KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

Abdullah jangan letak jawatan - Pemuda PKR


KLpos - Ketua sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta semua pihak terutamanya ahli-ahli Umno agar tidak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Ini kerana menurut Shamsul, Abdullah merupakan aset paling berharga kepada pembangkang ketika ini.

"Lebih lama beliau berkuasa, lebih baik kepada kita (pembangkang)," katanya kepada KLpos.com.

Shamsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penafian Abdullah bahawa beliau akan meletak jawatan dalam tempoh terdekat.

Mengenai peluang pembangkang membentuk kerajaan pusat, kata Shamsul, "Insyallah dengan Abdullah memimpin BN, dan Anwar (Ibrahim) memimpin Pakatan Rakyat, saya beri tempoh empat bulan dari 15 April ini,"

"Selepas 15 Ogos, kerajaan pusat akan berubah tangan dan kita akan mengumumkan Pakatan Rakyat mengantikan Barisan Nasional," katanya.

Abdullah semalam memberitahu media bahawa beliau tidak akan lari daripada tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri.more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive