KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 20, 2008

BALIK DARI MEKAH ... JADI NUJUM !!!

radenjowo
Khir toyo berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pada 9/4/2008 yang lepas dan kembali ke tanah air pada 18/4/2008. Tempoh lebih kurang seminggu berada di Mekah. Tak tau apa doanya dan sekembali beliau ke tanah air, beliau telah menulis satu artikel yang gemparkan mahkluk makhluk di Malaysia.

MENGGEMPARKAN !!!!

Haha....bukan tentang politik kerana politik selalu boleh berubah ubah. Ikut masa depan. Kalau rasa tak selamat....lompat. Kalau ok....duduk diam diam, kutip semua untung dan hasil. tapi wak nampak perkara yang berbeza.

Wak Khir Toyo dah boleh MERAMAL MASA DEPAN
... !!!!

Tak caya bacakan .... mungkin 'copy' dan 'paste' kerja senang. Tapi wak malas nak buat....atau wak orang paling last baca artikel Khir toyo....so korang nak rujuk, sila KLIK Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan Jika Mahu UMNO dan BN Kembali Kukuh

Senario Semasa Politik Negara

Beberapa perkara mungkin akan berlaku dan bakal mengubah lanskap politik tanah air. Perubahan ini boleh menjadi satu yang menguntungkan parti dan negara atau sebaliknya. Walau apa pun kita perlu hadapi secara bersama. Saya menjangkakan beberapa senario seperti berikut mungkin berlaku:

Senario Pertama

Berlaku perubahan atau rombakan kabinet. Pak Lah terpaksa merombak kabinet sedia ada untuk memenuhi tuntutan dari Sabah dan Sarawak.

Pertemuan Pak Lah dengan pucuk pimpinan Sabah memperlihatkan kekecewaan rakyat Sabah. Para pemimpin di Sabah melihat rakyat di negeri itu dilayan sebagai kelas kedua dan sebagainya. more...


So...sapa sapa yang hilang anak atau isteri, boleh la jumpa Khir Toyo. Minta ramalkan dimana kah mereka berada? Tapi nasihat ini bukan untuk orang yang kaki nombor ye.... Korang jangan fikir bukan bukan. Nanti ada pulak yang bawa keris lama ke rumah dia.

Dr Khir urges Abdullah to step down now

Star - Umno supreme council member Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo has urged the Prime Minister to hasten the power transition plan – or risk pulling down the Deputy Prime Minister with him.

“Previously, I had written about Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi needing to execute an exit plan as urged by many quarters, including Umno Johor,” said Dr Khir.

“The transition does not seem to be happening anytime soon, creating a few possible scenarios – one of them being the loss of public confidence in Datuk Seri Najib Tun Razak,” said Dr Khir in his blog in an April 19 posting.

This is a likely scenario predicted by Dr Khir if Abdullah remains as the Prime Minister and Umno president until the party elections this December.

Dr Khir believed PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would attempt an entry into Parliament via a by-election planned some time before the second parliament.

“Bandar Tun Razak is most likely to be the chosen constituency. Incumbent Tan Sri Khalid Ibrahim will make way because he has been made the Selangor Mentri Besar.

“As a tradition, Najib will head the Barisan Nasional election machinery. If Pak Lah continues as the number one, morale among Barisan Nasional and Umno members will be at a very low level, making it difficult for Barisan to win,” said Dr Khir. more...

related news:
I have not decided yet on extending retirement age, says PM
Calls for Pak Lah to go not right

Permit for PKR paper approved

Star - Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar is promising more press freedom and one of his first acts was to approve the publishing permit for the Parti Keadilan Rakyat newspaper.

“Even when people talk about press freedom, for me the bottom line is that we need press freedom in order for us to have a check and balance in Government.

“I want to change that paradigm. We are not trying to control you, but we want everyone to contribute to the nation-building process,” Syed Hamid said in an interview.

PKR had been applying for a newsletter for its members since its formation.

“I’ve just approved the Parti Keadilan Rakyat newspaper and I asked my officers why not. I am open about it.

“All political parties have their own papers. It’s their party paper. We have not cancelled the licences of any party newspaper,” he added. more...

SYOKNYA JADI VIP

Geng rompak, samun kediaman VIP tumpas

Bharian - Satu sindiket dianggotai warga asing yang dipercayai terbabit dalam tidak kurang daripada 20 kes pecah rumah dan samun, termasuk membabitkan rumah orang kenamaan di bandar raya ini berjaya ditumpaskan dalam Operasi Bersepadu dilancarkan Polis Kuching, awal pagi semalam.

Operasi serbuan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang dengan 57 anggota itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis senjata, termasuk dua pucuk revolver jenis .38 buatan sendiri dan sembilan butir peluru saiz .38


Sembilan suspek warga negara jiran berusia antara 20-an dan 30-an ditangkap dalam serbuan antara jam 2.30 pagi hingga 6 pagi itu, yang dilakukan di sebuah rumah kongsi di belakang MJC, Batu Kawa, dekat sini.

Operasi serbuan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang dengan 57 anggota itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis senjata, termasuk dua pucuk revolver jenis .38 buatan sendiri dan sembilan butir peluru saiz .38.

Turut dirampas adalah sepucuk pistol mainan yang menyerupai pistol sebenar, satu senapang ikan, sebilah kapak, sebilah parang panjang, enam pisau pelbagai saiz, satu teropong yang boleh digunakan untuk jarak jauh, topeng ski, dua topi besbol, satu jaket hitam, satu beg oren, satu beg hitam, dua gulung pita penutup hijau dan dua gulung pita penutup coklat.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Rahman Hussain, berkata bertindak daripada maklumat awam, polis mengepung rumah kongsi terbabit mulai jam 2 pagi semalam sebelum menyerbu tingkat atas rumah kongsi kayu dua tingkat itu pada jam 2.30 pagi.

Beliau berkata, polis menangkap empat suspek di tingkat atas rumah kongsi itu dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menahan lima lagi suspek yang bersembunyi di bawah lantai tingkat bawah rumah kongsi berkenaan.

MARAHNYA ZAHID HAMIDI

Eksport babi bertentangan dengan status negara Islam
Utusanloya

Mereka berpendapat langkah mengeksport daging babi itu adalah bertentangan dan merosakkan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang disegani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan kenapa pelabur berkenaan tidak membuka ladang ternakan babi di China.

Katanya, jika dieksport pula adakah harga daging babi itu masih murah selepas diambil kira kos penghantaran.

"Jumlah penduduk China lebih satu bilion, sepatutnya dia yang keluarkan daging babi sendiri, kenapa mahu melibatkan Malaysia?

"Kita tidak menolak kepentingan masyarakat bukan Islam di negara ini, apa yang ada sekarang sudah mencukupi," katanya yang dihubungi di sini hari ini. more...

Ehhhh....apa nih?

Malaysia bukan sahaja pengekspot babi, malah Judi dan Arak terbesar.
Buletinonline
(...)
Malaysia telah pun menjadi negara pengekspot khidmat Judi terbesar di Asia selepas Macau. Berjuta-juta ringgit wang asing telah masuk ke Malaysia melalui kedatangan pelancong asing yang datang untuk berjudi di Genting Highland.

Genting telah menjadi operator kasino terbuka yang terbesar di Asia. Diantara 10 buah negara yang menawarkan khidmat Kasino dan judi, Genting menjadi kedua terbesar dengan 426 meja perjudian dan 3140 mesin slot judi.

Ramai yang kurang mengetahui bahawa permulaan industri judi Genting Highland berkait rapat dengan kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh UMNO. Catatan sejarah Bapa Judi Malaysia, Lim Goh Tong telah membuktikan perkara tersebut, sebagaimana catatan dibawah;

Pada Mac 31, 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands. Pada hari yang cerah dengan sinaran mentari, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel (sekarang bernama Theme Park Hotel). more...

Business Proposal Untuk KJ

 tranungkite - Perhatikan fakta2 ini;

*Setiap hari penduduk China makan 11,703,975 ekor babi sehari.
*Menurut laporan United States Department of Agriculture (USDA), rakyat China makan 51 juta tan metrik daging babi pada 2006; iaitu hampir separuh dari keperluan daging babi dunia.

*Purata berat seekor babi ialah 82kg, jadi, dalam tahun 2006, rakyat China makan 621,951,219 ekor babi. Dengan jumlah penduduk seramai 1.3 billion, setiap rakyat China makan sekurang2nya setengah ekor babi.

*2.6 juta ekor babi diternak di M'sia untuk keperluan domestik dan eksport ke Singapura.

*Babi beranak 3 kali setahun, setiap kali beranak boleh mencecah 11 ekor. Jadi dalam setahun kadar pertumbuhan babi ialah 3300%.
Perhatikan pula peluang ini;

*Daerah Rembau seluas 402.76 kilometer persegi atau 41,512 hektar dengan penduduk seramai 38,325 (2000) orang yang mendiami 17 mukim mengandungi 204 buah kampung.

*Daerah ini mempunyai satu kawasan parlimen iaitu Parlimen Rembau dan dua kawasan undangan negeri iaitu Chembong dan Kota. DUN Paroi dan Rantau terletak dalam pentadbiran daerah Seremban. Parlimen Rembau diwakili oleh Khairy Jamaluddin sebagai ahli parlimen. more...

Bodohnya orang sekarang

Cucuk dubur dengan pemutar skru

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki mendera anak teman wanitanya dengan mencucuk pemutar skru yang dipanaskan ke dubur kanak-kanak lelaki itu sejak tiga bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata, lelaki berumur 24 tahun yang bertugas sebagai penyiasat persendirian itu ditahan pada 16 April lepas kerana disyaki mendera budak lelaki berusia sembilan tahun itu dan serta kakaknya yang berumur 11 tahun.

"Teman wanitanya, seorang janda berumur 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Jinjang kerana tidak tahan dengan sikap teman lelakinya yang tinggal serumah sejak tiga bulan lepas," katanya di sini semalam.

Ahmad Sofian berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

"Dia akan disiasat menurut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan mengikut Akta Kanak-kanak 2001," katanya - bernama

AJK UMNO Tanah Merah cedera dipukul

Utusanloya - Seorang ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanah Merah cedera di kepala dipukul dengan besi paip hari ini, dipercayai mempunyai kaitan dengan laporannya kepada polis berhubung cubaan memberi sogokan untuk mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5 petang ini ketika mangsa, Ali Akbar Mayim, 52, sedang minum bersama dua rakannya di sebuah warung di Jalan Sekolah Arab Darul Ehsan, Tanah Merah dekat sini.

Ia merupakan kejadian kedua selepas pengiringnya, Mohd. Almidi Jaafar yang juga Setiausaha Kerja UMNO bahagian semasa membuat laporan polis, cedera serius dipukul di sebuah warung di pekan Tanah Merah, 30 Mac lalu. more...

Hishammuddin sangkal laporan Malaysiakini

umno 2007 pemuda keris 061107 unsheathUtusanloya - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal laporan laman web Malaysiakini bahawa Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin mengakui isu keris merupakan salah satu punca kemerosotan sokongan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Tegasnya, berita-berita daripada laman web, blog atau khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu diteliti terlebih dahulu kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan kredibiliti seseorang individu itu.

''Tak mungkin naib ketua saya boleh menyatakan sedemikian kerana dia sentiasa ada bersama-sama dengan saya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-39 dan Pengisytiharan 110 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas mengenai kenyataan Khairy dalam laman web tersebut yang dipetik sebagai berkata, isu keris menjadi salah satu daripada beberapa punca sokongan terhadap BN merosot dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Bagaimanapun, Khairy dalam laporan itu menolak tanggapan bahawa isu keris menjadi punca utamanya.

Khairy dilaporkan oleh laman web tersebut memberikan komen itu ketika ditemui pemberita pada Program Permukiman Ahli-Ahli Parlimen BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Mengulas perkara tersebut, Hishammuddin menegaskan, keris tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

''Perkara ini dibangkitkan hanya bertujuan menakut-nakutkan pihak tertentu tambahan kita berada dalam negara majmuk dan untuk mempengaruhi adalah perkara biasa,'' katanya.

Rujukan berita:
Khairy: Keris antara punca BN kalah

Posting terkini

Blog Archive