KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 14, 2008

Babi: Bumiputera, wakil Umno terlibat - MCA

Malaysiakini

Oriental Daily - Chinese Daily

Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada sumber-sumber dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisi MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily kelmarin menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.

Karim antara pemimpin Umno yang lantang membantah isu itu di akhbar-akhbar berbahasa Melayu minggu lepas.

Sementara ketua kampung di Ladang Tumbuk - tempat projek itu diadakan - turut menyertai bantahan projek tersebut di depan bangunan kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

Dr Lee berkata beliau mengetahui segala-galanya tentang projek tersebut "seperti tapak tangannya sendiri" kerana terlibat sendiri dengan semua mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek tersebut, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang.

Dr Lee menambah, sebelum pembubaran parlimen, kerajaan Selangor bawah pentadbiran BN meluluskan projek tersebut dan Karim sendiri menyokong projek tersebut.

Ketua biro MCA itu kesal kerana Karim dan ketua kampung itu sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik.

SOAL POLITIK, ORANG POLITIK SELESAIKAN - PAK LAH

UTusan loya - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu para pegawai dan kakitangan awam menyerahkan urusan berkaitan politik kepada ahli-ahli politik untuk menyelesaikannya.

Tegas Perdana Menteri, ini kerana penjawat awam perlu memberikan tumpuan kepada pelaksanaan dasar yang dirancang termasuk arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

``Soal politik biar orang politik selesaikan. Peranan pegawai kerajaan adalah melaksanakan apa juga tugas dan tanggungjawab yang diberikan serta arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa,'' katanya yang juga Menteri Kewangan pada Perhimpunan Bulanan kementerian berkenaan di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan timbalannya, Datuk Kong Cho Ha.

aku tersangkut lagi

Radenjowo
Sekarang ni banyak urusan di Selatan Tanah air. Hampir setiap minggu berulang alik. Tapi ramai yang TAK PERASAN kerana artikel dalam blog diupdate selalu. Belum jadi YB, belum jadi EXCO dan belum jadi Menteri, tapi wakraden dan sibuk sibuk dan menyibukkan diri. Tapi dunia makin canggih. Letak talipon di laptop ..... sudah boleh connect. Masa akan datang, sambungkan lap top ke telinga, boleh dapat siaran TV. Tak caya undi lah UMNO.

Tak sangka. Zaman aku kecik dulu tak der semua ni. Orang kata kerana UMNO lah maka kita merasa internet. Aku tak mahu komen apa apa. Kalau aku setuju, mesti aku kena belasah dek pelayar. Maklumlah di dalam No2umnO ramai RAKSAKSA, SAKA dan HARIMAU JADIAN. Pantang lepa kena tibai. Semua pelayar No2umnO dahaga darah, sapa yang datang melintang, kena tentang. Yang membujur .... kebulur.

Gambaran cermin hadapan kenderaan.
Ini bukan salah kamera, tapi wiper kereta yang dah keras kerana setahun setengah tak ganti.

Jam 5 dah macam jam 7. Banyak juga kereta yang pasang lampu.
Aku pasang jugak sebab bateri kereta baru tukar.

Hari Ahad meletihkan. Dua hari di Selatan dan kembali. Hujan mak aiiii....dah macam salji. Asyik turun, alhamdulillah. Tapi naik kereta kena slow. Kang tak pasal pasal langgar bontot orang.

Jalan makin besar, kereta makin banyak, otak makin singkat dan kesabaran semakin kurang. Yang penting Cool. Jangan cepat marah. Dah letih....3 jam jadi 5 jam. 5 jam perjalanan pulang, kereta dicuci secara percuma. Kekadang masuk juga dua tiga titik air ke dalam kereta. Maklumlah kereta buruk. Nak tukar kereta baru tak mampu sebab tak sekongkol dengan UMNO. Saje je nak buat lapuran. Nak minta belas kesihan. Agar ada pelayar yang kata ..... "Eh kesiannya wak."

Ok salam semua.

Bangga dengan anak muda sekarang

office
Bukan per...cuma nak tunjuk keadaan office di sebuah pejabat di Kuala Lumpur. Sekurang kurangnya kita berbangga dengan anak anak muda. Dipetik dari sebuah laman blog ...... cerita lanjut sila klik
Kalau diorang tengok meja komputer wak.....mungkin semua ketawa. Nak dibandingkan dengan pejabat mereka ..... macam ikan pari dengan panggang. Macamana wak kerja? Dengan bantal, ubat nyamuk, tong gas dan dapur memasak pun ada.....Complete.

Umno tidak sabar lihat PM berundur

Malaysiakini - Berpandukan kenyataan Muhyiddin di akhbar itu, agensi berita Bernama hari ini melaporkan "Umno akan hanyut dan tidak boleh bangkit lagi sekiranya tidak dilakukan perubahan segera terhadap pucuk pimpinan parti."

najib abdullah 100408Beliau dilaporkan berkata "sekiranya perubahan itu tidak dilakukan segera, Umno juga akan hilang kuasa dan tidak akan bangkit selama-lamanya."

Tokoh Umno itu juga berkata pilihanraya umum lalu menunjukkan perasaan tidak senang hati rakyat terhadap kepimpinan parti - secara tidak langsung bermaksud gaya kepemimpinan Abdullah yang dilihat mentadbir negara dengan bantuan ahli keluarga dekatnya.

Kini pelbagai pihak dari dalam dan luar parti, lapor agensi itu lagi, memperkatakan soal kepimpinan Umno yang dikaitkan dengan "masalah keluarga" dan sistem yang diamalkan.

Dalam wawancara itu, Muhyiddin berkata:

"Saya bimbang jika tidak ada satu perubahan berlaku seperti mana yang bukan sahaja dituntut oleh Umno tetapi orang luar Umno, rakyat akan terus tolak BN dan Umno. more...

GAMBARAN DATO ONN JADI KENYATAAN

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/09/dato-onn-jaafar-ii.jpg

Gambaran Datuk Onn 3/8/50 pada mengenai orang - orang Melayu
dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta Negara 1950;

Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang - orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya ialah apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang - orang Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu. Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak menunjukkan pendirian orang - orang Melayu. Perbezaan itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan nasib orang - orang Melayu.

BIMBANG: Dewan sekolah ditutup sebulan


Ahmad Razif (kanan) meninjau keadaan
Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai yang
runtuh Jumaat lalu, di Kuala Terengganu, semalam.

BHarian - Semua dewan sekolah di Terengganu yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) akan ditutup selama sebulan bermula hari ini untuk pemeriksaan keselamatan bagi memastikan kejadian bumbung runtuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, Jumaat lalu tidak berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata beliau sudah meminta pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menghantar notis kepada semua sekolah terbabit semalam untuk menutup dewan bagi memulakan pemeriksaan keselamatan hari ini. more...

Berita bersangkutan

Keluasan bumbung tidak ikut spesifikasi antara punca
Keluasan bumbung yang tidak mengikut spesifikasi, struktur tanah tidak mampat serta kecuaian kontraktor membina dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, di sini tanpa mengambil kira faktor alam semula jadi dikenal pasti antara punca menyebabkan keseluruhan bumbung dewan besar sekolah itu runtuh tiba-tiba kira-kira jam 8.30 malam, Jumaat lalu.

30 orang kaya miliki lebih 300 kenderaan

http://cars.blogs.ca/images/Lamborghini-Concept-S.jpg

Bharian - Kira-kira 30 orang kaya di negara ini memiliki 100 hingga 700 kenderaan seorang, yang didaftarkan atas nama persendirian, dipercayai dibeli sebagai koleksi peribadi.

Sumber Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkata, kebanyakan kenderaan itu dibeli untuk tujuan peribadi dengan menggunakan nama individu tetapi tidak digunakan sepenuhnya, malah ada yang tidak memperbaharui cukai jalan.

Malah, ada individu yang memiliki beratus kenderaan didaftarkan atas nama persendirian tetapi sumber JPJ tidak dapat mengesahkan apa tujuan pembelian kenderaan sebanyak itu atau sama ada kenderaan itu masih aktif di jalan raya.

Menurut sumber itu, ada juga yang membeli banyak kenderaan semata-mata untuk mengelakkan pembayaran cukai pendapatan.

“Tidak dinafikan ramai individu di negara ini memiliki banyak kenderaan, malah tidak menghairankan jika ada yang menyimpan lebih 10 kenderaan dan setengahnya tidak digunakan, sebaliknya sekadar dijadikan koleksi.

MELAYU TIDAK HARAP PADA UMNO


Email:

Saudara2,
Setinggi-tinggi penghargaan untuk Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fariz Petra atas ucapan di PWTC semalam penuh bermakna dan mungkin dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada ahli-ahli Umno yang selalunya pendek akal.

Antara isi kandungan ucapannya yg menarik perhatian saya;
1) Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan, justeru timbul sebarang persoalan bahawa kedudukan mereka tergugat.
Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini. Rakyat mengundi PR kerana bimbangkan Umno dan juak2nya menghakis kehebatan kontrak sosial ini dan menggunakannya utk kepentingan taliperut mereka.
2) Raja2 Melayu dan institusi Istana akan menjadi benteng terakhir dan akan terus mempertahankan kedudukan istimewa ini.
Maknanya, putera raja yang bijaksana ini beritahu ahli2 Umno, dalam sejarah Umno sejak merdeka, setiap kali Umno merosakkan hak2 ini dan membuat negara dalam keadaan kucar-kacir, Tuanku-tuanku Sultan telah memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan.
Contohnya, Raja Perlis dan Terengganu tidak menerima calon MB yang rasuah dan menindas rakyat, sebaliknya memilih mereka yang berkredibiti dan berjiwa rakyat untuk memimpin Perlis dan Trengganu masing2. Saya percaya, jika kedua2 MB ini bertukar perangai dalam penggal ini, baginda Sultan tidak teragak2 menolak mereka.
Apabila tiada parti yg mendominasi kerusi2 Dun di Perak, Sultan Perak telah menggunakan kebijaksanaan baginda dalam memperkenankan kerajaan campuran PR di Perak. Baginda Sultan tidak pedulikan provokasi perkauman BN dan huru-hara Umno Perak serta propaganda KJ di media arus perdana.
Makna ke-2, Umno memang tak boleh harap, sehinggakan Istana terpaksa mainkan peranan. Tak faham2 ker.
3) Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar, contohnya sms dan email.
Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2. Untuk maklumat lanjut eloklah rujuk kenyataan Ku Li dalam EGM Umno Gua Musang baru2 ni.
Baginda mungkin juga merujuk akan kedangkalan puak2 BBPM yang menyangka perpecahan dalam Umno adalah perpecahan bangsa Melayu. Tidakkah mereka sedar walaupun bernama melayu, Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress.
Tak semena2 muncul pulak Aziz Tapa bercerita pasal gerabak keretapi yang tergelincir sebab kepala lokomotifnya rosak. Tak pelikpun, Subky Latif dah sebulan cerita pasal tukar kepala gerabak Umno supaya gerabak-gerabak yang tergelincir dapat berfungsi semula.
Kisah keretapi masuk sungai kat Tenom, Sabah bolehlah dijadikan panduan untuk puak2 BBPM yang payah nak faham.
Ampun tengku, patik merafak sembah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas nasihat2 tuanku ini. Patik akan sebarkan titah tuanku ke seluruh pelosok negara di bawah batu jemala patik ini.

anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com

Posting terkini

Blog Archive