KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 21, 2008

Hanafi Mamat .... gi mano demo?


Macam biskut .... sekejap ada, lepas tu tak der.

Hanafi Mamat adalah calun ke 3 yang menyertai pilihanraya Permatang Pauh. Di datangkan istimewa dari Kelantan melalui tiket Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (AKIM). Sedikit kekeliruan tentang AKIM adalah terdapat dua nama .... satu lagi, Angkatan Keadilan Rakyat Malaysia yang juga di gelar AKIM. Rujuk SINI.

Ada yang menjadi persoalan selain dari kehilangan beliau sehingga sekarang, antaranya adalah, kenapa datang dari Kelantan dan mengapa berpakaian ala penyokong PAS?

Kalau Dr. Mansor Osman di akui sebagai calun penyelamat kepada DS ANwar Ibrahim, maka siapakah Hanafi Mamat ini?

Kehilangannya menimbulkan tanda tanya. Di permatang Pauh, anggapan penduduk terhadap Hanafi Mamat adalah sebagai calun yang di taja oleh UMNO untuk tujuan memecah undi. Berpakaian seperti ahli PAS untuk mengelirukan penyokong PAS di sana dan datangnya dari Kelantan menguatkan lagi anggapan bahawa beliau adalah calun yang dihantar oleh parti dominan negeri Kelantan, PAS.

Selain dari memecahkan undi beliau juga bertujuan untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat terutama PAS dan KEADILAN ... namun strategi ini GAGAL.

Apa yang berlaku?

Sehingga sekarang beliau mendiamkan diri. Kalau di bandingkan dengan Cik Maimun yang bertanding di Terengganu atas tiket KUNCI pada Mac lepas, prestasi kempen Hanafi mamat jauh ketinggalan, walaupun Cik Maimun sekadar berkempen menunggang basikal sambil menjual kain.

Rindu gak dah lama tak dengar nama Cik Maimun.

BPR yang double standard



Malam tadi, bekas Ketua menteri pulau pinang berdalih kata, isu tanah melibatkan nilai RM40 juta sudah disiasat oleh BPR dan tiada penipuan yang berlaku. Kerana itu, semua kakitangan yang terlibat masih ada disana. Bila ditanya kenapa tidak diberitahu kepada rakyat, dalihnya .... sedang dalam perbicaraan dan tidak boleh didedahkan. Pulak ......

Berbanding dengan isu tuduhan BPR terhadap EXCO Perak, penahanan mereka di war warkan di dalam media dan kenyataan akhbar dikeluarkan sendiri oleh BPR. Lapuran lanjut tentang mereka ada di SINI dan SINI.

Persoalannya .... apa beza UMNO dan PKR? Kenapa ada double Standard? Apa lagi alasan BPR dan kerajaan tentang perkara ini?

MB Perak memang hebat

PRESS RELEASE | ATTEMPTS AT ELECTORAL FRAUD

Electoral fraud has been a serious impediment to democracy in Malaysia for many years. The evidence of electoral fraud has been widely documented and reported in the media in the 2004, 2006 and 2008 Malaysian elections.

Examples include vote buying, phantom voters, multiple voting, and rampant abuse of postal voting. Postal vote fraud, we believe was the primary reason behind Pakatan Rakyat losing 1 or 2 Parliamentary seats in March.

Electoral fraud also include the intimidation of voters the manipulation of the mainstream media and preventing equal access and coverage to opposition political parties. Utusan Malaysia is a good example of how the government uses the media instruments at its disposal to spread confusion and to disparage and defame leaders in the opposition, including our Permatang Pauh candidate Anwar Ibrahim. Recent headlines have misquoted Pakatan Leaders's statements about Anwar Ibrahim and wrongfully accused him of activities that would undermine his position with voters. Pakatan Rakyat initiated a boycott of Ututsan Malaysia earlier this year for this reason.

The Elegant Advisory scandal of RM 218 million in unpaid printing expenses by the Barisan Nasional in 2004 illustrates another example of electoral fraud as well as the criminal negligence of the Election Commission in ensuring the free and fair conduct of elections.

RM 218 million is more than the total amount of money that is legally permissible to be spent on an election by more than double. A simple walk around Permatang Pauh would give any observer reason to suspect similar breach of the Election laws by the Barisan Nasional in this by-election. Expenditures on printing aside, we call upon Barisan to account for the millions more spent on paying people to post materials, paying to bring workers from around the country to work in Penang.

We are particularly concerned about the concerted effort to decrease voter turnout in this coming election. The scheduling of polling day on Tuesday, the first time in history that a polling date was set on a weekday.

We are also aware of money being paid to PP voters to dissuade them from going to the polls or to preoccupy them with other activities such as shopping so that they will not vote on August 26th. We also know that some individuals are having their IC's photocopies under the ruse that this is necessary for UMNO workers to document their campaign work. We condemn this activity in the strongest terms. Photocopying of ICs is clearly an act of intimidation whereby voters would feel they are being monitored by the government. Furhtermore it is a monitoring mechanism that could be used to position phantom voters on election day.

We have therefore called for the proper use of indelible inks in this by-election to prevent some of the electoral fraud.

We know the Election Commission, working under the instructions of the Prime Minister's office, will do little to address our concerns. We therefore call upon voters to be vigilant in protecting their democratic rights, monitoring and reporting abuses to the authorities.

Dato' Salehuddin Hashim
Secretary General
Parti Keadilan Rakyat

Siapa Shamsiah Abu Bakar?



Penangkapan pelik yang dilakukan oleh BPR Perak terhadap 2 orang EXCO Negeri telah menimbulkan kontrovesi apabila projek yang dikaitkan tidak pernah di lancar luluskan oleh EXCO .....

Sedikit latar belakang tentang pengarah BPR Perak di SINI, dan pendedahan siapa Shamsiah .. di SINI dan SINI.

BPR mencipta Headline untuk burukkan Pakatan Rakyat

Sedang kita sibuk dengan Pilihanraya Permatang pauh, BPR pula sibuk mencipta headline akhbar akhbar untuk larikan fokus rakyat kepada isu berkaitan kepimpinan Barisan Nasional.

1. Agendadaily mengadakan DEBAT, 2. polis menangkap Ketua Keadilan Batu kerana kesalahan yang mereka tidak lakukan dan 3. BPR menahan EXCO Perak dengan alasan rasuah dan seks. Berita berita ini menjadi tajuk penting dan meminggirkan kes Saiful yang bercanggah fakta di dalam kenyataan Sumpahnya.

Aku masih percaya 10 tipu perlu untuk menutup 1 tipu. Dan oleh itu, kenyataan Saiful yang tersasul sasul dan kekeliruan tentang identiti Ramlang Porigi adalah punca kenapa BPR terpaksa menangkap dan menahan Exco Perak sebagai penutup kes yang tempang faktanya.

Kini semua orang sudah tahu tentang status diri si mamat yang berpakaian ala imam itu sebenarnya hanyalah Pembantu Hal Ehwal Islam. Sila rujuk [ sini ]

Seperti yang diberitahu oleh Topeng Perak ... acara angkat sumpah Saiful walaupun kononnya tidak diketahui ramai, sememangnya sudah di beritahu terlebih awal oleh Puak UMNO di Permatang Pauh menyebabkan jentera pilihanraya bersedia telah bersedia lebih awal dengan peralatan tayangan di luar bilik gerakan masing masing sebelum acara angkat sumpah lagi dan sejurus angkat sumpat di buat ... seluruh bilik gerakan sudah bersedia menerima video clip Sayfool untuk tujuan di tayangkan kepada orang ramai.

Turut di dedahkan juga bahawa yang terdapatnya krew video yang siap sedia untuk mengambil sketsa angkat sumpah saiful berada di masjid yang sama. Kehadiran wartawan telah mengejutkan mereka yang berada di masjid yang sama dan kerana itu acara angkat sumpah Saiful menjadi tergagap gagap, walaupun semuanya sudah ditulis.

Sekiranya hanya krew video yang dilantik oleh keluarga Saiful sahaja, sudah pasti ianya berjalan lancar kerana proses edit dibuat terlebih dahulu sebelum di edarkan ke semua bilik gerakan UMNO di Permatang Pauh.

Kini rakyat Permatang Pauh sudah mendapat maklumat terkini konspirasi sumpah laknat tersebut melalui ceramah dan adegan itu tidak lagi tersiar di dalam berita mahupun kain layar di bilik gerakan. Bimbang dengan keadaan itu, pihak POLIS telah memberikan larangan berceramah tanpa permit pada hari berikutnya dan seterusnya memaksa BPR mencipta satu lagi isu yang tidak kurang menarik untuk dihidangkan kepada pengundi di sana, EXCO KEADILAN DI TANGKAP kerana rasuah dan seks. Sedangkan projek itu tidak pernah ujud dan tidak pernah di luluskan oleh EXCO Perak.

Kalau anda berkunjung ke Permatang Pauh .... anda akan di kejutkan dengan manifesto Anwar Ibrahim yang cukup berani melibatkan perubahan di dalam organisasi PDRM. Teman teman di sana telah membuat panggilan talipon memberikan butiran ringkas tentang manifesto tersebut dan ini menambah bimbangkan lagi beberapa pihak untuk terus menghalang Anwar Ibrahim dari memenangi Pilihanraya Permatang Pauh.

Usaha BPR adalah satu dari senarai strategi yang dirancang oleh UMNO selepas Sumpah Lakhnat Sayfool. Ada banyak lagi yang akan menyusul dan cukup membimbangkan, apa kah langkah mereka seterusnya? Mungkin pilihanraya nanti akan menjadi lebih bercelaru dengan nama pengundi yang tunggang langgang dan berserakan? Belum di campur dengan undi pos yang berlipat kali ganda dan gejala satu pengundi mengundi di banyak tempat. Itu semua sudah menjadi routine UMNO ketika pilihanraya.

Dah kubilang dan perlu di tanam di dalam minda bahawa Kalau tak tipu ..... bukan UMNO. Kalau tak bohong .... bukan BN.

Projek perumahan yang dikaitkan, tidak ujud - Nizar

tranungkite | Beliau mengatakan PR akan mendedahkan pula pembohongan dan penyelewengan BN dan Umno. Menteri Besar juga menafikan sekeras-kerasnya projek perumahan yang dikaitkan dengan penangkapan yang bernilai RM180 juta yang dikatakan di Seri Iskandar itu sebenarnya tidak wujud.

Katanya " mustahil kedua-dua exco berkenaan boleh melulus atau mempercepat kelulusan projek berkenaan. "
... selanjutnya.

no2umno - ki .... **k punya BPR. busuknye perangai. Kalau dan terdesak pun takkan sampai guna pembohongan? Ceh .... tak caya pada BPR lagi dah....jangan harap la.

Apa muslihat BPR?

Hah ... masih lagi tentang EXCO Perak yang ditahan BPR.

YB Husam Musa telah membuat penyiasatan dan ini yang dinyatakan ....

Semakan saya dengan pegawai pihak berkuasa Negeri Perak menunjukkan projek ini tidak pernah diluluskan oleh Exco Kerajaan Perak. Bagaimana rasuah boleh berlaku atas projek yang tak pernah diluluskan? - Cetusanhati
Kita tunggu kan apa yang akan di dedahkan hari demi hari untuk membuktikan ada nya muslihat tersembunyi BPR di kala pilihanraya menjelang tiba ....

Tunggu .........

2006 ... Saiful masih waras



Aku jengok laman friendster Sayfool, kalau kalau ada berita baru. Cuma yang ada adalah photo ketika dia di mekah, Gua Hira'. Tertulis disitu, imej di ambil pada tahun 2006.

AKu tak dapat bezakan antara batu dan kepala. Semuanya kelihatan licin.

Dan Slogan barunya adalah, "Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara aku berkorban.."

2006 ke Mekah ... 2008 diliwat dan 2008 juga bersumpah. Meminta diri dan keturunan di laknat sampai kiamat.

Dan bila disebut tentang keturunan, aku cuba memblogkan diri mencari laman milik tunangnya, si Janna Mohd Zaki ... masih tertutup dan hanya boleh di lawati oleh teman teman dan sedara sedaranya saja.

Posting terkini

Blog Archive