KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 12, 2007

Kereta aktivis Bersih terbakar dalam jagaan polis !!!

KeADILan

Kuala Lumpur 12 Disember 2007 — Sebuah kereta milik seorang aktivis Bersih yang membawa bersama Tian Chua Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat telah terbakar semasa berada dalam ‘tangan’ polis selepas insiden perhimpunan Bersih di hadapan bangunan parlimen semalam.

Kira-kira pukul 10.45 pagi aktivis tersebut, Abdul Razak Bin Ismail memandu sebuah kereta Proton Tiara bersama Tian Chua di tahan pihak polis di hadapan jalan masuk utama Parlimen.

Kedua-dua mereka kemudian diseret keluar secara kekerasan dari kereta tersebut.

Tian Chua telah dibelasah teruk semasa berlakunya insiden pergelutan tersebut.

Jelas Razak lagi kereta tersebut di tinggalkan dalam keadaan baik ditempat kejadian setelah kedua-duanya dibawa kemudiannya ke Ibupejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPK) Jalan Hang Tuah dengan menaiki kenderaan polis.

Pada kira-kira pukul 5.00 petang pihak polis telah memaklumkan kepada Razak bahawa keretanya telah terbakar dan kemudiannya telah menunjukkan keadaan kereta tersebut yang telah ditarik balik dari hadapan Parlimen ke tempat letak kereta dalam kawasan IPK tersebut.

Razak dan Tian Chua kemudiannya membuat laporan polis atas kejadian kebakaran yang berlaku terhadap kenderaan tersebut dan menganggap bahawa kebakaran ini adalah kerja-kerja sabotaj pihak polis.

Mereka mahukan pihak polis bertangggungjawab ke atas kenderaan tersebut kerana kenderaan terbakar dalam kawalan dan jagaan pihak polis.

Dilampirkan bersama foto-foto mereka-mereka yang ditahan dan kemudiannya diikat jamin semasa berada dalam tahanan di IPK.

Kesemuanya dibebaskan menjelang pukul 9.00 malam semalam.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive