KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 14, 2008

aku tersangkut lagi

Radenjowo
Sekarang ni banyak urusan di Selatan Tanah air. Hampir setiap minggu berulang alik. Tapi ramai yang TAK PERASAN kerana artikel dalam blog diupdate selalu. Belum jadi YB, belum jadi EXCO dan belum jadi Menteri, tapi wakraden dan sibuk sibuk dan menyibukkan diri. Tapi dunia makin canggih. Letak talipon di laptop ..... sudah boleh connect. Masa akan datang, sambungkan lap top ke telinga, boleh dapat siaran TV. Tak caya undi lah UMNO.

Tak sangka. Zaman aku kecik dulu tak der semua ni. Orang kata kerana UMNO lah maka kita merasa internet. Aku tak mahu komen apa apa. Kalau aku setuju, mesti aku kena belasah dek pelayar. Maklumlah di dalam No2umnO ramai RAKSAKSA, SAKA dan HARIMAU JADIAN. Pantang lepa kena tibai. Semua pelayar No2umnO dahaga darah, sapa yang datang melintang, kena tentang. Yang membujur .... kebulur.

Gambaran cermin hadapan kenderaan.
Ini bukan salah kamera, tapi wiper kereta yang dah keras kerana setahun setengah tak ganti.

Jam 5 dah macam jam 7. Banyak juga kereta yang pasang lampu.
Aku pasang jugak sebab bateri kereta baru tukar.

Hari Ahad meletihkan. Dua hari di Selatan dan kembali. Hujan mak aiiii....dah macam salji. Asyik turun, alhamdulillah. Tapi naik kereta kena slow. Kang tak pasal pasal langgar bontot orang.

Jalan makin besar, kereta makin banyak, otak makin singkat dan kesabaran semakin kurang. Yang penting Cool. Jangan cepat marah. Dah letih....3 jam jadi 5 jam. 5 jam perjalanan pulang, kereta dicuci secara percuma. Kekadang masuk juga dua tiga titik air ke dalam kereta. Maklumlah kereta buruk. Nak tukar kereta baru tak mampu sebab tak sekongkol dengan UMNO. Saje je nak buat lapuran. Nak minta belas kesihan. Agar ada pelayar yang kata ..... "Eh kesiannya wak."

Ok salam semua.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive