KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Sep 10, 2008

Patutnya ISA

Aku nak tengok betapa UMNO bersungguh tentang ISA, maka cuba lah ISA kan mangkuk hayun ahli UMNO.
Setakat lucut jawatan? Cheehhhh ..... macam siot je.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail perlu dikenakan tegas termasuk dipecat daripada parti kerana tindakannya menggugat perpaduan dan keharmonian Barisan Nasional (BN).

Katanya, Ahmad perlu sedar BN seharusnya bersatu padu dan memerlukan sokongan satu sama lain untuk terus kekal relevan.

“Beliau (Ahmad) tidak harus menjadikan masalah peribadinya dengan Dr Koh (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon) sebagai masalah dalaman Umno sehingga boleh merosakkan parti.... selanjutnya.

MT Umno putuskan nasib Ahmad hari ini

malaysiakini | ...Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusinya mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini. Parti Maju Sabah (SAPP) tidak dijemput menghadiri mesyuarat hari ini.

pak lah and bn leaders meeting on ahmad ismail racial slur umno bukit bendera penang 090908 05Abdullah berkata, semua ketua parti komponen BN yang hadir, tanpa berkecuali seorang pun, telah melahirkan perasaan tidak dapat menerima sama sekali terhadap kenyataan Ahmad itu.

Sehubungan itu, katanya, mereka mahu satu tindakan yang tegas diambil.

Bagaimanapun, kata perdana menteri, BN tidak boleh mengambil tindakan ke atas Ahmad kerana beliau merupakan ahli Umno.

"Mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini melahirkan perasaan yang tegas, kecewa dan marah tentang apa yang berlaku," kata Abdullah.... selanjutnya.

no2umno - terhegeh hegeh ......

Kementerian gagal, apabila 9.56 juta peralatan mengajar hilang

harakah | ...Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf menegaskan melalui laporan tersebut, Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapati terdapat kecurigaan dalam jual beli peralatan tersebut dan tidak menolak kemungkinan berlaku satu penyelewengan.

Katanya, kehilangan peralatan bagi program pengajaran PSMBI itu juga menunjukkan kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan pembelajaran tersebut.

"Sekarang ini masalah semakin teruk dengan laporan audit ini. Sudahlah kegagalan pengajaran tersebut, ditambah pula dengan kehilangan peralatan pembelajaran tersebut. Apa sudah jadi di Malaysia ini? Ini cukup memalukan.

"Sebab itu PAS menegaskan agar pengajaran dilakukan dalam bahasa ibunda. Jika hendak memperkemaskan pembelajaran bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris terlebih dahulu.Masih ada ruang untuk kerajaan berpatah balik dan membatalkan PSMBI ini. Dengan kehilangan peralatan ini, bagaimana program tersebut dapat dilaksana?,"katanya sewaktu menghubungi Harakahdaily baru-baru ini. ..selanjutnya.

Mahu Ahmad Ismail dipecat

Utusan | Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecat Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail daripada UMNO ekoran kenyataan terbarunya yang mendesak Gerakan keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Jui Meng menegaskan, Abdullah yang juga Presiden UMNO perlu bertindak tegas dalam hal berkenaan kerana kenyataan Ahmad yang angkuh bukan sahaja ditujukan kepada Gerakan dan Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Malah, kata beliau, ia melibatkan keseluruhan BN dan wajar dilihat seolah-olah mencabar Abdullah, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta kerajaan.

''Sekarang adalah masa untuk bertindak tegas. Perdana Menteri perlu mempamerkan kewibawaan sebagai pemimpin untuk semua rakyat negara ini dengan memecat Ahmad Ismail daripada UMNO.

''UMNO perlu membuat pilihan sama ada lebih baik kehilangan seorang pemimpin atau keseluruhan pakatan BN,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sep 9, 2008

Anggota rombongan BBC ke Taiwan letak jawatan dalam BN

siasah | Salah seorang anggota rombongan Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Barisan Nasional ke Taiwan, Huan Cheng Guan menghantar notis melalui SMS meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda BN Pulau Pinang jam 12.30 tengahari tadi.


Beliau mengambil tindakan itu selepas tidak bersetuju dengan tindakan para penyokong Datuk Ahmad Ismail yang mengoyak gambar pemangku Presiden Gerakan, Dr Koh Tsu Koon di Menara Umno Pulau Pinang semalam.

Ahmad dengan disokong oleh kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang turut mendesak Gerakan dipecat dari BN. (Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang adalah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).
... selanjutnya.

Penyakit KERBAU GILA di Pulau Pinang

AhmadIsmail-KTK02_KWYP080909.jpg

Malaysiatoday | ....“I think we are seeing a new strain or mutated form of Mad Cow Disease. This is not the same strain that hit this country a couple of years ago. This strain hits only Indians, in this case Indians who eat beef like those Indians of the Muslim faith.”

“It may no longer be accurate to call this disease Mad Cow Disease although it does come from cows and those inflicted with the disease do act like mad cows. Our university has renamed this disease Mamak Disease in light of the fact that Mamaks seem to be the only people who suffer from this problem.”

“We did some tests on Malays and Chinese, and although they eat the same beef as the Indians of the Muslim faith, they do not appear to be prone to the disease -- and neither are Indians who are Christians. We would love to also do some tests on Indians of the Hindu faith but the problem is we can’t get them to agree to consume beef even though it is for research purposes.”... selanjutnya.

Pertelingkahan Ahmad-Koh bukan baru

Harakah | Pertelingkahan antara Ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bukan perkara baru dalam arena politik negeri ini bahkan telah lama, cuma ia disembunyikan bimbang berlaku keretakan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Bila kenyataan Ahmad di ceramahnya sempena Pilihan raya Kecil Permatang Pauh ramai masyarakat terutamanya di bahagian Bukit Bendera tidak hairan beliau bertindak begitu kerana beliau memang celupar ketika melepaskan kata-kata.

Di bahagiannya sendiri ramai tidak suka terhadap sikapnya namun tidak berani melafazkan kata-kata sebab bimbang diperhatikan oleh geng-geng tertentu apatah lagi penduduk setempat lagi takut mengatakan bantahan terhadap projek yang nyata tidak membawa keuntungan kepada mereka.

Harakahdaily sendiri ketika mengadakan tinjauan ke perumahan mewah di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kebun Bunga sekitar tahun 1998 bersama Allahyarham Salim Hashim aktivis masyarakat yang dikenali ramai, asyik diperhatikan dari jauh oleh tiga orang pemuda yang bermotosikal. ... selanjutnya.

Video Lingam: BPR panggil Tengku Adnan beri keterangan

MStar | ..... Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk merekodkan kenyataannya berikutan hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap klip video V.K. Lingam, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam yang mewakili Tengku Adnan, Datuk Bastian Pius Vendargon, berkata, tindakan BPR itu adalah berkaitan kes jenayah dan dibuat beberapa hari selepas beliau memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan penghakiman terhadap hasil siasatan suruhanjaya itu.

"Tengku Adnan memberikan kenyataan kepada BPR hanya sekali sahaja. Ini sebenarnya prejudis kepada Tengku Adnan," katanya.

Pada ketika itu, Datuk V.K. Lingam yang mewakili dirinya sendiri, juga memberitahu mahkamah yang beliau dua kali dipanggil oleh BPR untuk merekodkan keterangannya selepas beliau memfailkan permohonan yang sama.... selanjutnya.

Johor's RM841.14 million debt to Federal Govt owed by SAJH and J Corp

NST | ...Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said 82 percent of the money or RM689 million were owed by Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJH) and Johor Corporation (JCorp).

If this amount is deducted, the money owed by the state government will amount to only RM150 million or about 18 percent of the said sum.

SAJH had to borrow from the central government to finance its rural areas water supply project.

“All this while, the debt of SAJH was the main factor as to why the money owing to the central government by the state government seemed that high,” he said at the Johor state assembly meeting here today.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive