Perakexpress |
[...] Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.
Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli. Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.
Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .
Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili. Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak. ... selanjutnya di Perakexpress
Aug 21, 2008
Konspirasi UMNO dan BPR di Perak
Labels: PERAK Govt
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Edar kabinet bayangan satu propaganda murahan - Salahuddin
Sesiapa pun sudah menyangka lebih awal bahawa penyebaran ini merupakan satu tektik jahat Kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata beliau kesal dengan tindakan itu dan mengganggap ia satu propaganda murahan yang tidak seharusnya berlaku.Tektik bodoh macam ni, orang kampung pun boleh congak. Apa lah kelakar sangat UMNO ni. Memang UMNO buruk perangai. Macam dah tak der cara lain.
"Ada banyak cara untuk kita menyakinkan rakyat... tapi bukan dengan cara menyebarkan risalah seperti ini. Apatah lagi di saat kita sedang menghadapi pertarungan politik yang begitu menarik dalam negara kita," katanya.
Anggota Parlimen Kubang Kerian itu juga mengakui mengetahui pihak yang menyebarkan risalah itu dan percaya ia dilakukan pihak tertentu yang bimbang dengan kemenangan Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh Selasa ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar pula berkata tidak munasabah untuk Pakatan Rakyat menyebarkan risalah itu dan meminta perkara itu ditanyakan kepada BN. - Bernama
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Pengundi hantu Permatang Pauh di kesan
[...] “Kejadian terbaru membabitkan seorang penduduk di Seberang Jaya yang mendapati terdapat seorang pengundi hantu telah didaftarkan dialamat kediaman beliau.
Hasil semakan pada daftar peilih bula Julai kami dapati pengundi hantu berkenaan, Tanalachumi @ Ranee a/p Muthiah telah didaftarkan denganalamat sama di kediaman yangdidukui oleh pengadu,” katanya dalam satu sidang media di bilik gerakan pilihan raya AMK di Seberang Jaya petang tadi.
Menurutnya, penduduk terbabit Eremi Shahuddin bin Mohammad Zakaria telah membuat laporan polis mengenai perkara itu paa jam 11.25 pagi tadi di balai polis Seberang Jaya.... selanjutnya.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Siapa arah Ramlang Porigi hadir acara angkat sumpah?
malaysiakini | .... Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.
Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.
Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.
Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.... selanjutnya.
Labels: Sayfool suka liwat
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sah ... Shamsiah berpakat dengan UMNO
Kenyataan ini berikutan dengan pernyataan Shamsiah bahawa salah seorang EXCO di tangkap di hotel untuk di kaitkan dengan sex sedangkan ahli Exco itu di tangkap ketika berada di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya.
Baca suntingan artikel berikut,
PENGARAH Badan Pencegah Rasuah, Samsiah Abu Bakar didakwa bersekongkol bersama-sama Umno berhubung kes penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak.
Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain.
Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel.
“Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang,” kata Madzi lagi. - Suarakeadilan
Labels: BELIT BPR
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
UMNO pujuk PAS untuk khianat
Aduhhhh ...memalukan sungguh Arif Shah kerana cuba memujuk PAS untuk bersekongkol dengannya dan mengkhianati persahabatan dengan Pakatan Rakyat ....
Barisan Nasional's Datuk Arif Shah Omar Shah is attempting the unthinkable - he wants Permatang Pasir's Pas assemblyman Hamdan Abdul Rahman to endorse his campaign.
"My people are trying to arrange a meeting with him. I am going to tell him, if I win the Parliament seat, I can help develop his constituency, so both of us can share the credit," he said when met here today.
The BN candidate for the Permatang Pauh by-election is hoping that Pas will abandon its ally Parti Keadilan Rakyat, enabling a fighting chance for him against PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hamdan however is not interested. "His offer is as a sign of desperation. Maybe he realises that BN is going to lose the election.
The three-term Pas assemblyman politely said that was inappropriate to negotiate with Arif Shah during the campaign period.
"We are at war, how can we negotiate with the enemy. Pas cannot afford to destroy Pakatan Rakyat, I will always defend the coalition. - MInsider
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
UMNO sebar fitnah Senarai Kabinet Bayangan
UMNO mengedar senarai kabinet yang kononnya Kabinet yang akan di buat oleh Anwar Ibrahim selepas menjadi Perdana menteri.
Melihatkan senarai yang tersiar dan sambutan oleh para media yang menggalakkan, jelas menunjukkan bawa ia adalah satu lagi usaha UMNO untuk meracun pemikiran pengundi melayu di permatang pauh.
Cuba anda lihat ....beritanya di SINI
Yang menariknya ... senarai tersebut teredar selepas kunjungan Khairy Jamaluddin ke Permatang Pauh dan senarai itu juga terdapat di Parlimen hari ini.
Jangan pelik dengan mainan UMNO. Mahu tahu buktinya ... media juga turut war warkan. Politik UMNO semakin jahat, umur semakin pendek.
Ini satu lagi bukti BN bersubahat mengedar risalah tersebut untuk menakut nakutkan pengundi melayu di sana.
Masing-masing parti utama yang bertanding menafikan bertanggungjawab menyebarkan risalah sedemikian. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini menafikan ia dilakukan oleh BN. Ia didapati turut diedarkan kepada pekerja-pekerja pilihan raya BN di Seberang Jaya.-Sedangkan Pihak PKR sendiri tidak tahu menahu tentang perkara itu. Kini .... UMNO cuba menuding jari kepada Anwar Ibrahim yang kononnya mengedarkan risalah tersebut kepada jentera BN. Dah tak der kerja ke?MStar
Labels: Belit UMNO, Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Komando kawal Permatang Pauh?
Polis menggunakan khidmat Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando 69 untuk mengawal keselamatan di Permatang Pauh berikutan pelbagai ancaman yang mungkin dihadapi apabila kawasan itu mula dibanjiri orang luar.Dari UTK dan Komando kawal Permatang pauh baik lah cari pembunuh Nurin tu dulu. Kalau UTK ... itu kerja Musa Hassan atau Bakri, tapi bila Komando .... itu kerja Najib razak. Tapi kedatangan mereka untuk membantu atau untuk mengganggu?
Pegawai Perhubungan Media Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, langkah berkenaan diambil bagi menunjukkan polis memandang serius aspek keselamatan menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.- Utusan.
Labels: Permatang Pauh
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Utusan Meloya membelit lagi
Orang ramai dah tahu tembelang Utusan Meloya. Tu sebab akhbar yang paling tak laku sekarang ni adalah Utusan meloya. Kalau ada yang terbeli, mungkin hanya untuk bungkus pampers atau tuala pelekat.
Ini berita yang disiarkan pada hari ini ....Pemuda Pas Selangor cabar Anwar bersumpah
Lepas dapat berita itu .... kenyataan ini dikeluarkan oleh Pemuda PAS ...
Ketua Pemuda PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menafikan beliau mencabar calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat seperti laporan sebuah akhbar hari ini.
"Saya tidak ada cabar (Anwar bersumpah)," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia.
"Saya kata (kepada wartawan itu), terpulang kepada beliau (Anwar), itu hak beliau (untuk bersumpah atau sebaliknya).
"Tetapi perkara (bersumpah) itu tidak ada peruntukan syariah. - Malaysiakini
"Dalam kes ini, ada dua penyelesaian, pertama pengadu mesti mengemukakan saksi, dan kedua sama ada tertuduh itu mengaku.
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
