KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 16, 2008

Projek Angkasawan .... Terbang la lagi.

Hentikan sementara misi angkasawan kedua - Sheikh Muszaphar

"Keadaan ini berbeza semasa saya menyertai kumpulan angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada Oktober tahun lalu kerana kerajaan tidak perlu mengeluarkan satu sen pun sebagai timbal balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi 30MKM dari Rusia.

"Tetapi jika kerajaan ingin meneruskan misi itu, sebanyak RM100 juta diperlukan bagi membiayai kos penghantaran angkasawan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sepagi Bersama Angkasawan Negara di Dewan Kuliah Utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini hari ini.

dan katanya lagi......

"Saya lihat sekarang, masih ramai kanak-kanak tidak tahu nama planet-planet yang ada. Bagi saya, Pusat Sains Negara perlu memainkan peranan yang lebih lagi dalam mengadakan program-program sedemikian," katanya. (rujuk: Utusanloya)
No2umnO - Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha (panjangnye ... nama) sendiri perasan projek ni membazir. Cuma dia tak tahu nak bezakan FREE dan KENA BAYAR. Komisyen beli kapalterbang tu dah masuk package harga kapal terbang. Macam beli rumah dapat TV. TV tu dah masuk dalam harga rumah doktor !!!

Dalam soal ilmu pulak, Dia tahu perlu atau tidak kerana beliau sendiri pernah pergi. Tempoh singkat, ilmu yang terbatas, setakat sorang pergi saje dah cukup. Kalau panggil orang Russia dan Bangladesh angkasawan terdahulu bercerita pengalaman pada rakyat Malaysia pun boleh. Tapi Kerajaan Canggih Malaysia nak hantar orang sendiri. Makhluk sendiri.

Kalau setakat pegi sekejap.....Orang Eropah dan Russia dulu tak hantar manusia tapi diorang hantar monyet aje. Tapi mentaliti rakyat Malaysia berbeza kot...tu sebab kita TIDAK hantar monyet, tapi kita hantar rakyat.

UTUSAN UBAH ANGIN?

Babi: Usah ikut perasaan
Oleh AU YEONG HOW

Utusanloya - Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad menyifatkan isu projek ternakan babi secara moden bernilai RM100 juta itu di Sepang telah dipolitikkan.

Menurut beliau, bantahan terus dibuat walaupun projek tersebut masih dalam peringkat kajian dan belum diuji sepenuhnya di negara ini.

Dan katanye lagi
Sambil menegaskan pandangannya itu tidak bermakna dia menyetujui projek itu, Abdul Latiff berkata, pengendali projek tersebut perlu diberi peluang membuktikan teknologi ternakan babi di Jerman juga dapat digunakan di negara ini.

''Saya tak kata saya setuju. Buktikan sistem itu turut boleh digunakan di sini. Maknanya, ia adalah mesra alam dan tidak mendatangkan penyakit,'' ujarnya. more...

Dan satu lagi berita hari ini, lembut isinya, tapi tajuknya kurang ajar.

UMNO tentang, Pas sokong
''Saya juga gembira kerana orang Pas menyokong supaya ladang-ladang babi di Selangor yang menyebabkan pencemaran dipindahkan ke pusat setempat yang moden," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada puluhan ribu penyokong Pas yang membanjiri Stadium Perak di sini malam tadi. - Utusanlauya

No2umnO - berita yang sedikit cintan dan bollywood melodinya.......tak menghentam. dan baru hari ini disiarkan.. Ada yang sudah perasan batu terkena kepala kawan apabila...... kenyataan Dr. Lee MCA dan juga pendedahan Gambar babi tunjuk signal 'good' kat kandangnya. Lepas ni kalau UMNO celupat lagi .... dedahkan syarikat dan pengarahnya... Pada UMNO yang dah tahu tu....berhimpun lah lagi di depan SUK. Polis gerenti bagi PERMIT punye. Jangan lupa bawak sekali poster babi 3 ekor.

Dr. Karim nak saman Oriental - katanye

dr karim mansor german pig farm visit 150408Utusanloya - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menafikan beliau terlibat dengan syarikat yang bertanggungjawab mengemukakan cadangan ladang penternakan babi di Kuala Langat.

Menurutnya, beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar Oriental Daily jika terdapat unsur fitnah terhadapnya berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun ketika ini, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara akhbar berkenaan kerana mengerjakan umrah.

Dalam wawancara menerusi telefon dari Mekah, Dr. Karim berkata, semasa Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan negeri, semua urusan berhubung cadangan itu diketuai bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tang See Hang.

Menurutnya, beliau tidak tahu syarikat tempatan mana yang terbabit secara usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi.

''Ini kerana kertas cadangan projek ini dikemukakan sendiri oleh syarikat terbabit kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh See Hang.

"Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun mesyuarat Exco. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan," katanya. more...

NO2umnO - Nak saman Orientaldaily? Akhbar itu siarkan kenyataan calun MCA Bukit Bintang yakni, Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng aje. Kenapa tak saman Dr. Ayam tu? Peninnnnn ..... dah peninnnnn.

BERAS NAIK HARGA, APE CERITA MENTERI


Utusanloya - Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.

Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80. More...

No2umnO - Kalau selama ini sibuk mengkritik ....

Apr 15, 2008

Karim Mansor made a U-turn

Ktemoc - (...) The Selangor state government today released photographs to prove that its Barisan Nasional predecessor had looked into the possibility of setting up a centralised pig farming project in Kuala Langat.

dr karim mansor german pig farm visit 150408State exco member Yaakob Sapari released the photograph which depicts Selangor Umno leader and Tanjung Sepat state assemblyperson Dr Karim Mansor posing next to a pig-pen with a thumbs-up sign while in Germany.

(image: Dr Karim at German's pig farm)

Yaakob said that he hoped the photograph would put to rest claims by Umno members that they had been against the project.

“We hope that he would stop politicising the matter from now on,” said Yaakob, after chairing a briefing on the project of Pakatan Rakyat elected representatives in Kuala Lumpur and Selangor.

Karim and former menteri besar Dr Mohd Khir Toyo were among the staunchest critics of the project which the present state government had claimed was approved by its predecessor. more...

Sebelum ini .... dia buat buat tak tau

Dr. Karim Mansor Nafi Terbabit Dengan Sebarang Syarikat Babi
selangordaily.
(...)
"Saya tidak tahu syarikat mana yang terbabit dengan usahasama dengan syarikat dari Jerman yang diberi tanggungjawab untuk mencari jalan mengadakan pemodenan ladang babi ini. Semasa BN dulu, ini semua di bawah EXCO Datuk Tang See Hang. Saya tidak boleh masuk dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) mahu pun Mesyuarat EXCO. Jadi saya tidak faham bagaimana nama saya dikaitkan."

Menurut Dr. Karim, beliau belum membaca keseluruhan terjemahan wawancara Oriental Daily kerana berada di Mekah pada masa ini. Bagaimanapun beliau akan mempertimbangkan tindakan undang-undang jika benar terdapat unsur fitnah ke atas dirinya.

Bercakap kepada mykmu.net sebentar tadi, beliau turut mengandaikan pembabitan syarikat bumiputera dengan pelabur Jerman dalam hal ini mungkin kerana dasar kerajaan yang mensyaratkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam syarikat usahama luar.

"Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Tapi saya fikir ia berhubung kait dengan syarat pelaburan asing. Dan saya percaya juga jika ada syarikat bumiputera ia pastinya di kalangan bumiputera bukan Islam." (more...)

Walaupun sebelum ini sudah ada saksi

Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?

Marhaen
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!

Kerajaan Pahang hina mahkamah

adnan yaakob adnan yaakubMalaysiakini - Kerajaan Pahang dan jabatan perhutanan negeri didakwa gagal membayar pampasan lebih RM37 juta kepada sebuah syarikat walaupun ia telah diarahkan oleh mahkamah tinggi Kuantan.

Laporan itu dibuat seorang kontraktor Mohd Roshdy Abdul Wahab di balai polis Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada hari Ahad.

Dalam laporannya, beliau menyatakan kerajaan Pahang dan jabatan perhutanan negeri diarah membayar ganti rugi RM37,127,471.60 bersama faedah 8 peratus setahun kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd mulai 2000.

Arahan itu dikeluarkan mahkamah pada 6 November tahun lalu dan ia memberikan tempoh selama tiga bulan - mulai 7 Januari hingga 6 April lalu - untuk membuat pembayaran itu akibat tidak memperbaharui lesen pembalakan kepada syarikat tersebut lapan tahun lepas.

Mohd Roshdy, dalam laporannya itu berkata, beliau meminta polis menyiasat kes tersebut tanpa memberi sebarang keistimewaan atau perlindungan walau yang dilaporkan itu melibatkan kerajaan negeri.

Bercakap dalam sidang media di luar perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, pengarah syarikat itu Syed Ali Baharuddin Syed Osman berkata, beliau kecewa dengan tindakan Pahang yang masih belum membayar wang tersebut.

"Saya mahu pihak polis menjalankan siasatan ke atas kes ini, ia secara jelas menunjukkan kerajaan negeri Pahang menghina mahkamah. more...

Najib pembawa zaman gelap

ImageDARI JELEBU
Malaysiatoday - Untuk memahami siapa Najib Razak, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Mahathir Mohamad memilih menteri-menteri kabinet dan para rottweiler yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir. Contohnya Rahim Thamby Chik dengan kes pecah pendaraan cinta berahi anak gadis di bawah umur adalah orang kepercayaan Mahathir. Arwah Megat Juned seorang kaki judi yang terlibat dalam kematian wanita pemilik kedai video adalah menteri setia Mahathir Muhamad. Shahidan Kassim terlibat dengan kemasukan beras secara gelap di Perlis adalah menteri besar Mahathir Mohamad yang setia.

Rais Yatim sekor bangkai bernyawa telah diberi nafas oleh Mahathir hinggakan sanggup meminum air basuh kaki Mamak yang pada satu ketika dahulu dikutuknya. Rafidah Aziz rottweiler betina terlibat dalam agihan AP, manakala rottweiler jantannya ialah Nazri Aziz. yang terlibat dengan 600 permit teksi. Mereka adalah menteri setia dalam kabinet Mahathir. Para rottweiler–rottweiler ini akan terus menderam dan menyalak jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Mahathir Mohamad.

Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisian yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Mahathir.

Apa sangkut paut semua ini dengan Najib Razak?

Najib Razak ialah ibu kepada semua rasuah. Najib Razak ialah ibu kepada semua masalah. Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Ini bukan tohmahan. Dalam mahkamah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib Razak lebih bangkai bernyawa dari Rais Yatim. Najib Razak lebih banyak menyondol dari Rahim Thamby Chik. Najib Razak berjuta-juta kali menerima rasuah dari Rafidah Aziz dan Nazri Aziz. Manusia seperti Najib Razak ini adalah model (bukan model Mongolia) yang terbaik dalam bacaan politik Mahathir Mohamad. Manusia Najib ini akan menjadi sekor rottweiler yang paling setia kepada Mahathir Mohamad.

Dalam congak politik Mahathir, Najib Razak akan meneruskan dinastinya. Sesudah Najib akan dimasukkan Hishammuddin Hussein, rottweiler katek si pembawa keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul. Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar untuk menjadi rottweiler dengan salakan-salakan kecil menyerang Abdullah Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang di cita-citakan oleh Mahathir Muhamad. more...

ISU RUMAH TSUNAMI MASIH BELUM SELESAI?

Isu perumahan mangsa tsunami: Penduduk minta exco campur tangan

Harakahdaily - Sampai hari ini 600 unit perumahan tsunami di Kuala Muda, Seberang Perai tidak berpenghuni sedangkan pembinaanya telah siap sepenuhnya sejak lima bulan lalu.

Akibatnya timbul tanda tanya adakah penduduk di persisiran pantai akan dipindahkan sebagaimana yang diura-urakan atau terbuka pada sesiapa yang dipilih untuk mendudukinya.

Semuanya menjadi persoalan penduduk di situ kerana tiada perbincangan atau taklimat diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Dato' Azhar Ibrahim selaku bekas Exco Kerajaan Negeri yang sememangnya mempunyai maklumat sebenar atau sekurang-kurangnya penerangan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulunya.

Bagi menghilangkan keresahan rakyat di situ mereka berharap Exco Perancang Bandar, Desa dan Perumahan Negeri, Wong Hon Wai masuk campur untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Mereka juga meminta exco berkenaan turun meninjau agar kemelut terutamanya projek apa yang bakal diusahakan di persisiran pantai sehingga menyebabkan perpindahan berlaku dapat diselesaikan.

Harakahdaily difahamkan hanya sekali penduduk dipanggil oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) supaya hadir ke Dewan Che Chik, Bakau Tua untuk bertanya tentang setuju atau tidak untuk berpindahg serta nilai pampasan rumah yang hendak diberikan.

Menurut penduduk yang sempat ditemui, Che Ani Andak 67, selepas pertemuan dengan Pejabat Daerah SPU tiada lagi pertemuan dibuat sehinggalah ke hari ini.

Cuma isu perumahan itu dibangkitkan semula ketika Dato' Azhar berkempen semasa pilihan raya umum lalu kononnya sesiapa yang tidak mengundi BN mereka tidak berpeluang mendudukinya bila arahan dikeluarkan. more...

No2umnO - Ini lah yang dikatakan perjuangan bangsa Melayu Pulau Pinang. Nak cakap apa lagi? Setiap harri banyak perkara yang timbul. Timbus sejak dahulu sekarang sudah terapung apung. Bila rakyat dah tahu, sekarang kita nilaikan perjuangan Melayu UMNO sebenar. Ngarut punya parti !!!

Ketua UMNO Kampar syor Tajol Rosli letak jawatan

izzan126.multiply.com
IPOH 14 April - Seorang Ketua UMNO Bahagian mengesyorkan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri secepat mungkin.

Ketua UMNO Bahagian Kampar, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, langkah itu perlu selepas bekas Menteri Besar Perak itu dilihat tidak bermaya dalam menjalankan tugasnya sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

''Tidak ada sebarang isyarat daripada beliau (Tajol Rosli) tentang apa yang hendak kita lakukan, beliau juga langsung tidak keluarkan kenyataan, arahan atau menentukan arah tuju kepada pemimpin UMNO di bawahnya.

''Kepimpinan kita di Perak mesti nampak ke depan dan mempunyai banyak idea dan boleh pula menyatukan orang UMNO dan Melayu terutama sekali dalam keadaan kita telah kalah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau menghadiri perjumpaan tertutup dengan Badan Pengurusan UMNO Pusat yang diketuai Timbalan Presiden Parti yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Badan Perhubungan UMNO Perak.

Mohd. Radzi berkata, Perak buat masa ini amat memerlukan seorang pemimpin yang lebih bersemangat dan berwawasan untuk menggerakkan jentera parti di peringkat cawangan hingga ke peringkat teratas.

''Bagaimanapun biarlah pucuk pimpinan tentukan apa yang perlu dilakukan. Kita di sini cuma melontarkan pandangan dan tidak kisah siapa juga yang bakal dilantik menggantikan Tajol Rosli.

''Perkara ini memang telah saya bangkitkan dalam perjumpaan tertutup tadi dan nampaknya ramai yang menyokong cadangan saya,'' katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pelancongan dan Industri Asas Tani negeri. more...

Posting terkini

Blog Archive