundi secara online. Bagaimanalah agaknya halatuju kerajaan terhadap MSC? Macam mana nak jadi e-kerajaan?

Persoalan yang lain pula, yang masih berlegar-legar tanpa penyelesaian. Apakah fungsinya jika Parlimen dibubarkan?

Apa maksudnya? Mengapa mereka-mereka yang pernah memegang kuasa masih digelar dengan kuasa yang mereka pernah pegang?

Bukankah apabila Parlimen dibubarkan, pilihanraya akan diadakan. Maka rakyat akan membuang undi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.

Jadi, selagi pilihanraya tidak diadakan, maka tiadalah wakil rakyat. Bagi sesiapa yang menjadi calon tetap orang biasa selagi tidak menang. Janganlah berangan lebih selagi tidak menjadi wakil rakyat yang diundi oleh rakyat. Fikir-fikirkanlah.

Yang masih tertanya tanya

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive