KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 20, 2008

Sekretariat Anak Muda akan buat laporan polis terhadap Najib

harakah | ...Menurut jurucakap sekretariat, Badrul Hisham Shaharin, laporan itu akan dibuat pada jam 1.00 petang esok (21 Oktober) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau menyeru anak muda dan golongan aktivis untuk sama-sama menyertai Sekretariat Anak Muda Malaysia membuat laporan terhadap Najib itu esok.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang ingin mengiringi aktivis sekretariat untuk membuat laporan itu di IPD Dang Wangi esok diharap berkumpul di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Najib yang juga Timbalan Presiden Umno.

Katanya, sekali pun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Dato' Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC. ... selanjutnya.

Hasutan di dalam kursus Biro Tatanegara

tranungkite | Baru-baru ini, ana dipaksa pergi ke Biro Tatanegara anjuran KPT memandangkan ana salah seorang pelajar Malaysia yang ditaja oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Ana tak kisah sangat dengan program-program sebegini dan menganggap ianya hanya sebahagian dari kursus yang wajib diambil. Alangkah terkejutnya ana dan sahabat-sahabat ana apabila dikejutkan pada pukul 5 pagi oleh pegawai Biro Tatanegara yang ingin menunjukkan bukti sahih Anwar, Ustaz Hadi dan Tok Guru ialah ejen Zionis!

Mulanya, ana terkejut juga dibangunkan pada seawal 5 pagi. Ana ingat ada qiamullail jadi ana tak kisah sangat. Tambahan lagi, mereka dari bangsa bukan Melayu tidak perlu turut serta.

Rupa-rupanya, pegawai BTN nak 'brainwash' kami semua. Agar jadi pro-UMNO semuanya. Pegawai kata nak tunjuk bukti-bukti Anwar, Tok Guru dan Ustaz Hadi ejen Zionis. Berdetik juga rasa hati.

Apakah ada gambar-gambar panas mereka dengan tokoh-tokoh Yahudi Israel atau ada apa-apa perjanjian bertulis yang akan ditunjukkan sebagai bukti? Hatiku berdegup kencang...

Alangkah muaknya rasa di hati apabila pegawai BTN menunjukkan gambar lama Anwar bersalam dengan tokoh korporat berbangsa yahudi sewaktu masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Tun Mahathir pun ada bersalam dengan Bush tapi tiada siapa pun tuduh Tun ejen Amerika.... selanjutnya.

Soi lek says KANGKUNG can be healthy?



Pada tahun lepas, sebuah lori yang membawa kacukan babi hutan dan babi bandar telah terbalik di jalan berdekatan dengan kampungku. Sangkar terbuka dan babi bertempiaran lari masuk ke kebun kebun di kampung.

Maka bermula la kemasukan secara HARAM babi babi di kampung aku.

Sejak itu lah orang kampung kerap terlihat babi babi hutan sekeluarga mencari makan dan bersiar siar di laman rumah di waktu petang. Kalau di waktu tengahari, ada penduduk kampung yang terserempak dengan babi yang senang berehat dan bergelempang, suami isteri serta anak anak sedang tidur.

Melucukan apabila, babi babi ini yang 'educated ' ni, tidak bimbang bila berdepan dengan penduduk kampung. Badannya .. mak... ai besar besar dan berbulu lebat. Cuma yang boleh di cam adalah bentuk idungnya yang akan pesek dan ekornya berpintal dan tak boleh di buat sup ekor langsung. Bila di halau dari laman rumah, babi tidak lari tapi cuma menjeling manja merenung ke arah kita.

Sebelum itu, penduduk kampung rajin gak tanam sayur kat tepi tepi longkang dan parit. Kalau setakat kangkung, memang gemuk gemuk. Kalau di buat pecal dan masakan lain, segenggam kangkung dah boleh sekali hidang. Siap sendawa selepas makan .... Alhamdulillah.

Sejak kebelakangan ini, seorang penduduk kampung dah melihat di depan mata bagaimana babi babi ini berpeleseran dan menggeselkan badannya pada kangkung kangkung yang di tanam di pinggir kolam dan parit. Bermula dari itu, orang kampung dah tak makan kangkung lagi. Aku pun bila dengar cerita tu pada hari raya pada tahun ini, aku dah tak gemar nak makan lagi. Takut termakan sekali hingus babi tu. Kalau ada orang kampung yang hidang kangkung, kita akan berpandangan sesama sendiri, sambil 'tanda soal' pun muncul di atas kepala.

Tapi SOI LEK bercerita tentang khasiat memakan kangkung ... kepala aku dah mula berputar ... ok ke? Beritanya DI SINI.

Dr Chua, a doctor by training, also got the central delegates in stitches when he told them that kangkung (weng chai in Mandarin) was a healthy food provided you did not cook it with too much belacan.

Dr Chua (chua is pronounced as cai or vegetable in Mandarin) and Ong (whose surname is pronounced as weng in Mandarin) saw their supporters using the vegetable tag to project them as the future president and deputy president at the height of the party’s election campaign.
Tapi pada sesiapa yang sudah menonton CD Lucah Soi Lek ... mungkin ingin mencuba. Aku pun nak cuba. Kalau dulu bila Khir Toyo kata muka jadi licin setelah makan tempe, pun aku dah cuba. Tapi jawa tu memang penipu. Sampai sekarang muka aku tak licin licin.

UMNO BUKAN PEMBULI ??

merahhitam | Soalan-soalan ini anda boleh jawab sendiri.

1. Siapakah yang memerintah Malaysia dari tahun 1960 hingga 2008?
2. Cg Goh ditahan dari 1974 hingga 1982, siapa yang jadi PM ketika itu?Beliau dari parti apa?
3. Mat Sah ditahan pada tahun 2002 hingga sekarang. Siapakah PM ketika itu?Siapakah Menteri Dalam Negeri yang berkuasa? Mereka dari parti apa?
4. Yb Manoharan ditahan pada Disember 2007.Siapakah PM dan Menteri Dalam Negeri ketika itu?
Pak lah kata UMNO bukan pembuli - ref Malaysiakini.

Empat soalan saja telah cukup membuktikan bahawa UMNO adalah pembuli semua bangsa di Malaysia.Mungkin perkataan pembuli kurang sesuai, kita boleh tukar "UMNO adalah pembunuh amalan demokrasi dan hak asasi rakyat", itu lebih tepat rasanya.... selanjutnya.

MBKT Promosi Seks Bebas?

http://buletinonline.net/images/berita12/amalanseksbebas.jpgbuletinonline | ...Statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah mengikut negeri bagi tahun 1999 hingga 2003 mencatatkan bilangan besar 70,430 orang dengan Selangor seramai 12,836 orang, diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu 574 orang.

Walaupun bilangan bagi tempoh tersebut adalah kecil untuk negeri Terengganu, namun ia adalah agak membimbangkan kerana seramai berdasarkan jumlah tersebut seramai 115 orang anak luar nikah yang dilahirkan setiap tahun.

Secara perinciannya dalam tempoh tersebut, seramai sekurang-kurangnya 10 pasangan telah melakukan zina/ rogol/ hubungan luar nikah pada setiap bulan.

Kes rogol pula semakin meningkat. Seramai 84 orang yang terlibat dengan jenayah rogol pada 2005, meningkat 47.6% kepada 124 orang pada 2006.... selanjutnya.

no2umno - gambar anak sapa tu. Kalau guna tanpa izin ... boleh saman.

Najis najis UMNO yang perlu di cuci



Clear notice: A yellow signboard informing the public that Raja Musa is a forest reserve, but this seems to have been ignored.


Well organised: The smallholders have even put up bunds like this to prevent floods from inundating their settlement.



Access road: This wide gravel road at Raja Musa in Kuala Selangor provides access to the houses and is separated by a drainage system that the smallholders built.


Bare necessities: The smallholders have built their own drainage and irrigation system, bridges and even an access road.

berita penuh nya di STAR
no2umno - Kecoh minggu lepas bila penduduk di sana menghubungi EXCO pertanian Selangor, Yaakob Sapari tentang kononnya beliau berjanji memberikan geran tanah TOL pada penduduk di situ.

Apa yang korang kena pikirkan adalah .... sebelum kawasan tersebut menjadi terang ... apa yang telah di potong dan di angkut keluar. Balak?

Selepas kawasan menjadi lapang, maka orang ramai masuk ke situ untuk bercucuk tanam dan berdiri lah rumah rumah rumah penempatan. Kejadian berlaku sejak berpuluh tahun yang dulu. Sekarang Kerajaan pakatan rakyat kena cuci NAJIS yang di tinggalkan oleh BARISAN NAJIS.

Korang cari lah kalau kalau ada tanah kosong di Selangor ... Semua dah rentung, semua dah di bahagi bahagikan. Jangan harap nak dapat tanah percuma lagi. Semua BN dah balun... .tak caya tanya Khir Toyo.

Najib usul PAC siasat pembelian Eurocopter?

Menurut bakal PM kita, dia dah usulkan PAC untuk siasat kes pembelian Eurocopter ...

Ingat tu .... dia yang USUL kan.

aku ambil keratan berita bodoh ni,

“Pada mesyuarat Kabinet Jumaat lalu, saya mengusulkan isu pembelian Eurocopter dikemukakan untuk dihalusi secara mendalam oleh PAC,” katanya selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Pekan semalam.
Caya .. jangan tak caya. Kalau korang tak caya jugak, aku suruh dia angkat sumpah laknat. Mau ngak?

Betul ke?

utusmeloya | ...Krisis produk yang mengandungi melamin menggemparkan China awal bulan lalu dan seramai empat orang kanak-kanak terkorban, manakala lebih 53,000 lagi dikesan menghidap beberapa penyakit.

Ditanya kenyataan Badan Pemerhati Keselamatan Makanan Hong Kong semalam bahawa biskut jenama Munchy's keluaran Malaysia mempunyai tahap melamin melebihi daripada kadar yang dibenarkan iaitu 2.5 mg/kg atau 2.5 ppm, beliau berkata, kementeriannya belum lagi menerima sebarang maklumat.

''Memang semua biskut dalam Malaysia kita periksa dan buat analisis. Kita belum lagi mendapat maklumat terbaru (berhubung kes berkenaan)," ujarnya.... selanjutnya.

no2umno - ah Lu pikir la sendiri ... assalamualaikum.

Semua perlu akur keputusan tidak kaji ISA?

utusmeloya | ...Semua pihak diminta akur dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana keperluannya masih ada dan ia boleh dipakai pada waktu sekarang.

Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam menjelaskan, keputusan kerajaan itu sangat tepat meskipun ada pihak yang mahu mengganggu keamanan negara dengan mempertikaikan ISA.

Beliau berkata, penggunaan ISA akan sentiasa relevan terhadap pergerakan mana-mana individu atau kumpulan yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.

''Ia penting dan perlu digunakan pada saat akhir apabila kerajaan merasakan ada pihak yang boleh mencetuskan huru-hara kepada negara.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive