KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 28, 2007

JANGAN LUPA .... MALAM INI GEMPUR NS



ANWAR GEMPUR NEGERI SEMBILAN


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menggempur Negeri Sembilan dengan ceramah perdananya pada 28HB. DISEMBER, 2007.

Ceramah itu akan diadakan di Kampung Linggi (Depan Sekolah Kebangsaan Linggi), bermula jam 9.00 malam sempena program turun padangnya di seluruh Malaysia.Tajuk ceramah tersebut ialah ‘Gelombang Gagasan Rakyat Negeri Sembilan’, kata jurucakap program, Norazizi A. Aziz.

Ceramah perdana ini akan turut diserikan dengan gandingan penceramah lain antaranya, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifly Mohamed Omar; Adun Lobak (DAP), Anthony Loke Siew Fook; Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, Dato Kamarul Baharin Abbas; Bendahari KeADILan, William Leong; Aktivis dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin dan Timbalan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilam Chai Tong Chai.

Anwar dijangka akan mengupas isu keanggotaan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Klip Video VK Lingam, isu himpunan Bersih dan Hindraf dan isu skandal Pelabuhan Bebas Cukai Kelang (PKFZ).

Seluruh rakyat Negeri Sembilan and Melaka dialu-alukan untuk hadir ke majlis ceramah perpaduan rakyat ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive