KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 26, 2008

Siasat hakim kes pindah RM10 juta

Malaysiakini - Seorang hakim dilaporkan terlibat memberi nasihat kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) dalam kontroversi penyaluran wang RM9.9 juta dari Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) selepas ia cuba dibubarkan pada 13 Mac.

Perpindahan wang Balkis, yang dipengerusikan oleh isteri bekas menteri besar Datuk Mohamad Khir Toyo, kini dipertikaikan kerajaan Selangor, lapor The Sun di halaman depan hari ini.

Sambil menggesa siasatan dijalankan terhadap hakim tersebut, bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Param Cumaraswamy berkata perkembangan itu "luar biasa"

"Jika ia benar-benar terjadi (seperti dilaporkan), hakim itu mesti dipanggil untuk menjelaskan tindakannya itu," katanya, mengulas laporan tentang skandal tersebut.

"Perilaku hakim itu boleh menimbulkan perasaan curiga bahawa beliau membenarkan kepentingan peribadinya bercanggahan dengan tugas kehakimannya yang boleh membawa kesan pelanggaran Kod Etika Hakim 1994." More...

dari alam blog
BUKAN SUAMI SAHAJA KONTROVERSI, BINI PUN TURUT SAMA

Mangsa curiga selepas diberi beg baru di Brazil

BHarian - Wanita berasal dari Klang yang kini ditahan di Madrid, Sepanyol kerana dipercayai menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa, mengaku berasa curiga dengan kandungan sebuah beg baru yang diberikan kepadanya ketika di Brazil untuk dibawa ke Madrid mungkin mengandungi dadah.

Mangsa berusia 24 tahun itu mengambil kesempatan memeriksa kandungan beg yang diberikan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket dadah yang dikenali sebagai Shaba ketika berseorangan di bilik hotel pada 19 Mac.

Bagaimanapun, dia yang bekerja sebagai kerani di Klang tidak menemui sebarang dadah didalamnya.

“Saya periksa beg itu. Pada mulanya saya nampak ada ruang di bahagian bawah lapisan zip, tetapi apabila saya periksa tiada apa-apa yang saya jumpa. Selepas itu, saya memasukkan semua barang dan baju dalam beg baru itu.

“Keesokan hari (20 Mac), saya pulang ke Madrid dan ketika Lapangan Terbang Malaga pihak berkuasa yang memeriksa beg berkenaan menemui kokain disorokkan dalam ruangan khas beg itu,” katanya dalam surat bertarikh 25 Mac yang dikirim kepada kakaknya di sini. more...

No2umo - Kawan kawan yang pegi luar negeri tu jaga jaga.....jangan dah kena tangkap baru sibuk. Kesian kat diorang nih....tak pasal pasal kena. So kalau sesiapa yang cancel perjalanan tu, bagi tiket kat wak...lama dah tak gi oversea. rasanya dah masuk 25 tahun...Dagang wak, mengkuang layu....padan muka aku.

Geraldine telah pun mabuk sebelum itu...


kosmo - Menurut Shahrizan Mohd. Rodzi, 35, wanita tersebut, Geraldine Mariana Wong, 33, dilihat meminum minuman keras sambil bermesra dengan teman lelaki Fazura, Ahmad Razman Tan Sri Ahmad Razali dan bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.

"Selain itu, saya juga diberitahu oleh beberapa kawan yang berada di bar tersebut bahawa Geraldine telah pun mabuk sebelum itu," kata saksi yang lebih dikenali sebagai Shereen Shah di Mahkamah Majistret di sini semalam. more...

No2umnO - Wak bukan terror sangat pasal artis nh....tapi nak kacau sikit sbb boring kerana tiap tiap hari baca berita politik.....Hmmmmm....Nak tanya sapa lah si Geraldine nih? Islam ke masuk Islam ke atau Islam celup? Memang aku ketinggalan betul sejak tinggalkan dunia artis nih....Chehhhh.

Anwar lepas peluru kosong, BN hantar tong kosong

'Anwar lepas peluru kosong'
Utusanloya - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pihak pembangkang akan menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum 16 September ini, sekadar 'melepaskan peluru kosong'.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan tersebut tidak memberi sebarang makna atau kesan kepada Barisan Nasional (BN) kerana semua yang diperkatakan itu tidak berasas sama sekali.

"Anwar melepaskan peluru kosong dan buat apa kita perlu berlindung daripada peluru kosong," katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat Jabatan Penerangan Sabah di Wisma Dang Bandang di sini hari ini. more...

No2umnO - Heheheh....Sedapkan hati kot.

Isu keris Panca Warisan selesai?



Hishammuddin Tun Hussein dan Liow Tiong Lai menggenggam tangan menandakan persahabatan yang erat selepas Mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di PWTC, semalam. more....at Utusan meloyakan

No2umnO - Dalam 10 ... 1 boleh caya. Yang sembilan lagi, karut. Depan ok, belakang hantam lagi. Takkan tak kenal?

Pekerja tebang pokok ara diganggu mimpi ngeri

Utusanloya - Seorang pekerja syarikat kontraktor yang membersih dan menebang tiga pokok ara tempat ulat bulu 'menyerang' Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar di sini semalam, mendakwa diganggu mimpi ngeri malam tadi.

Joko Ngatiman, 30, berkata, semalaman dia tidak lena tidur kerana mengalami mimpi pelik dan ngeri.

Menurutnya, dalam mimpi itu dia menyaksikan satu kejadian ngeri iaitu melihat orang dibunuh dan dipancung beramai-ramai di kawasan ini.

"Apabila tersedar sahaja saya terus beristighfar banyak-banyak lalu mengambil air sembahyang sebelum membaca surah Yasin," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Malah, setibanya di sekolah tersebut untuk menyambung kerja-kerja membersihkan kawasan berkenaan pagi ini, dia menceritakan mimpi itu kepada seorang pekerja sekolah di sini.

"Lelaki tua itu mengesahkan perkara itu memang pernah berlaku satu ketika dahulu di kawasan berkenaan," ujarnya. more...

No2umno - Pokok tu keras ...... Pokok kayu. Bukan pokok spunch.

PM beri maklum balas positif bangunkan PKFZ - Khalid

UTusanloya - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi maklum balas positif kepada Kerajaan Negeri Selangor membangunkan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan dua anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dan Teresa Kok di pejabat beliau di sini pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Media Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan di sini, pada pertemuan itu Abdullah menasihati kerajaan negeri supaya menghubungi Kementerian Pengangkutan dalam membincangkan isu PKFZ serta cadangan penggunaan LTSAAS.

‘‘Beberapa langkah dibincangkan terutama berkaitan program penswastaan, PKFZ, lapangan terbang Subang dan isu pekerja asing di Selangor. more...

BUBAR BALKIS DAN PINDAH DANA SAH?

Tindakan bubar, pindah dana Balkis sah - Khir

Utusanloya - Menurut beliau, dana itu kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pengajian sehingga ke peringkat universiti, kira-kira 300 anak angkat Balkis seperti dijanjikan melalui satu perjanjian bertulis dengan penderma-penderma dana tersebut.

Katanya, semasa pembubaran Balkis dibuat pada 11 Mac lalu, Selangor belum mempunyai Menteri Besar dan Balkis juga belum ada pengerusi baru.

"Jadi duit itu tidak ke mana dan kerajaan negeri yang baru, janganlah risau kerana semuanya dilakukan mengikut undang-undang.

"Lagipun Balkis sebuah persatuan dan tidak ada kena-mengena dengan kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Selangor semalam, yang menyebut kerajaan negeri akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap Balkis berhubung pemindahan dana pertubuhan itu sebanyak RM9.9 juta.

Menurut kenyataan itu, siasatan dibuat setelah kerajaan negeri mendapati dana berkenaan telah dipindahkan kepada Bakti.

Dana berkenaan ialah sumbangan anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada Balkis untuk menjalankan program kebajikan dan kemasyarakatan seperti Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang menyumbang sebanyak RM268,862 pada 2007, manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM590,379 di antara 2006 dan 2007.

Dalam pada itu, Mohamad Khir memberitahu, satu persatuan baru iaitu Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) akan ditubuhkan oleh Puan Sri Asbi Rohani Asnan Hasbi, isteri Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib tidak lama lagi. more...

No2umnO - Bubar dan Pindah Sah......? Apa yang dibuat kelam kabut tu? Kalau nak bubar pun sebulan lepas pilihanraya pun boleh. Camane dengan duit masuk? Punca dari mana? Semua orang nak tau ... Mana lah tau duit cukai bapak kitorang ke? Macam nak sembunyi sesuatu. Berani kerana benar, takut jadi gelabah .......

Polis temui sub-mesingan, 180 peluru

UTusanloya - Polis menemui sepucuk revolver palsu dan selaras submesingan bersama 180 butir peluru pelbagai jenis di dalam sebuah kereta Proton Wira di Kampung Simee di sini, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner II Ismail Yatim berkata, tiga suspek termasuk seorang wanita berumur 20-an turut ditahan pada kira-kira pukul 3.30 petang, hari yang sama.

''Seorang suspek ditahan di sebuah rumah di kampung itu berhampiran kereta berkenaan diletakkan dan dua lagi diberkas juga di kawasan berdekatan.

''Kami akan memohon kepada mahkamah supaya tempoh reman mereka yang berakhir hari ini dilanjutkan beberapa hari lagi bagi membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, pistol palsu bersama sarung dan dua butir peluru bersaiz .38 milimeter itu ditemui di tempat duduk sebelah pemandu kereta berkenaan.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, kereta berwarna putih itu didapati menggunakan plat palsu yang dilaporkan hilang di Cheras, Kuala Lumpur pada 2007. more...

No2umnO - Orang awam, lagi canggih senjatanya dari Polis. Ntah ntah kapalselam pun diorang ada. Apa yang tak kena dengan Malaysia nihhhh....?

Posting terkini

Blog Archive