KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 3, 2008

Farid buat laporan polis nafi hubungan intim


utusan.
PETALING JAYA 2 April - Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima, Datuk Seri Farid Ridzuan mengesahkan beliau membuat laporan polis berhubung penyebaran berita palsu mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan personaliti TV3, Nurul Syuhadah Nurul Ain Mat Zain.

Menurut Farid, beliau membuat laporan berkenaan dua minggu lalu di Balai Polis Damansara di sini.

Beliau berkata, tindakan tersebut diambil untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan penyebaran fitnah terhadap dirinya.

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diselindungkan. Segala berita yang disiarkan di Internet mengenai saya dan Nurul Syuhadah palsu belaka.

"Fitnah ini sangat serius kerana ia membabitkan saya dengan personaliti TV3. Perbuatan ini bukan saja menjejaskan reputasi kami berdua tetapi ia juga mencemar nama baik Media Prima,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada pertemuan dengan pengarang-pengarang hiburan akhbar di Sri Pentas di sini hari ini.

Berita palsu yang disebarkan di Internet itu mendakwa Nurul Syuhadah dan Farid mempunyai hubungan intim. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive