KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

Kenapa tahan Hindraf, Umno bebas?

Malaysiakini
Jika lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) mengancam keselamatan negara kerana menganjurkan demonstrasi, kenapa pemimpin Umno yang menunjukkan perasaan dibiarkan tanpa tindakan?

Demikian pertanyaan yang diungkitkan parti Gerakan Wilayah Persekutuan berhubung sikap terbaru Kementerian Dalam Negeri yang enggan membebaskan pemimpin Hindraf walaupun MIC sendiri kini menggesa kelima-limanya dibebaskan.

"Malah, demonstrasi di Komtar (Pulau Pinang) itu berasaskan sentimen perkauman dan boleh membangkitkan isu-isu perkauman," kata penolong setiausaha Gerakan Wilayah Persekutuan, K K Supramaniam dalam satu kenyataan.

"Datuk Seri Hamid Albar tidak boleh terus menahan mereka bawah ISA apabila tidak lagi wujud ancaman keselamatan.

"Banyak parti politik dan badan bukan kerajaan menggesa kelima-lima mereka dibebaskan tetapi hanya kerajaan yang berdegil mempertahankan penahanan mereka atas sebab keselamatan." more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive