harakah | Kerajaan Negeri Kedah akan membuat laporan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung Jenayah Pecah Amanah yang berlaku dalam pengurusan sesetengah Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) di zaman pemerintahan Barisan Nasional.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman sebentar tadi.
Ujarnya, Kerajaan Negeri setelah enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan menjumpai banyak penyelewengan serta salah guna kuasa dan wang yang dilakukan pentadbiran terdahulu.
Maklumnya, beliau akan meminta pihak pengurusan syarikat-syarikat berkenaan untuk membuat laporan tersebut seberapa segera yang mungkin.
Ditanya bentuk jenayah yang dilakukan, Menteri Besar sekadar memaklumkan bahawa GLC berkenaan tidak mengikut peraturan perbelanjaan dan pengurusan kewangan.
"Mungkin wang itu disalurkan ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya disalurkan sebagai contoh, atau dibayar kepada tempat yang tidak sepatut dibayar," ujarnya membayangkan maksud. ... selanjutnya.
Sep 10, 2008
Penyelewengan GLC: Kerajaan Kedah buat laporan polis, BPR
Labels: Rasuah BN
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Mahathir kembali ... Ezam mana nak pergi?
umnomore | Selang 9 hari Mahathir meninggalkan UMNO pada bulan May lepas, Ezam dengan muka tak malunya menyertai parti itu kembali. Katanya nak bersihkan UMNO. Kalau Mahathir sudah terlalu kotor dan mengotorkan, Ezam kononya mensuci dan menjernihkan dosa.
Soal kotak rahsia bukan soal penting? Orang tanya ... aku kata pada Anwar. Mudah ... Kah kah kah.
Dan sekarang isu peti dah tak timbul. Isu Permatang Pauh dah tenggelam .. .tapi masih ada niat nak masuk TV burukkan Pakatan Rakyat di dalam HUJAH, tv9. Cakap sorang-sorang ..memang dia hebat.
Tugas Ezam nampaknya selesai di Permatang Pauh. Kokoknya setakat ayam kampung yang rompong paruhnya. Orang tak takut dan rakyat tak hairan. Apa dia cakap ... masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Diberi wang untuk datang dengar ... ambil. Tapi kalau undi ...sorry.
Kononya masuk nya Ezam menjadi HERO memulihkan UMNO yang kian berkocak kocak. Perbalahan antara penyokong dan pemimpin berlaku dan Ezam bersama balacinya yang tidak seberapa ... datang dengan wajah tampan dan menggoda untuk memikat penyokong untuk bersatu. Tak menjadi. Wajah Ezam sikit tampan dari Saiful Bukhari ... gagal menggoda jejaka.
Loghatnya yang seakan idolanya pun terpaksa di ubah. Keutara sikit ... buat apa, sampai bila, reformasi, hidup Anwar ... dia dah tak sebut pun. Semuanya kerana mu UMNO.
Kini, Mahathir sudah kembali. Datang menyertai UMNO kerana rajuknya sudah berakhir. Mahathir pun satu jenis makhluk. Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri ... Mahathir masuk kembali.
Korang ingat kenyataan Mahathir dulu ...
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. - Bernama 20/MeiSoal maruah bukan perkara utama di dalam UMNO. Mungkin wajah mereka sudah bertampal kulit B***. Perjuangan UMNO hanya kerana ada udang di sebalik batu. Itu sebab orang orang hebat di dalam UMNO, cakap tak serupa bikin. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Hari ini bergaduh, esok berperang dan lusa pulak berpegang tangan.
Teringin benar nak lihat Ezam dan Mahathir bertentang mata. Mereka keluar, tiada ramai yang mengikut, mereka masuk tiada ramai yang bersama. Kononnya pemimpin, tapi ada penyakit gila talak ...
Kalau Ezam ada maruah ... Mahathir masuk, Ezam keluar. Kalau mata bertemu mata, semalam kata dosa ... hari ini cium tangan peluk bahu, cium pipi. Berdecit decitkah bunyinye? ...Muahahahahah.
Politik UMNO memang kelakar ... politik badut sarkas.
Penonton bayar tiket .. badut menari ikut rentak.
Labels: belit ezam, Belit Mahathir
cilok & ciplak by radenjowo 7 comments
Terkini : Anwar Ibrahim
Mahkamah selesai bersidang. DS Anwar akan membantah keputusan memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi ... Rujuk SINI untuk lapuran lanjut.
10.37 am
The prosecution on Wednesday applied to have Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case transferred to the Kuala Lumpur High Court.
Anwar's case was set to be mentioned at the Jalan Duta court on Wednesday.
---------------
10.16 am
Speaking to reporters, Anwar said: "I'm not sure what will happen in court today. I hope bail would not be withheld. There is no basis for the charge in the first place so why talk about the bail?"
His lawyer Sankara said: "If the DPP wants to deny Anwar bail, they'll have to apply and we will respond. The same goes for transferring the case to another court."
---------------
Anwar arrived at the court complex at 9.30am in a black Mazda MPV.
He was accompanied by his wife Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, daughter and lawyer Sankara Nair.
On alighting the car, Anwar was immediately surrounded by members of the press. He slowly moved to the lift inside the court house to get to the fourth floor where his case is being mentioned....Star
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Tight security around Sessions Court since 6:30am
NST | The authorities have blanketed the Jalan Duta Sessions Court in tight security as early as 6:30am today as Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case goes up for mention at 9am.
In the lobby, the lifts were blocked by the police. Counters have been set up as early as 7:30am to register visitors.
Anyone who wanted to enter the courtrooms on the fourth floor which houses the magistrate and sessions courts were required to register and given a pass - only one for each person.
NST was made to understand that the move was to control the flow of supporters outside the courtroom. ... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kilang proses tauhu dekat kandang babi
kosmo | Percaya atau tidak, anda mungkin pernah terbeli tauhu kering yang diproses dalam satu kawasan ladang menternak babi di kawasan Cheras yang sejak sekian lama berada di pasaran.
Memang mengejutkan, tetapi tidak siapa yang akan mengambil peduli lebih-lebih lagi jika terdapat logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pek bungkusan itu.
Difahamkan, tauhu kering itu telah berada di pasaran sejak empat tahun lalu dan telah mendapat sambutan ramai terutama daripada pengguna beragama Islam.
Menjijikkan. Itulah yang dapat dirumuskan ketika wartawan Kosmo! menyelinap masuk ke kilang membuat tauhu kering di sebuah premis di Cheras itu semalam.... selanjutnya.
Labels: Islam
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Strategi Tidak Smart
msomelayu | ....Kalau yang tidak beragama Islam tidak mengapa, tetapi yang beragama Islam pun ikut sama ke Taiwan apakah jadahnya? Biasanya umat Islam kalau dibulan Ramadhan nak melancung mereka ke Makkah bukan ke tempat lain. Kalau ke Taiwan itu sudah dipanggil melencung namanya! Si perempuan burung bayam dan burung kedidi pun ikut sama!
Siapakah yang punya idea tidak diketahui tetapi jelas orang itu tidak begitu smart dalam mengatur strategi ataupun membuat counter attack kepada rancangan Anwar Ibrahim. Semisalnya anar agar menumbangkan kerajaan pada 16 September ini Anwar sudah ada alasan kerana ahli Parlimen yang bercadang untuk lompat itu sudah diangkut ke luar negara. Cara BN itu memberi senjata kepada Anwar untuk mempertahankan kata-kata dan cita-citanya.
Kalau benar ada yang berhajat hendak lompat parti dan bersama Anwar tidak ada sesiapa yang boleh sekat. Lepas mereka balik dari Taipei mereka boleh bersama Anwar juga. Lagipun kebanyakan ahli Parlimen itu saraf fikirnya masih 'hidup' dan berfungsi. Tak tahulah kalau otak mereka sudah rosak.
Dalam masa sama pemimpin BN seorang demi seorang bangkit menafikan tidak ada lompat melompat. Kalau tak ada lompat melompat kenapa begitu bimbang dan saling mencurigai antara satu sama lain? MP-MP itu bukan budak-budak lagi, semuanya sudah panjang dan lebar lebar dan beruban pun. Semuanya boleh guna akal sendiri dan tahu pula menilai mana intan dan mana kaca, mana lebih baik Anwar dengan Abdullah dan Najib.... selanjutnya.
Labels: Lompat parti
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sukarnya Istiqamah Mempertahankan Kebenaran
maza | ...Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu tertentu dia gugur dan layu.
Ada yang lantang mempertahankan kebenaran bukan kerana kebenaran itu dituntut, tetapi kerana merasakan ‘pasaran’ tajuk tersebut laris untuk dilelong, maka dia pun sakan berkempen. Sehingga sekali pandang seakan dia pejuang kebenaran.
Malangnya, apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dalam menyindir atau menentang kebenaran.
Insan yang beristiqamah tidak sedemikian rupa. Dia akan mempertahankan kebenaran di kala orang ramai suka dan tidak suka. Di kala kebenaran diterima ramai, atau ditolak orang. Tanpa mengira, samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung, atau rugi. Samada dia disukai kerananya, atau dibenci. ... selanjutnya.
Labels: ramlang porigi
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Dr. Mohd Asri Kecewa Sikap Pengarah JAKIM
Maza | Semalam Akhbar Utusan melaporkan Dr. Mohd Asri menganggap perbuatan Raja Petra adalah biadap. Bahkan kenyataan asal Dr Asri menyebut sesiapa yang menghina Islam atau bersekongkol dengan orang menghina Islam –secara sedar dan faham apa yang dilakukannya- adalah terkeluar dari akidah Islam dan wajib bersyahadah semula.
Akhbar semalam juga melaporkan beliau berpendapat tindakan JAKIM membuat laporan Polis terhadap Raja Petra sebelum diwujudkan sessi dialog dan penegakkan hujah (iqamah al-hujjah) supaya dibetulkan (jika masih ada ruang) akidah pihak yang dianggap menghina Islam iaitu Raja Petra adalah kurang tepat.... selanjutnya.
Labels: Mufti Asri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Kalau tak 16 ... 20 - Anwar
MStar | ..."Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.
"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.
Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.
Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.
Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.
"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.... selanjutnya.
Sementara itu ..... Lembaga Disiplin PKR tangguh bincang isu Zulkifli 16 September
Labels: Anwar Ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
