KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

HENTIKAN PARTI MABUK DAN KHAYAL DI PERKAMPONGAN ORANG ASLI - Oleh Suhaimi Said

dipetik: lubokkawah.blogspot

Terlalu banyak tindakan yang perlu dilakukan oleh Kerajaan bagi membela nasib orang-orang Asli di seluruh Negara. Jika dibandingkan dari waktu sebelum Merdeka, kedudukan orang-orang Asli sudah ada perbezaan, namun orang-orang Asli merupakan kaum Bumiputra yang sangat mundur.

Lawatan ke perkampongan orang-orang Asli terbukti menunjukkan bahawa mereka adalah kaum yang paling minima mendapat pembelaan dari Kerajaan.

Dan masih ada lagi orang-orang Asli yang tidak mempunyai rumah seperti di Perhutanan Simpan Krau di Raub, Pahang. Mereka berlantaikan tanah dan beratapkan langit. "Pondong-pondong" kecil diperbuat daripada empat batang kayu kecil dan di selaputkan dengan daun-daun, adalah rumah-rumah mereka. Kumpulan Che Wong itu mungkin merupakan yang termundur di Malaysia.

Di kampong-kampong yang lain, mereka tidak mempunyai apa-apa kemudahan asas, dan tidak pula mempunyai sumber pendapatan yang tetap.

Namun kemiskinan mereka telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memancing undi semasa pilihanraya dijalankan.

Dengan kemiskinan yang melampau-lampau ini, ada pihak yang tergamak mengadakan majlis "pesta arak" dan "majlis bersiwang yang mengkhayalkan" semata-mata untuk mendapat sokongan dan meraih undi.

Semasa pilihanraya, parti politik berkenaan menghidangkan minuman arak, mengadakan majlis karaoke, dan majlis siwang, hingga berhari-hari, iaitu dari mula tarikh Parlimen dibubarkan hinggalah kepada Hari Mengundi, dan di Hari Mengundi itu, orang-orang Asli ini terus dibawa ke tempat mengundi untuk mengundi Barisan Nasional.

Adalah menjadi hak kepada mana-mana parti politik untuk mendapatkan pengaruh masing-masing, tetapi usaha yang membelakang ugama dan moral ini tidak sepatutnya menjadi perkara bahan mencari pengaruh.

Adalah lebih wajar bagi UMNO memberikan kesedaran kepada orang-orang Asli agar mereka tahu hak asasi mereka. Tidakkah lebih baik bagi UMNO membela orang-orang Asli supaya mendapatkan tanah dan menjadikan tanah yang mereka kerjakan itu sebagai tanah yang diberikan geran?

Tidakkah lebih baik jika diujudkan perkampongan yang lebih tersusun bagi orang-orang Asli dengan setiap keluarga mereka diberikan ladang seumpama ladang di Felda dan mempunyai geran tanah untuk ladang-ladang itu?

Tidakkah lebih baik jika tanah-tanah rezab orang-orang Asli itu dibuatkan ukuran survey dan ditetapkan keluasannya dan rizab itu digazetkan supaya tidak lagi dapat diceroboh oleh mana-mana pihak?

Tidakkah lebih baik jika perkampongan orang-orang Asli itu diberikan kemudahan asas yang sesuai untuk kehidupan yang lebih selesa seperti adanya bekalan air, api dan talipon serta jalan tar yang sesuai?

Tidakkah lebih baik jika usaha pertanian yang dijalankan oleh orang-orang Asli dapat dibantu dengan cara pertanian yang lebih moden dan segala hasil yang dikeluarkan oleh orang-orang Asli ini dapat dipasarkan dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan FAMA?

Daripada membekalkan arak dan projek-projek khayal, tidakkah lebih baik jika diadakan program motivasi dan program ilmu yang boleh membantu orang-orang Asli menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa?

Kenapa arak? Tidakkah arak itu haram disisi Islam? Tidakkah orang-orang yang membekalkan arak itu terdiri daripada orang-orang UMNO yang beragama Islam? Tidakkah berdosa bagi orang-orang Islam membekalkan arak?

Apakah teladan yang baik yang nak ditunjukkan oleh UMNO semasa kempen pilihanraya berjalan? Apakah pembekalan arak itu yang terbaik?

Selain daripada pembekalan arak dan program khayalan siwang dan karaoke, orang-orang Asli juga diberikan sedikit sebanyak imbuhan berupa wang ringgit, yang dalam bahasa kasarnya, adalah rasuah politik untuk mengundi Barisan Nasional.

Ya, benar! Dengan UMNO berbuat perkara-perkara mungkar itu, orang-orang Asli akan mengundi Barisan Nasional; tetapi bolehkah orang-orang Asli dapat mengubah nasib mereka selepas pilihanraya? Walhasil balik asal, orang-orang Asli tetap menjadi kaum yang terpinggir dan ketinggalan dari segi arus pembangunan Negara. Pilihanraya demi pilihanraya, itulah juga taktik UMNO untuk mendapatkan undi daripada orang-orang Asli.

Memang juga benar bahawa bertepuk tidak hanya sebelah tangan. Ada dikalangan orang-orang Asli yang memang suka kepada arak dan berkhayal. Tetapi tidakkah kita mahu kepada perubahan? Bolehkah arak dan berkhayal itu merubah cara dan sistem hidup?
Tidak ada manusia yang tidak mahu kepada perubahan dan kemajuan, dan perubahan dan kemajuan tidak akan tercapai melalui pembekalan arak, karaoke dan siwang!
Saya bergaul luas dengan orang-orang Asli dan saya berasa amat sedih dengan tindakan petugas-petugas UMNO yang membekalkan arak kepada orang-orang Asli menjelang pilihanraya, dan saya mengajak orang-orang Asli khususnya kaum belia mereka supaya menolak pemberian arak, dan menollak mana-mana parti politik yang membekalkan arak.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive