KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 17, 2008

UMNO bila nak BLAH!!!

Radenjowo
Aku antara yang terpinggir dengan karenah sistem kroni UMNO selama ini. Kalau kena pada orang lain, mungkin kita tidak tahu, tetapi sudah kena pada batang hidung sendiri, berita itu semua adalah realiti. Pada ku, UMNO memang pentingkan kroni dan kekayaan berlegar didunia kemewahan mereka. Budaya ini bukan terpencil tetapi berlaku di mana mana dan akhirnya, kekayaan sekelompok manusia memang jelas adanya.

UMNO terkenal dengan budaya samseng, ego dan tunjuk kuasa. Semua yang ada, tak kira wang rakyat atau mereka punya, halal mahu pun haram, semua nya milik mereka. Kerana itu lah maka, setiap kemudahan milik kita bersama, tidak mahu dikongsi. Kesedaran rakyat tentang semua ini membuatkan kita benci dan bertambah benci. UMNO makin ego, tak sedar diri, tak sedar di untung.

Kekalahan mereka di 5 + 1 negeri sudah cukup menjadi bukti, namun ia tidak membawa sebarang kesan. UMNO masih tak sedar diri. Yang keji menjadi hina, dan yang jahat bertambah keparat.

Ini buktinya,

Cerita 1
RTM: Selangor usir, Perak rayu
''Kerajaan negeri akan berhubung secara rasmi dengan Kementerian Penerangan mengenai hasrat ini, barangkali ke udara sejam dalam sehari sudah mencukupi.

''Inilah rayuan daripada kami supaya Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan maklumat kerajaan negeri kepada rakyat, bukannya panjang pun cuma sejam sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. more...
DAN .... ini lagi
Cerita 2
Pemimpin KeADILan Disiasat Polis
Sekumpulan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi tiba di kediaman Presiden KeADILan di Bukit Segambut seawal jam 6 pagi lagi bagi menyerahkan notis untuk hadir memberi keterangan.

Walaubagaimanapun apabila pihak polis dimaklumkan bahawa Ketua Pembangkang tidak berada di kediamannya pada pagi itu, beliau diminta untuk tampil ke Balai Polis Dang Wangi pada jam 3 petang kemudiannya.more...
Dalam banyak banyak mangkuk, ada yang cuba menjadi cawan dan cawan itu cuba untuk menyatukan bangsa, kononnya. Sedangkan antara mereka masih terus bergolak bagai tiada penghujungnya.



Ini kata NORZA, "Parti-parti Melayu perlu bersifat melengkapi antara satu sama lain walaupun mereka berbeza ideologi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang mahu menggerakkan usaha bagi mewujudkan permuafakatan antara UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob pula berkata, sekarang bukan masanya untuk kaum Melayu berpecah-belah atas nama politik. - Utusan
Aku melayu dan jawapan aku kepada Norza dan rakan-rakan UMNO nya,

"sorry !!! selagi UMNO, kitorang tak layan."

Serampang dua mata. Tipu melayu, takutkan kaum lain. Minyak sudah dituang, api sudah dinyalakan, tapi tidak membakar hutan. Rakyat tidak endah ajakan UMNO lagi.

Sekali lagi, mereka gagal cetus api perkauman. Ia bukan lagi isu menarik zaman sekarang. Melayu sudah besar panjang dan mampu membezakan. Mana kaca dan mana permata. Lakunan artis jadi bahan ketawa kerana tidak mencapai kualiti lakunan sebenar. Dialog tergagap gagap, karektor tersekat sekat. Realiti amalan UMNO sejak dulu. Dia bakar api, Melayu yang berperang lantas UMNO bersorakan. Bila Melayu sudah menang, muka pun terpacul dan kononnya dia lah pahlawan. UMNO pengecut kerana harapkan Melayu jadi pejuang sedangkan diri berebut menyorokkan badan.

Realiti sebenar UMNO adalah mereka masih berdendam antara melayu. Tiada bibit bibit untuk bangun bersama. Usaha semua gagal kerana setiap usaha ada muslihat dan rahsia. Rakyat sudah boleh hidu. Kerana seorang berjuang dan yang lain menentang. Seorang berbaik, yang lain mengherdik. Melayu UMNO, talam dua muka, musang berbulu ayam.

Sebelum ini rakyat bersabar untuk nanti 14 April. Di khabarkan, ada berita gembira. Nanti punya nanti, tunggu punya lah tunggu, tiada apa yang datang kecuali angan angan. Aku sebagai rakyat, sudah tak sabar dengan semua ini. Aku mahu tukar kerajaan yang ada dan hidup aman damai. Tiada dendam dendam, gila kuasa, perkauman. Macam dah tiada kerja lain, selain melayan dakyah dakyah UMNO. Semua ini membuang masa kita semata mata.

Jangan biarkan politik UMNO yang kuno merosakkan kedamaian rakyat semua. UMNO nak hancur, dia punya pasal. UMNO nak terkubur, aku lagi suka. Orang lain jangan campur dan jangan leka.

So....Anwar dan pemimpin yang mahu merubah kerajaan, persoalan aku .... BILA?

Jangan buang masa kerana kalian masih banyak tanggung jawab yang perlu di lakukan. Lupakan soal media dan lupakan soal tekanan. Kita masih ada stadium, ceramah, internet dan pekeliling untuk diedarkan. Macam tak biasa?

Kalau orang tak beri, kita jangan nak minta. Kalau kerajaan pusat kita dah pegang, semuanya kita boleh guna. Persetankan dan jangan layan mereka.

Teruskan perjuangan kerana rakyat sudah bertanya, dimana kah janji? Pada rakyat MARHAEN seperti kami, bukan singkir hanya Dollah, bukan hanya Mahathir dan bukan hanya Najib tapi yang utama adalah .......... bila UMNO nak BLAH!!!

musang pun 'naik minyak'

kosmo - "Mak cik yang hairan dengan keadaan itu keluar dan pergi ke reban.

"Terkejut mak cik apabila nampak ada seekor musang sedang makan salah seekor ayam," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.

Menurutnya, kerana tidak mahu kehilangan lebih banyak ayam, dia cuba menghalau binatang itu, tetapi musang tersebut menerkam dan gigit tangannya pula.

"Mak cik yang terkejut dan kesakitan terus memukul badan musang itu menyebabkan haiwan itu lari," kata Habsah.

Bagaimanapun cerita wanita itu lagi, dia lebih terperanjat apabila ketika baru membuka pintu untuk masuk ke rumahnya, tiba-tiba musang yang sama sekali lagi menerkam dan mencakarnya. more...

“Now or Never” Bagi Anwar Ibrahim


ibrahimbaba.wordpress

IB tidak merujukkan tajuk ini kepada lagu Elvis Presley “It’s now or never”. Tetapi merujuk kepada satu laporan (akhir tahun lepas sebelum IB pulang ke Tanah Air) seorang journalis muda American Broadcasting Corporation (ABC), Jonathan Greenberger, yang mengulas betapa Senator Barrack Obama mesti melayakkan dirinya untuk menjadi calon Presiden parti Demokrat pada tahun ini. Jika tidak Obama boleh lupakan sahaja impian untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat itu.

Walaupun Greenberger memberi beberapa faktor keluarga dan sebab-sebab yang khusus untuk Obama, namun, bagi senario Tanah Air, Anwar Ibrahim juga MESTI melakukan sesuatu untuk menjadi Perdana Menteri atau mengetuai parti (atau Pakatan Rakyat) yang memerintah kerajaan Malaysia dalam masa terdekat jika tidak - lupakan sahaja cita-cita tersebut. It is now or never.

Kenapa IB meletakkan tempoh yang terdekat untuk Anwar berkuasa? Jika Anwar gagal menumbangkan BN dalam masa yang terdekat, peluang selepas ini mungkin mustahil untuk Anwar.

Namun, jika Anwar dapat melakukan sesuatu untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan dalam masa terdekat, maka UMNO akan bakal berkubur - mungkin selama-lamanya.

Kita maklum bahawa kekuatan UMNO dan seluruh jenteranya adalah berasaskan wang. Dan begitulah juga komponen parti BN yang lain. Tanpa wang mereka akan lemah dan tidak mampu bergerak lagi.

Kita juga maklum bahawa sumber kewangan yang menjadi asas untuk segala jentera parti mereka adalah dari penyelewengan dana dan jentera kerajaan. Pelbagai peruntukan untuk rakyat dan pembangunan negara banyak diserapkan ke dalam jentera parti dan poket para pemimpin mereka. Pelbagai program dilaksanakan untuk memberi nama kepada “projek Barisan Nasional”. Jentera pentadbiran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan parti dan para pemimpin mereka.

Satu lagi sumber yang diperolehi mereka ialah dari syarikat-syarikat swasta yang menumpang selagi mereka berkuasa. Kita sudah lihat banyak tokoh-tokoh korporat bertukar kem bila kepimpinan parti bertukar. Mana-mana tokoh yang tersilap “kuda”, mereka akan tersungkur bila “kuda” lain yang berkuasa.

Cuba bayangkan senario di mana UMNO dan BN tidak berkuasa. Dari manakah sumber yang boleh diperolehi untuk menggerakkan jentera mereka? Apakah mungkin penyokong dan ahli di bawah bersedia untuk berkhidmat tanpa mendapat “pelincir”?

Anwar mesti bertindak segera untuk memutuskan “saluran nyawa UMNO” (akses kepada dana kerajaan tanpa batas) supaya tiada lagi daya untuk UMNO bergerak. Ahli-ahli serta pemimpin mereka hanya setia kepada “wang”.

Oleh itu, jika BN dan UMNO tumbang, mereka akan terus berkubur.

Tetapi apa kenanya dengan perlunya Anwar berkuasa sekarang. Kenapa Now or Never?

Kita maklum kesemua parti utama BN sedang bergolak. Tunjang BN ialah UMNO. UMNO adalah antara yang paling teruk bergolak [walaupun prestasi UMNO dalam PRU2008 adalah lebih baik dari PRU1999] . Isu utama pergolakkan dalam UMNO sekarang tertumpu kepada penerimaan ahli terhadap kepimpinan Pak Lah. [walaupun ada banyak lagi isu lain]

Jika dalam masa terdekat masalah ini dapat diselesaikan, sebahagian besar masalah pergolakkan dalam UMNO akan dapat diselesaikan. Orang-orang UMNO mudah lupa.

Dengan kepimpinan baru di bawah Najib [jika Ku Li tidak sempat merampas kuasa] nanti, sebahagian besar rakyat UMNO akan kembali padu di belakang pepimpin baru mereka (Najib, Ku Li atau sesiapapun). Maka kemelut yang berlaku dalam UMNO boleh reda dengan cepat apabila percaturan kepimpinan UMNO selesai dan disepakati dan ahli di”pelincir”kan.

Apabila kestabilan parti diperolehi, jentera diperkemaskan, dana kewangan yang tiada had boleh dibelanjakan, rakyat mula diulikkan kembali dan segala pentadbiran boleh berjalan baik (tidak seperti sekarang), IB yakin jika PRU berikut diadakan, BN mampu menawan kembali sebahagian besar kekalahan yang telah dialami dalam PRU2008 (walapun tidak sebaik PRU2004).

Kita masih ingat kemarahan rakyat kepada Mahathir. Apabila Pak Lah mengambil alih, rakyat rasa puashati bila Mahathir akhirnya berundur. Rakyat diulik dengan pelbagai kempen manis dan agenda “baru” Pak Lah. Dan kita sedia maklum, rakyat memberi mandat besar kepada BN dalam PRU2004.

Jika ini berlaku sekali lagi sebelum sempat Anwar menukar senario politik negara, Anwar boleh lupakan hasratnya menjadi Perdana Menteri untuk selama-lamanya.

Anwar, It is now or never!

Sekian, IB

Chalet Kelab Teluk Warisan RM1 juta sebuah?

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/hbc2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Buletinonline - Heritage Bay Club (HBC) dibangunkan oleh kerajaan negeri Terengganu khusus untuk menjadi hos bagi perlumbaan perahu layar Monsoon Cup.

Kerajaan Terengganu membina HBC dengan kos keseluruhan RM 200 juta dan pembiayaan pembinaannya adalah dari Dana Khas Persekutuan yang dikenali sebelumnya sebagai Wang Ehsan, asalnya adalah Royalti Petroleum.

Kelab yang kontrovesi ini mempunyai 58 chalet mewah yang dibina dengan kos RM 1 juta sebuah dikatakan bertaraf Enam Bintang, dibuka kepada orang sejak minggu pertama 2007.

Semua media utama menggambarkan HBC adalah sebuah kelab ekslusif dengan kadar sewaan bilik yang paling murah HBC adalah 10 kali lebih tinggi daripada pendapatan nelayan di Pulau Duyong, dan yang paling mahal sama dengan pendapatan seorang kerani di Kuala Terengganu, Kadar yang dianggap murah tersebut adalah tawaran pada luar musim diantara Januari dan Februari sahaja.

Manakala bermula bulan Mac, kadarnya meningkat sehingga tawaran kadar bilik termahal adalah menyamai pendapatan sebulan seorang eksekutif di Kuala Terengganu.

Kenyataan itu menolak dakwaan pimpinan UMNO/ kerajaan Terengganu sebelum ini terutamanya pemain utama dalam pembinaan HBC, Idris Jusoh dan Wan Hisham bahawa penggunaan RM 200 juta wang rakyat memberikan manfaat kepada rakyat, khususnya penduduk Pulau Duyong.

Mungkin pembinaan HBC ratusan juta ringgit itu memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan? more...

Di dalam masa yang sama .... jeng ...jeng...jeng ....

The image “http://buletinonline.net/images/berita1/ttiedutainment.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Hanya 12 Kontraktor Terengganu Terlibat TTI
Buletinonline - ‘‘Kontraktor terbabit pula bukan kontraktor dari negeri ini (Terengganu),’’ kata Roslan.

Menurut beliau projek-projek tersebut termasuk projek Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, kejohanan perahu layar antarabangsa Piala Monsoon, projek menyedut pasir dan mendalamkan muara Sungai Terengganu serta pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Justeru beliau mencadang supaya Menteri Besar yang baru Mad Said mengagih-agihkan projek -projek di negeri itu secara saksama kerana lebih 5,000 kontraktor tempatan telah mengalami kesengsaraan akibat kekurangan kerja.

PAS Negeri Terengganu sebelum ini telah berkali-kali menyebut berkaitan perkara yang dinyatakan oleh Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia diatas. more...

ASYIK KRISTAL, LUPO NOK BINO SEKOLOH ...


Satu kelas, 80 pelajar berhimpit
Kosmo

DUNGUN - Lebih teruk daripada ikan dalam tin sardin.
Itulah situasi dalam kelas Tingkatan 4 Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerangau di sini, yang menyaksikan 80 pelajar duduk berhimpit sehingga untuk bangun dan berjalan pun sukar.

Jika kelas elit sekolah lain hanya mempunyai 20 hingga 25 pelajar, pelajar sekolah itu terpaksa bersesak-sesak sejak dua bulan lalu.

Suasana pula makin hangat dan merimaskan dengan hanya empat kipas siling dan tanpa pendingin hawa.

Pendedahan mengenai 'kelas sardin' itu dibuat oleh Din (bukan nama sebenar) yang juga bapa seorang pelajar kepada Kosmo! semalam.

Kata Din, tinjauan yang dibuat baru-baru ini mendapati di belakang kelas itu hampir sedozen meja dan kerusi terpaksa disusun bersambung bagi memuatkan pelajar yang ramai. more...

No2umnO - Menteri Besor baghu, mung keno pikir lagu mano. Nok kristal lagi koh atau nok sekoloh...Jangang buat keje ngarut, nanti rakyat "natang" mu pulok. Mung jangang buat giler macang Deris dulu.

Tergamam air naik mendadak

PASUKAN penyelamat terpaksa memecahkan pintu rumah untuk menyelamatkan penghuni yang terperangkap dalam banjir di Kampung Temiang semalam.

kosmo - Nahur Bibi Mohamed Ibrahim, 63, tidak dapat melupakan keadaan cemas ketika dia bersama anak dan lima cucunya dalam rumah mereka kira-kira 3.30 petang.

"Cucu-cucu saya tiba-tiba berteriak meminta tolong dan menangis mengatakan air sedang naik.

"Saya terkejut sebab air naik begitu cepat dan segera menutup pintu tapi air yang deras masuk juga dalam rumah,'' katanya ketika ditemui semalam.

Nahur menambah, kebanyakan barangan di dalam rumah seperti perkakas elektrik, perabot dan barangan lain tidak dapat diselamatkan manakala motosikal anaknya hilang dihanyut arus.

Dia sudah 45 tahun menetap di kampung itu dan semalam adalah kejadian banjir paling teruk.

Zaidi Hashim, 24, pula antara orang yang bertungkus-lumus membantu gerakan menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam rumah. more...

Manakala di Kuala Lumpur pula ........ (semua nya kilat kilat belaka)


Hentian Puduraya banjir kilat
Orang ramai yang berada di Hentian Bas Puduraya cemas apabila terminal yang berusia lebih setengah abad itu tiba-tiba digenangi air sedalam 0.3 meter akibat banjir kilat semalam.

Kejadian pukul 4.15 petang itu berlaku selepas ibu negara dilanda hujan lebat selama setengah jam yang menyebabkan air dari Sungai Gombak dan Sungai Klang melimpah ke platform hentian tersebut.

Bagaimanapun, kejadian yang pertama kali berlaku dalam tahun ini itu tidak mengganggu operasi bas dan tiada penumpang yang terkandas.

Seorang pengawal keselamatan di hentian tersebut memberitahu, platform di terminal mula dipenuhi air pukul 5.10 petang selepas longkang kecil di situ tidak mampu menampung air dari limpahan dua batang sungai. more...

BAKAL ANGKASAWAN BENGANG .....

Faiz terkejut kenyataan Sheikh Muszaphar

Kosmo - "Saya terkejut dengan kenyataan beliau (Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha) dan ia sama sekali bertentangan dengan matlamat kerajaan."

Demikian reaksi angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed terhadap pandangan Sheikh Muszaphar yang menyarankan kepada kerajaan agar menghentikan sementara misi penghantaran angkasawan kedua Malaysia ke angkasa lepas.

Sebaliknya, ujar angkasawan pertama negara itu, adalah lebih baik jika kerajaan memberikan perhatian kepada bidang pendidikan dan menarik minat golongan muda.

Mengulas lanjut mengenainya, Faiz berpendapat, Sheikh Muszaphar tidak berhak berkata demikian kerana menurutnya, hanya kerajaan saja yang boleh memutuskan perkara itu.

"Saya rasa kenyataan seumpama itu sepatutnya datang daripada kerajaan dan kerajaan kini masih dalam proses mengkaji sama ada perlu diteruskan Program Angkasawan Kedua yang dijadualkan akan diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi," katanya kepada Kosmo! semalam. more...

MB PERAK RAYU DIBERIKAN RUANGAN

RTM: Selangor usir, Perak rayu
Utusanmeloya - Berbeza dengan kerajaan Selangor yang mengusir stesen Selangor FM dari bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan Perak pula dengan rendah diri memohon diberi ruang untuk ke udara di Perak FM sejam setiap hari.

Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, siaran radio itu dianggap sangat penting kerana ia merupakan satu-satunya saluran terbaik bagi kerajaan campuran di negeri ini menghebahkan pelbagai usaha yang telah dilakukan kepada orang ramai.

''Kerajaan negeri akan berhubung secara rasmi dengan Kementerian Penerangan mengenai hasrat ini, barangkali ke udara sejam dalam sehari sudah mencukupi.

''Inilah rayuan daripada kami supaya Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan maklumat kerajaan negeri kepada rakyat, bukannya panjang pun cuma sejam sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. more...
No2umnO - Usir tak boleh, rayu pun tak kena. Itu lah yang digambarkan oleh media UTusan Meloya dan wartawan wartawannya. Kononnya kita dahagakan ruangan mereka. Aku berharap sangat kerajaan sekarang ni jatuh, Tidak hari ini....esok. Nak ku tengok muka sorang sorang yang menjadi dalang barua kerajaan yang ada. Rayu itu bukan mengalah, itu budaya. Kalau dah usir pun tak boleh, apa lagi yang ada. Tapi RTM macam pakai duit sendiri. Semua nak di kawal. Aku nasihatkan kepada RTM, tolong lah taubat. Nak kuasa sampai bila. Kalau selagi duit makan harian tu rakyat yang bayar, jadi sedar sedar lah diri. Satu sen pun orang kira.

Orang tahu yang RTM dan media yang ada ni jenis pengecut. Tak beri ruang dan kononnya nak gunakan akta dan kuasa untuk sekat apa jua bentuk lapuran. So.......blogger buat kerja percuma. korang dibayar oleh rakyat pun masih nak buat kerja jahat. Kurang ajar dan tidak tahu mengenang jasa. Pada menteri menteri tu....jangan lah nak mengugut. Tak hairan langsung .....

Pada Menteri Besar PR, kalau diorang tak layan, kita belasah diorang lagi guna kaedah ceramah dan internet. Tak der halnya....disitu kita beri kan penerangan tentang sikap RTM. Rakyat lagi meluat. Tengok 4 tahun lagi...Ape bakal jadi. Silap silap bulan depan jatuh, Siapa yang tahu?

Harga roti Gardenia naik 10 peratus ...dan ...dan

Utusanmeloya - Harga roti, kek snek, ban dan rol jenama Gardenia naik antara 10 hingga 40 sen berkuat kuasa hari ini.

Pengurus Besar Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Koh Chin Huat berkata, kenaikan harga produk syarikat itu tidak dapat dielakkan dan perlu dilakukan bagi memastikan syarikat terus beroperasi.

Menurutnya, harga tepung gandum berprotein tinggi telah meningkat daripada RM1,385 satu tan metrik pada Ogos tahun lalu kepada RM2,685 satu tan metrik ketika ini.

''Selain daripada tepung, kos lemak sayuran atau lemak doh juga telah meningkat sebanyak 92 peratus, iaitu RM2.29 sekilogram pada bulan Ogos 2007 kepada RM4.40 sekilogram sekarang,'' katanya dalam satu pekeliling yang dikeluarkan syarikat itu kepada para peruncit baru-baru ini.

Roti Breakthru MultiWholegrain Fibremail merupakan yang paling tinggi naik iaitu hampir 10 peratus, daripada RM4.10 kepada RM4.50.

Ini diikuti peningkatan sebanyak 30 sen bagi roti Summerset Cottage Wholegrain Fibremail, Toast'em Raisin Oatmeal, Toast'em Apricot Raisin Wheatgerm dan Frankfurter Rolls.

Sementara itu, lima jenis kek snek meningkat sebanyak 10 sen. more...

dan begitu juga dengan barangan berkaitan BERAS ....dan...dan...
Rujuk:
Peniaga mungkin naikkan harga nasi
Harga baja kimia naik lebih 20%

Posting terkini

Blog Archive