KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

UMNO hampir hilang kuasa

Utusan Loya
PUTRAJAYA 2 April – UMNO dan orang Melayu berhadapan dengan risiko hilang kuasa seperti dialami pada 1988 jika kegawatan yang melanda parti itu ketika ini tidak ditangani secara jujur dan terbuka.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, dengan setengah dozen negeri yang dulunya di bawah UMNO jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu, kepimpinan parti perlu menerima realiti bahawa UMNO sebenarnya hampir hilang kuasa.

Beliau yang pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri menegaskan, pucuk pimpinan perlu berdepan dengan kritikan dan teguran membina manakala ahli UMNO pula perlu jujur untuk mencari penyelesaian memulih dan menyelamatkan UMNO.

“Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kembali kepercayaan yang hilang. Pada 1988, saya cetak lima juta borang keahlian UMNO (baru) tapi yang kembali (dipulangkan) balik tidak sampai separuh.

“Banyak borang digunakan sebagai pembungkus pisang goreng... orang Melayu (ketika) itu menyampah betul dengan UMNO tapi demi hendakkan UMNO berkuasa semula, kita usaha... akhirnya orang Melayu insaf.

‘‘Mereka sifatkan kematian UMNO pada 1988 serta jika UMNO tidak lagi berkuasa, maka orang Melayu hilang kuasa. Jadi, biarkanlah perbincangan secara terbuka ini, himpunlah segala macam idea asalkan ia dapat menyelamatkan UMNO,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive