suarakeadilan | Pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Presiden Umno Najib Razak menganggap kerusi Presiden Umno harta pusaka yang boleh diwariskan sesuka-hati mereka.
Beliau berkata demikian di suatu sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di Jalan Langgar Golf tengahari tadi. Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh 50 media asing dan tempatan.
“Peralihan kuasa ini, seolah-olah jawatan presiden itu dianggap satu harta pusaka yang boleh diwariskan kepada sesiapa sahaja, mengikut kehendak presiden parti, tanpa menghirau hak asasi di peringkat akar umbi,” kata Razaleigh.
Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat bimbang dengan nasib pengundi-pengundi akar umbi Umno yang dipergunakan kepimpinan tertinggi Umno demi kepentingan kuasa semata-mata.
Kenyataan Razaleigh ini mengesahkan pandangan Anwar Ibrahim, bahkan Razaleigh turut akui bahawa Umno berada dalam keadaan terburuk dalam sejarah parti itu, dan menegaskan perpecahan dalaman parti kali ini lebih teruk dari yang pernah berlaku sebelum ini.... selanjutnya.
Sep 27, 2008
Dollah dan Najib anggap kerusi Presiden UMNO harta pusaka
Labels: Tengku Razaleigh
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Gerakan kutuk tindakan ganas pada Keluarga Teressa
bernama | Parti Gerakan mengutuk perbuatan melempar bom molotov cocktail ke rumah keluarga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuala Lumpur awal pagi tadi dan meminta kerajaan dan pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan segera kepada pihak yang terbabit.
"Kami sangat terganggu dengan tindakan ganas kedua seumpama ini yang berlaku dalam tempoh kurang daripada dua bulan. Pada awal Ogos ini, molotov cocktail turut dilempar ke rumah yang pernah diduduki Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga," kata Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam satu kenyataan.
Beliau berkata walaupun Gerakan mungkin tidak bersetuju dengan pendirian dan pendekatan Teresa dan pemimpin pembangkang yang lain mengenai sesetengah isu, namun Gerakan menghormati hak mereka untuk menyatakan pendapat.
Koh berkata mereka yang tidak bersetuju dengan Teresa, perlu berani untuk berdepan dengannya menerusi perbincangan atau perdebatan yang aman.
"Tiada siapa yang boleh bertindak mengikut undang-undang sendiri. Bertindak secara ganas seperti ini adalah perbuatan pengecut," katanya.
Tindakan ganas dan tidak mengikut undang-undang hanya akan memburukkan lagi suasana ketidaktentuan ekonomi dan politik semasa negara, tambahnya.
Labels: Teresa kok
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Hindraf slams Selangor exco's stand on temple demolition
malaysianinsider | Hindraf has slammed Selangor exco member Dr Xavier Jayakumar for "losing the plot" in the Hindu temple demolition issue.
In a press statement, Hindraf chairman P.Waytha Moorthy said Jayakumar's excuse of not being registered echoed a similar attitude as the previous Barisan Nasional state government.
"The statement by Dr Jayakumar that the Sri Maha Kaliamman Temple is not registered with the Selangor State Council and that it did not fulfill the "format" of registration is a joke and makes a mockery of the basic right to worship of every citizen.
"It appears the PR government is singing the same tune of the previous BN Government in misleading the community to believe that the temple committee was at fault for not registering the temple," he stated.
The Sri Maha Kaliamman temple was torn down on Sept 9 by the Ampang Jaya Municipal Council but the Pakatan Rakyat state government had claimed it breached a directive barring the destruction of any places of worship put in place soon after it had won the March 8 polls.
"Is the Pakatan Rakyat government willing to lodge police reports on the Ampang Jaya Municipal Council?" Waytha asked in his statement.... selanjutnya.
Labels: Perkauman
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nasib Abdullah ditentukan dua minggu lagi
harakah | .... Desakan pihak-pihak tertentu dalam Umno supaya Abdulllah berundur segera, berjaya dipendekkan daripada 21 bulan (Oktober 2008 - Jun 2010) kepada enam bulan sahaja.
Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan.
Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.
Tempoh dua minggu itu diambil untuk Abdullah mengambil kira 'feedback' daripada Umno Bahagian yang akan bermula mengadakan persidangan 9 Oktober ini.
Di sebalik larangan peraturan Tataetika Umno yang ketat dan kelebihan undi bonus yang ada kepadanya sebagai Presiden Umno, Abdullah dilaporkan tidak yakin beliau dapat melepasi kuota pencalonan sebanyak 30 peratus atau dari 58 bahagian.
Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi. ... selanjutnya.
Labels: Alahai Dollah
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Rumah ibu bapa Teresa Kok dilontar bom petrol
utusan | Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di sini dilontar bom petrol awal pagi ini.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Teresa ketika dihubungi hari ini.
Anggota Exco kerajaan negeri Selangor itu akan mengadakan sidang akhbar tengah hari ini di rumah ibu bapanya berhubung insiden itu.
Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 Sept lepas setelah ditahan selama tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan yang dihubungi mengesahkan insiden itu berlaku kira-kira 2.55 pagi.... selanjutnya.
Labels: Teresa kok
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Ulamak terkejut perangai anak
kosmo | Seorang anak perempuan ulama terkenal Britain, Omar Bakri Mohammed merupakan seorang penari separuh bogel, lapor sebauh akhbar semalam.
Omar yang kini berada di Lebanon selepas diusir dari Britain mengaku terkejut dengan tindakan anak perempuannya itu, Yasmin.
