KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

Polisi isytihar harta -- Perak turut wajibkan ketua jabatan

utusan.
IPOH 2 April – Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan di negeri ini diwajibkan mengisytiharkan harta mereka kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pengisytiharan pemilikan harta itu dibuat secara berperingkat dengan didahului beliau sendiri, anggota Exco kerajaan negeri dan diikuti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kanan kerajaan.

‘‘Kita mewajibkan wakil rakyat dan ketua jabatan mengisytiharkan harta masing-masing kerana mahu mereka bersikap telus seterusnya menunjukkan teladan baik kepada rakyat.

‘‘Pengisytiharan harta merupakan satu daripada lima prinsip bekerja yang akan diamalkan oleh kerajaan negeri yang baru dibentuk ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat berhubung bidang tugas Exco daripada ketua-ketua jabatan di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Taklimat yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 2 petang itu dihadiri oleh semua Exco kerajaan negeri termasuk Mohammad Nizar. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive