Umno BN tipu rakyat, 'pengundi hantu' tunjuk perasaan tunggu wang upah
Wan Nordin dan Lan Jusoh
harakahdaily
KOTA BHARU, 8 Mac (Hrkh) - Penipuan demi penipuan yang dilakukan Umno/BN dilaporkan di sana sini di Kelantan hinggakan ianya tidak boleh disembunyikan lagi.
Di seri Cemerlang, sejak jam 9.00 pagi tadi Ketua Biro Harakah Kelantan melaporkan ribuan pengundi luar sedang berkumpul untuk menuntut wang yang dijanjikan kepada mereka untuk mengundi di Kelantan.
Mereka telah mengadakan tunjuk perasaan berikutan wang yang dijanjikan tidak sampai lagi.
Difahamkan mereka ini akan mengundi di beberapa lokasi hangat seperti Kota Bharu, Tanah Merah, Jeli, Tumpat, Machang dan Rantau Panjang.
Sementara itu di beberapa pusat mengundi lain, petugas-petugas PAS termasuk di Kadok, Pengkalan Kubor, Meranti, Demit, Kemuning dan sedang mengawasi pergerakan pengundi luar yang dikatakan sedang menuju ke Dun-dun tersebut.
Mereka mendapat maklumat hampir setiap Dun yang dinyatakan akan dihantar sejumlah 200 hingga 300 orang pengundi luar termasuk pegundi dari Indonesia dan Thailand.
"Kita akan menghalang pergerakan mereka ini, walaupun setakat ini mereka dibantu oleh pihak berkuasa untuk bergerak," kata seorang petugas PAS, Zubir Che Wil yang melaporkan kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Sementara itu suasana di Kota Bharu, Ketereh terutamanya di Dun Kok Lanas semakin panas, pentugas BN dan PAS serta KeADILan saling berebut untuk mendapatkan pengundi bagi meraih undi.
Kelihatan beberapa orang petugas Puteri Umno menggunakan pedekatan 'manja' dan 'gedik' untuk menarik sokongan pengundi terutamanya kalangan pengundi lelaki muda.
Sejak pusat mengundi dibuka pagi tadi hingga kini, ramai di kalangan pengundi saluran satu (warga emas) membuang undi, sementara sekitar jam 12 hingga 2 petang tadi, kalangan pengundi saluran dua dan tiga mula membanjiri pusat-pusat pembuangan undi.
Mar 8, 2008
TUNJUK PERASAAN TAGIH WANG UPAH DARI BN
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Suasana Pengundian Penuh Seribu Satu Kemungkinan
kuda-kepang
Di bawah ini adalah beberapa berita ringkas yang saya petik daripada Bernama dan juga berasaskan SMS serta panggilan telefon dari sahabat-sahabat saya yang berada di beberapa kawasan mengundi di seluruh negara.
Menurut Bernama, setakat jam 1.00 tengahari, dan Datin Seri Jeanne Abdullah telah mengundi di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pula mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang.
KEPALA BATAS: Pada jam 12.00 tenghari ada buletin ringkas radio menyiarkan kenyataan pengarah pilihan raya Kepala Batas merayu pengundi keluar mengundi. Katanya, setakat tempoh itu baru 27 peratus pengundi keluar mengundi di Kepala Batas. Kenapa begitu keadaannya?
JERLUN: Seorang petugas Datuk Mokhriz Mahathir menelefon saya bahawa keadaan di Jerlun agak muram. Tetapi, Mokhriz mempunyai harapan menang. Katanya, malam tadi terdapat beberapa kumpulan individu yang datang dengan kereta bernombor plet Kuala Lumpur, menabur duit supaya pengundi tidak memilih Mukhriz.
PERMATANG PAUH: Seorang sahabat yang meninjau Parlimen Permatang Pauh mengirimkan SMS. Katanya, jentera BN seolah-olah ditenggelami jentera PKR yang kelihatan di mana-mana.
KULIM BANDAR BAHARU: SMS dari Kulim Bandar Baharu pula menyatakan keadaan di sana kelihatan memihak kepada PKR
WANGSA MAJU: SMS dari Wangsa Maju menyatakan bahawa keadaan di sana setakat jam 1.00 juga menunjukkan memihak kepada PKR.
REMBAU: Bernama menyiarkan berita bahawa Khairy Jamaluddin mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Kampung Gadong, Kota. Satu SMS dari Rembau pula menyatakan bahawa sumber-sumber yang tidak rasmi menegaskan sejak malam tadi keadaan dikatakan 65 peratus memihak kepada PKR.
PARIT SULONG: Proses pengundian di sini lancar. Bagaimanapun, sesetengah kalangan khuatir segolongan warga BN memainkan strategi 1:0 iaitu mereka undi BN untuk kerusi Parlimen dan undi pembangkang untuk kerusi DUN.
MARANG: Satu SMS dari DUN Rusila, Terengganu, menyatakan bahawa keadaan di sana agak tegang. Anak Datuk Seri Hadi Awang diberitakan telah ditahan polis. Pihak FRU dikatakan telah melepaskan 50 bedilan gas pemedih mata akibat kekecohan. Ini menyebabkan sesetengah rakyat takut untuk keluar mengundi.
Blog ini akan cuba mengemaskini berita-berita di atas dari semasa ke semasa. – Ruhanie Ahmad
Labels: TErkini
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
SPR UBAH LOKASI MAKCIK MAIMUN
Maimun tidak boleh mengundi...
malaysiakini
Calon bebas bagi kerusi parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, tidak dibenarkan mengundi di SK Gong Kapas.
Maimun tidak dibenarkan mengundi walaupun sebelum ini beliau diberi nombor bilik undi selepas pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengesahkan nombor kad pengenalannya di kaunter pendaftaran.
Beliau yang juga dikenali sebagai Tok Mun menuntut penjelasan kerana beliau mengundi di tempat yang sama sewaktu pilihanraya umum 2004, demikian Star Online.
Selepas membuat penyemakan, pegawai SPR di situ memaklumkan bahawa nama Maimun disenaraikan mengundi di tempat lain - SK Sultan Sulaiman 1.
Labels: Belit SPR
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rusuhan Rusila: Rancangan Jahat UMNO/BN
.tranungkite
" Akhirnya rancangan jahat AMENO BeEnd terbongkar apabila menjadikan kes sejarah penangkapan anak TGNA sebagai tahanan ISA suatu masa dulu mungkin berulang di Rusila Marang...
Apabila Anak Tuan Guru Haji Hadi (gambar) turut ditahan di sini di atas kapisiti menghasut perhimpunan sehingga mencetuskan huru-hara.
Sebahagian besar ditemui selepas rusuhan, mendapati terdapat 'spy' dan para [provokasi] terdiri daripada samseng AMENO Marang dan pihak SB politik yang memainkan api kemarahan penyokong PAS.
Dan mereka sengaja mengemudi dua buah bas ke kawasan Rusila sebagai jalan terakhir untuk pihak pembangkang mezahirkan rasa kemarahan mereka.
Seminggu sebelum hari pengundian, media massa, pihak polis dan pemimpin Be End seluruh negaralah yang sebenarnya yang menyemarakkan api rusuhan apabila secara terang mengeluarkan kenyataan melindungi pengundi HANTU.
Mereka secara terbuka memberi amaran akan mengambil tindakan sekiranya ada pihak menyekat pergerakan bas dan kereta secara konvoi memasuki Terengganu dan Kelantan.
Gerakan licik mereka dengan membuakkan api kemarahan rakyat menunjukkan mereka mrupakan REJIM terjahat di dunia melepasi kejahatan REJIM Yahudi Israel.
Berita akan di kemaskini lagi.....
"
Labels: Terengganu, TErkini
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Keadaan makin serius di Tanah Merah
Abdul Halim Mohd Rashid
harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Pengkhianatan terhadap proses pilihan raya yang adil dan bersih makin serius di Tanah Merah, Kelantan.
Sebahagian pengundi hantu telahpun menyerahkan kad-kad pengenalan mereka kepada para petugas Barisan Nasional (BN).
Memburukkan lagi keadaan, dalam tindakan yang dianggap oleh para petugas sebagai bersekongkol dengan pembunuhan demokrasi, pihak polis pula mengawal pengundi-pengundi hantu itu untuk dibawa ke pusat-pusat pengundian.
Para petugas PAS di sana sedang bertungkus-lumus menghadapi keadaan itu.
Ketika dihubungi salah seorang dari mereka mempersoalkan penglibatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam perkara itu.
Sebelum ini, di Jeli, seorang anggota polis memberitahu para petugas PAS bahawa Ketua Polis Negara telah mengarahkan supaya kotak-kotak undi pos dalam kawalannya dibawa dan diletakkan di balai polis.
Bagaimanapun, anggota polis berkenaan meminta supaya jangan didedahkan apa yang beliau nyatakan itu, kata salah seorang dari kira-kira 50 petugas PAS yang terlibat dengan kejadian itu.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Keadaan di Rusila tegang, FRU mengganas, seorang ditembak!
Harakahdaily
harakahdail
Terkini! | KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) - Harakahdaily sepanjang hari ini akan cuba membawa sedekat mungkin laporan di kalangan wartawan kami yang sedang bertugas di beberapa lokasi seluruh negara. Berikut adalah beberapa laporan yang dapat dirakamkan.
1. Terengganu
Wartawan INTAN ABDULLAH melaporkan, keadaan di Rusila, Terengganu dikatakan tegang akibat kekecohan yang berlaku antara penyokong PAS dengan pihak keselamatan kerana menahan dua buah bas yang dikatakan membawa pengundi hantu.
Dalam kejadian tersebut, pihak polis dan FRU telah melepaskan hampir 50 das gas pemedih mata dan antara yang turut terkena adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan anak beliau, Mohd Khalid.
"Anak Presiden PAS, Mohd Khalid dan sepupunya serta sembilan yang lain telah ditangkap polis dan pihak FRU telah melepaskan hampir 50 das gas pemedih mata kepada para penyokong dan pengundi yang berada di sekitar kawasan pengundian.
"Seorang pemuda berusia sekitar 30 tahun pengsan akibat tindakan FRU itu,"jelas Intan.
Sebelum ini lebih 5,000 penyokong PAS mula berkumpul di sekitar pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Rusila untuk menunaikan undi.
Namun, sekitar jam 10 pagi berlaku kekecohan apabila dua buah bas dilihat cuba masuk untuk membawa pengundi.
Dalam kekeceohan tersebut, keadaan menjadi gawat, apabila FRU pula mula mengejar dan memasuki kawasan kampung di sekitar kawasan berkenaan untuk cuba menangkap penyokong yang berhimpun sebelum ini.
Seorang penduduk yang ditemui memberitahu, "kami berasa takut dan tidak selamat. Beginikah laungan moto manifesto BN bahawa, 'Selamat, Aman dan Makmur'. Ramai penduduk terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah kerana bimbang tindakan ganas pihak berkuasa."
12.30pm - Seorang penyokong PAS, Razak Seman dilaporkan telah ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis.Keadaannya dilaporkan parah.
2. Lembah Klang
Wartawan, ANIS NAZRI yang melaporkan dari pusat pengundian Dewan Serbaguna, AU2, Taman Keramat memberitahu bahawa berlaku kekecohan di kawasan tersebut apabila beberapa pengundi tidak dapat mengundi kerana nama mereka tidak berada dalam senarai daftar yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saluran 2 terutama pengundi yang lahir pada tahun 1944 ke bawah seperti 1043,1942 dan 1941 menghadapi masalah dan kekalutan kerana nama mereka hilang daripada senarai SPR.
"Padahal, semasa mereka menyemak di luar kawasan pengundian (pondok-pondok panas BA) nama mereka ada, tetapi bila masuk ke kawasan dalam untuk semak dengan SPR nama mereka tiada dalam senarai, ini secara tidak langsung menyebabkan saluran 2 menghadapi masalah dan berlaku kekecohan,"jelas Anis.
Dalam pada itu, wartawan ROY RASUL melaporkan, situasi sama juga berlaku di situ apabila beberapa pengundi kaum Cina mengadu tidak dapat mengundi di sebabkan nama mereka tidak ada dalam senarai pengundi SPR.
Selain itu, kedudukan 'barung' atau 'pondok panas' BA yang tersepit dengan barung BN dikiri dan kanan juga dikatakan menimbulkan suasana yang tidak puas hati.
Ini disebabkan dengan keadaan barung BA yang tersepit, suasana menjadi tidak tenteram dan bingit serta mengganggu kakitangan serta petugas BA untuk menjalankan tugas.
Manakala wartawan NYZA AYOB yang melaporkan suasana di pusat mengundi Dun Cempaka melaporkan bahawa petugas BA telah mengesan tindakan seorang petugas SPR yang cuba untuk mengundi untuk kali kedua.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah pusat pengundian di Sekolah Gama di lorong Bahagia, Kampung Pandan dan pihak BA telah pun membuat laporan polis.
3. Perlis
Sementara itu, RASHIDI HASSAN melaporkan calon PAS bagi Parlimen Arau, Dato' Dr Haron Din membuat bantahan dan aduan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya kerana wujud kes pengundi tidak dapat mengundi kerana namanya sudah digunakan untuk mengundi.
Ustaz Haron turut membuat laporan polis di balai berdekatan sebentar tadi.
Menurut Ustaz Haron, Harison Mat Saman pengundi di Dewan Undangan Negeri Guar Sanji dan Mansor Jusoh untuk Dun Pauh mendapati nama mereka sudah digunakan.
Kedua-duanya dalam Parlimen Arau di mana Timbalan Mursyidul Am PAS itu ditentang oleh Dato' Ismail Kassim, adik Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kassim.
"Inilah yang saya katakan sebagai pengundi hantu, jelas Barisan Nasional memberikan kad pengenalan palsu kepada penyokongnya untuk mengundi.
"Pada saya taktik ini amat kotor dan jelas bertentangan dengan lunas demokrasi," tegas Ustaz Haron. - mks.
Labels: TErkini
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
JATUHKAN BN UNTUK BERITA YANG BEBAS
Kalau selama ini kita dikongkong dengan berita yang berat sebelah, maka ini lah masa nya untuk kita buat perubahan. JATUHKAN BN !!! Malaysia akan menjadi bebas dan wartawan tidak dikongkong dengan EDITOR yang condong kepada BN.
UBAH SEBELUM PARAH !!!
Labels: Belit media
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RAKYAT SUDAH TOLAK DOLAH !!!
ABDULLAH Ahmad Badawi berpayung semasa hujan renyai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Aur, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.
Tiada seorang pun cuba berebut untuk bersalam dengan beliau. Adakah orang Pulau Pinang pun sudah tolak DOLLAH tersungkur ?
Labels: Dollah dengkur
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Malaysia votes, PM's leadership at stake
Reuters
Published: Friday, March 07, 2008
KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia votes in a general election on Saturday, with the ruling coalition considered certain to retain power but the prime minister's leadership hanging in the balance.
The multi-racial Barisan Nasional coalition has effectively ruled since independence from Britain in 1957, thanks in part to a weak and ideologically divided opposition, but it is bracing for a potential protest vote at these general elections.
Big crowds have flocked to opposition rallies during the campaign, especially ethnic Chinese and Indian voters unhappy with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's coalition, which is dominated by politicians from the ethnic Malay majority.
Ethnic Chinese and Indians make up around a third of the population of this Southeast Asian nation and many complain of discrimination by the government in favour of Malays, in terms of education, jobs, financial assistance and religious policy.
Abdullah called for a strong turnout among the country's 10.9 million eligible voters.
"This is about the future of our country," he said in a final television interview before the vote. "I can't force the people and please make your choice."
Barisan holds 90 percent of seats in the outgoing federal parliament and political experts say Abdullah's continued leadership could be in jeopardy if his majority fell back below 80 percent, or around 178 seats in the new 222-seat parliament.
The polls open at 8.00 a.m. local time (0000 GMT) and the final make-up of the parliament is not likely to be clear until near midnight (1600 GMT) on Saturday.
(Reporting by Mark Bendeich; Editing by Bill Tarrant)
Labels: Dollah bedol
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
