KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

Berapa hutang Selangor?

Dr Mohamad Khir Toyo
Baru-baru ini saya telah berjumpa dgn MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim semasa penyerahan tugas secara rasmi dan saya mengharapkan MB YAB Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat mengekalkan prestasi kerajaan negeri membangunkan Negeri Selangor.

Untuk pengetahuan semua, saya telah meninggalkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang baik. Hari ini terdapat RM800 juta wang dalam tabung Kerajaan Negeri Selangor dan RM600 juta dalam simpanan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1.4 billion. Saya berharap tidak ada alasan untuk kerajaan meningkatkan lagi prestasi pembangunan di Negeri Selangor dari segi fizikal dan spiritual. - drkhir.blogspot

No2umnO - Dana di tabung, RM1.4 billion, hutang kerajaan Negeri berapa?

Kementerian Pelancongan batal MoU lima negeri Pakatan Rakyat

KLpos

KL: Kementerian Pelancongan akan menamatkan semua Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani dengan kontraktor dan pengusaha pelancongan berkaitan pelaksanaan aktiviti pelancongan di lima negeri yang dikuasai pembangkang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan itu diambil kerana kementerian tersebut bimbang strategi dan pelaksanaan pelancongan negara tidak dapat diterima oleh kerajaan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet di sini hari ini, katanya kementerian itu akan menubuhkan jawatankuasa baru dalam Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) bagi memantau aktiviti pelancongan di negeri-negeri tersebut.

Azalina berkata:"Apa yang akan berlaku di lima buah negeri tersebut, mereka akan ditadbir oleh individu-individu yang dilantik di bawah Kementerian Pelancongan." more...

PENANG: Another land case discovered

NST
NIBONG TEBAL: The state has discovered a pending land deal case worth RM13 million against the government.
Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the state was surprised to find another land deal case against the government, but he refused to identify who were involved.

"We are shocked at our findings and are concerned.

"We are hesitant in planning and committing to the people, because we will be faced with insufficient funds if we do.

"As it is we have a deficit account.
"The case has been pending in court for about three years and the plaintiff is claiming for RM13.5 million from the state. No one has alerted us about the case and we discovered it in our own investigations," he said after opening a service centre at Bukit Taman Indah in Batu Kawan here last night.

Lim, however refused to elaborate, but said the state would reveal the details after completing the investigations.

Cabbie: I was offered cash for vote

NST
KOTA BARU: A 44-year-old taxi driver has lodged a police report against the nephew of a prominent politician for bribing him with RM200 to vote for Pas candidate Siti Zailah Mohd Yusof in Rantau Panjang.
Sowi Adam, of Kampung Tasik Berangan in Pasir Mas, filed the report at Pasir Mas police station about noon yesterday.

Sowi said the man gave him the money while he was at the Barong Panas polling centre at about 5am on March 8.

"I lodged the report because I felt disappointed with the man's attitude," he said.

In the election, Siti Zailah defeated Mohd Afandi Yusoff of Barisan Nasional by 4,485 votes.

ALAHAI TV3 .....

Mufti Perlis gesa TV3 lapor adil
Fathi Aris Omar|Malaysiakini
Mufti Perlis yang semakin meningkat namanya, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengutus surat kepada stesen TV3 dan menggesa ia melaporkan secara adil sesuatu perkembangan politik.

Dalam suratnya bertarikh 27 Mac kepada stesen itu, mufti muda itu menegaskan semua media, termasuk akhbar dan internet, harus membuat liputan yang adil di tengah-tengah senario baru politik selepas pilihanraya umum 8 Mac.

"Jauhi unsur-unsur prasangka dan provokatif.

"Janganlah kita mengulas secara negatif setiap berita pihak yang kita tidak bersetuju dengannya," surat beliau dipetik, salinannya dimuatkan di blognya Minda Mufti (www.drmaza.com).

"Kebencian, (rasa) tidak puas hati dan permusuhan ke atas seseorang, atau sesuatu golongan tidaklah membolehkan kita membuat laporan yang tidak adil terhadap mereka," tambahnya lagi dengan mengutip surah al-Maidah ayat 8.

Ayat al-Quran itu, antaranya, memberikan peringatan kepada umat Islam agar "hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak melakukan keadilan." more...

Manakala ....lagi isu bersangkutan hari ini adalah,


"Saya tidak ditaja oleh sesiapa. Ia satu fitnah," demikian tegas pengacara popular TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohammad Zain berkenaan dengan e-mel yang tersebar luas mengaitkan beliau dengan 'bos' sendiri, Datuk Seri Farid Ridzuan (gambar) .

E-mel dalam beberapa laman web itu mendakwa kehidupan personaliti berusia 24 tahun ini ditaja oleh Farid, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima International.

Untuk mempertahankan diri masing-masing, Nurul Syuhada dan Farid telah membuat laporan di Balai Polis Damansara dua minggu lalu. More...

Kisah Sufiah Yusof cetus kemarahan

Kosmo

LONDON - Pendedahan kisah Sufiah Yusof yang menjadi pelacur untuk menyara kehidupannya selepas melarikan diri dari Universiti Oxford mencetuskan kemarahan seorang kolumnis akhbar The Obsever, Nikita Lalwani, semalam.

Dalam ruangannya semalam, dia berasa marah selepas melihat gambar-gambar separuh bogel Sufiah disiarkan oleh akhbar News of the Worlds pada Ahad lalu.

Menurutnya, gambar-gambar itu dirakamkan oleh wartawan akhbar berkenaan tanpa kebenaran Sufiah.

Beliau berkata, artikel mengenai kisah hidup tragis Sufiah yang pernah menjadi kanak-kanak genius ketika berumur 12 tahun kerana kepintaran matematiknya itu mencetuskan kemarahan dirinya di luar jangkaan.

Lalwani berkata, Sufiah yang kini berumur 23 tahun dianggap oleh beberapa syarikat akhbar sebagai bahan (berita) yang berharga buat beberapa akhbar.

Jelasnya, hak-hak Sufiah tidak dipedulikan semata-mata atas alasan 'hak awam'. more...

Tiga tahun RM1 juta


SEBAGAI usahawan Internet, Irfan dan komputer riba bagai tidak boleh dipisahkan.

DIA tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja setiap hari. Dia juga tidak perlu bersemuka dengan pelanggan meski dia sebenarnya seorang peniaga. Perniagaannya juga begitu hebat kerana hanya dalam masa beberapa tahun mampu membuatkannya bergelar jutawan, satu gelaran yang diidami ramai.

Itulah secebis kisah mengenai seorang pemuda yang baru berusia awal 30-an, Irfan Khairi yang menceburi perniagaan Internet. Menurut Irfan, dia memerlukan tempoh tiga tahun sahaja untuk bergelar jutawan. Percaya atau tidak, dia hakikatnya meraih gelaran tersebut ketika berusia 25 tahun, iaitu kira-kira tujuh tahun lalu.

Dia sekurang-kurangnya telah membuktikan bahawa Internet bukan sekadar wahana untuk mengaut informasi atau saluran untuk berhibur, tetapi juga medan untuk 'membuat duit'.

Bukan 'membuat duit' seperti terlibat dengan skim cepat kaya atau pelaburan yang tidak sah, ia sebaliknya satu perniagaan yang sama seperti perniagaan lain, menjual barangan atau perkhidmatan. Bezanya, ia menerusi perantaraan Internet.more..

Kos landasan kembar naik dari RM8 billion ke RM12.5 bilion

Projek landasan kereta api berkembar itu merupakan antara projek termahal setakat ini disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah seperti minyak dan bahan binaan yang berlipat kali ganda.

Azmi berkata, kos semasa telah meningkat disebabkan oleh kenaikan harga kepingan keluli yang meningkat 800 peratus, diesel (200 peratus) dan tembaga sebanyak 300 peratus.

‘‘Jadi adalah tidak menghairankan sekiranya projek ini dahulu yang dijangka bernilai RM8 bilion, tetapi kini telah meningkat kepada RM12.5 bilion,’’ katanya.

Selain itu, beliau berkata, projek tersebut memerlukan bahan mentah yang banyak , termasuk kepingan keluli lebih daripada 400,000 tan bernilai lebih RM1 bilion serta lebih dua juta keping konkrit pratuang bernilai lebih RM800 juta. more...

UMNO hampir hilang kuasa

Utusan Loya
PUTRAJAYA 2 April – UMNO dan orang Melayu berhadapan dengan risiko hilang kuasa seperti dialami pada 1988 jika kegawatan yang melanda parti itu ketika ini tidak ditangani secara jujur dan terbuka.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, dengan setengah dozen negeri yang dulunya di bawah UMNO jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu, kepimpinan parti perlu menerima realiti bahawa UMNO sebenarnya hampir hilang kuasa.

Beliau yang pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri menegaskan, pucuk pimpinan perlu berdepan dengan kritikan dan teguran membina manakala ahli UMNO pula perlu jujur untuk mencari penyelesaian memulih dan menyelamatkan UMNO.

“Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kembali kepercayaan yang hilang. Pada 1988, saya cetak lima juta borang keahlian UMNO (baru) tapi yang kembali (dipulangkan) balik tidak sampai separuh.

“Banyak borang digunakan sebagai pembungkus pisang goreng... orang Melayu (ketika) itu menyampah betul dengan UMNO tapi demi hendakkan UMNO berkuasa semula, kita usaha... akhirnya orang Melayu insaf.

‘‘Mereka sifatkan kematian UMNO pada 1988 serta jika UMNO tidak lagi berkuasa, maka orang Melayu hilang kuasa. Jadi, biarkanlah perbincangan secara terbuka ini, himpunlah segala macam idea asalkan ia dapat menyelamatkan UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.more...

Posting terkini

Blog Archive