KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 14, 2008

NORZA AJAK UMNO, PKR dan PAS BERATU?

UMNO, PKR, Pas perlu muafakat pertahan hak Melayu
Pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa mengadakan permuafakatan bagi membincangkan hala tuju bangsa Melayu di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata, permuafakatan pemimpin-pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti itu perlu diadakan supaya isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan.

Menurut beliau, tiga perkara penting berkaitan orang Melayu dan yang akan menentukan masa depan mereka di negara ini ialah membabitkan agama Islam, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pendidikan.

“Sudah tiba masanya pemimpin Melayu daripada ketiga-tiga parti politik itu berbincang dan mendapatkan persetujuan bersama supaya tiga perkara membabitkan bangsa Melayu itu tidak boleh disentuh dan diganggu oleh orang lain.

“Sekiranya ada pihak yang cuba mengganggu tiga perkara tersebut, pemimpin-pemimpin ini akan mempertahankan hak orang Melayu dengan pendekatan yang sama,” kata Norza selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan Kelima Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, dekat sini hari ini. - Utusanmual
No2umnO - Hilang akal ke? Bersatu untuk naikkan bangsa tapi jatuhkan bangsa. Selagi ada UMNO dalam senarai, maaf tak payah. Banyak sangat bukti. Semua melayu dah tau...ni semua taktik politik yang terus diguna pakai. Bersatu, kat belakang menghentam..... Sorry Norza, kita tak tertawan dengan tawaran ini. Tahu muslihat apa yang kome pakai ..... Hish tak gemo teman.,

1 comments:

Anonymous said...

wah..depa ni..masa depa kuat bkn maen lagi hentam kita..skrg bila kita plak kuat merayu2 kt kita plak..

Posting terkini

Blog Archive