Yasmin yang berumur 27 tahun menjalani kehidupan sedemikian kerana memberontak corak kehidupan bapanya yang mahu badan wanita ditutupi dengan pakaian.... selanjutnya.
no2umno - Kitorang dah biasa dah ... anak atau cucu ....lebih kurang je.
Labels: Alahai Dollah, Berita
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Selamat hari Jadi RPK
Hari ni di tahun 1950, lahirnya Raja Petra Kamaruddin yang di kenali sebagai Raja Petra@Pete. Sekarang sedang berada di Kemunting kerana undang undang Yahudi ISA yang menyekat komunis di hutan dari masuk bandar.
Sempena hari jadi beliau ... baca artikel yang ditulis oleh isterinya dalam pengalaman melawat Raja Petra di Kemunting baru baru ini ...
First Time To Kamunting Detention Centre
My first reaction was to run and give him a real big hug and kiss, at the same time my heart feeling so heavy seeing this hero of mine on the other side. Pet was sitting down and wearing white prison clothes. He has lost weight, looked very pale probably not seeing sunlight for almost 2 weeks now, his beard and hair growing longer.
At that point I had tears in my eyes but was trying really hard holding back my tears. I really did not want him to see me cry that would only make it really hard for him. I reached out to hold and rub his hands and did not let go for a minute. He was glad to see us because the last time we saw him was 8 days ago at Bukit Aman.
I asked him how he was coping and he said hard being under solitary confinement and it is for 3 months and after that only will he be able to interact with the other detainees. He will be moved into a dormitory where he will get to watch TV and read newspapers, New Straits Times and Utusan Malaysia.
He said he had 3 ustaz ( religious teacher) visit him this morning questioning about his religious knowledge and beliefs. The questioning was cut short cause of the family visit and would continue in the afternoon.
I told him to please be strong and don't let them get to him. I said "Honey they have got your body but not your mind and soul, hang in there love we've coming to get you. The Pakatan Rakyat is on track to takeover the government. Just give us a bit more time, ok?"
I told him that this time around there is a difference on the use of ISA and that he had made that difference. There is tremendous outcry on the use of ISA and that Political Parties within the Barisan Nasional, Datuk Zaid Ibrahim the Law Minister had even resigned for the use of the ISA, the thousands of well wishes and support I have received. People all over are praying and standing behind us on this struggle for change that he has started....read the rest.
Labels: Abolish ISA, Raja Petra
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Cubaan Baikot Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Gagal
tranungkite | Usaha untuk mengagalkan majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng di Masjid Terapung Tanjung Bungah pada 25 Sept.2008 gagal dicapai oleh pihak pengurusan masjid dan UMNO bahagian Bukit Bendera.
Usaha pihak pengurusan Masjid Terapung Tanjung Bungah untuk gagal program majis berbuka puasa YAB Lim Guan Eng telah dikesan pada awal pagi oleh Ajk Pas Kawasan Bukit Bendera dan usaha telah dibuat oleh PAS Kawasan Bukit Bendera untuk maklumkan kepada pihak pengurusan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Notis surat pemberitahuan program berbuka puasa telah dibuat oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 YB.Mohd Fairus Khairuddin kepada pengurusan Masjid Terapung Tanjung Bungah telah diberi awal dan pihak masjid juga telah umumkan perkara program tersebut kepada penduduk sebelum sembahyang Jumaat yang terdahulu .
Amat memalukan pengurusan Masjid Terapung Tanjung Bungah gagal melaksanakan tangjungjawab tersebut sedangkan program berbuka puasa bersama Ketua Menteri di masjid-masjid seperti masjid Melayu Lebuh Acheh ,Masjid Hashim Yahya Jelutong dan lain-lain masjid mendapat kerjasama erat dari pengurusan masjid masing-masing.
Akhirnya program itu berjaya diadakan juga apabila setelah diserahkan kepada PAS Bukit Bendera oleh pihak kerajaan Pulau Pinang .
Sambutan amat luar biasa ramai penduduk keluar hadir berbuka puasa dan bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang.Bukan sahaja dari kalangan umat Islam yang hadir tapi kalangan rakyat bukan beragama Islam turut hadir menjayakan program tersebut.
Seramai lebih 300 orang telah hadir secara tidak langsung UMNO gagal baikot kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang di Masjid Terapung Tanjung Bungah.... selanjutnya.
Labels: Belit BN Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 4 comments
Najib more unpopular than his boss - Anwar
minsider | ...."From a survey [it] showed that however unpopular Abdullah is now, Najib is more unpopular. He has a major problem of credibility. Many unexplained cases which does insinuate his involvement in [an] earlier murder case he has to explain, I'm not suggesting anything beyond that," Anwar said in Hong Kong, while in Hong Kong for an Asia investment conference.
"It's not a matter of going to the mosque and swearing that you are not involved. Then you make a mockery of Islam, the Quran and the law.
"If you go to the prison and say to these convicted murderers and rapists, 'if you swear on the Quran you go scot free', then 99.9 per cent would go free."
Discussions on whether Abdullah would step down early would not derail the opposition's plans, Anwar said, denying that he had lost credibility after failing to meet the Sept 16 deadline by which he had said he would have enough support in government to become prime minister.
While he had the names of the MPs who supported him, he said he could not disclose them because of the climate of fear in Malaysia.
"The climate of fear is real. Why do we need to expose them" and make them take such a risk, he asked.... selanjutnya.
Labels: Alahai Dollah, Belit Najib
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
