KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 28, 2007

UMNO AKHIRNYA AKUI ANJUR BOLASEPAK

dipetik: ntbn.wordpress

Perlawan bolasepak yang tiba tiba kecoh dengan insiden tembakan amaran oleh pengadil pada awalnya, tidak diakui dianjur oleh UMNO, melalui lapuran polis Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit, Ayub Jamil. Maka sibuk lah media dan orang ramai ingin mengetahui punca kejadian dan kaitan tentang perlawanan tersebut.

Di katakan pengadil perlawanan tersebut adalah seorang POLIS TRAFFIK yang membawa pulang pistol dan kerana diserang maka beliau mengeluarkan pistol lalu membuat tembakan amara. Mujur tiada sesiapa yang cedera, seperti yang berlaku di Batu Burok. Akibat berita yang tidak lengkap yang tersiar, maka timbul beberapa persoalan dan spekulasi, bagaimana seorang polis traffik boleh membawa pulang pistol dan sebagainya.

Tiba tiba hari ini ada anggota UMNO yang bersetuju mengatakan bahawa ianya anjuran UMNO setelah, pihak polis melepaskan anggota polis tersebut dari dikenakan tindakan yang sewajarnya. Rujuk berita berikut,

Ketuanya, Zaidi Japar, berkata pertandingan anjuran Jawatankuasa Pentadbir Pemuda Cawangan (JPPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit itu adalah bagi merebut Piala Ketua Pemuda Bahagian Batu Pahat.

Harian Metro
Katanya, pertandingan dijalankan secara liga dan bermula awal Jun lalu itu, berjaya menarik penyertaan 17 pasukan bola sepak di dalam DUN berkenaan.

"Pertandingan diadakan itu tidak pernah mengguna atau membabitkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit, Ayub Jamil, tetapi ia adalah kerjasama pemuda UMNO cawangan di DUN berkenaan.

"Bagaimanapun, saya kesal kerana ada pihak mendakwa penganjur menggunakan nama DUN Rengit, tanpa mendapat kebenaran pihak tertentu terlebih dulu," katanya.

Zaidi berkata, pihaknya juga terkilan dengan insiden pergaduhan antara pemain, penyokong sebuah pasukan dengan pengadil perlawanan akhir di padang Sekolah Kebangsaan Rengit, pada 23 Disember lalu itu.

Beliau berkata, dua pasukan yang mara ke pertandingan akhir itu ialah pasukan bola sepak Putera FC dan Rejo Sari FC.

Katanya, perlawanan yang berbaki beberapa minit untuk berakhir itu terpaksa dihentikan selepas segelintir pemain serta penyokong Bumiputera Rengit FC didakwa menyerang pengadil perlawanan.

Menurutnya, beliau percaya kekecohan berkenaan berpunca daripada campur tangan pemain serta penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain.

Bagaimanapun, beliau berkata, kekecohan dalam gelanggang itu berjaya dikawal tidak berapa lama kemudian.

, tetapi menjadi luar kawalan apabila segelintir penyokong Bumiputera Rengit FC mula bertindak agresif.

Sudah hampir seminggu peristiwa itu berlalu, UMNO baru sekarang mengakui penglibatan mereka. Mungkin ini lah sikap UMNO yang pucat kerana bimbang bersalah dan kalau pengadil@polis trafik itu dikenakan tindakan undang undang, mungkin UMNO langsung tidak mengaku atau mereka akan tutup cerita.

Bacul sungguh UMNO kerana berani buat, tidak berani tanggung.

Yang hebatnya, Adun Rengit yang ketakutan pula menjadi orang pertama membuat lapuran polis menidakkan penglibatan beliau.

Sudah menjadi sikap UMNO, bacul dan pengecut di dalam menegakkan pendirian. Kalau bersalah, cakap sahaja bersalah, ini menyorok dan menggunakan nama Adun untuk lari dari tindakan. Mungkin mereka sudah tahu bahawa menggunakan nama Adun boleh selamat dari undang undang. Malangnya Adun tidak mahu terbabit kerana perlawanan dibuat tanpa pengetahun Adun. Ada pihak yang lain yang cuba untuk mendapatkan nama, mungkin.

Pengajaran ...... UMNO buat upacara sekecil itu pun kelam kabut dan diluar kawalan. Kehadiran tidak seberapa, tapi berakhir dengan kekecohan. Mungkin ramai sangat Samseng yang menonton bola sepak? Elok benar lah kalau UMNO dan SAMSENG itu digandingkan kerana kemana UMNO pergi, isu samseng tidak akan ketinggalan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive