KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 28, 2007

MIC DAN UMNO PASTI GEMPAR !!!





Anwar terima sokongan luar biasa dari akar umbi

klpos
Oleh Rahimi Osman & Din Merican

Eksklusif TANGGAL 22 dan 23 Disember lalu, kami melalui perjalanan yang penuh bermakna daripada ibunegara ke desa di utara yang kononnya dikenali sebagai 'Koridor Utara' untuk bersama menyertai Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam beberapa siri ceramah dan program masyarakat.

Perjalanan ini membawa kami ke Permatang Pauh, Simpang Empat, Seberang Jaya, Kampung Padang Benggali, Kulim, Teluk Air Tawar, Taman Lobak, Pekan Lama Sg Petani dan Kota Sarang Semut, Alor Star. Kembara ini penuh bermakna kepada kami, walaupun satu ketika dahulu kami juga merupakan anak desa, tetapi perjalanan kali ini memberi satu pengajaran kepada kami untuk merasai realiti kehidupan penduduk desa zaman ini.

Di Permatang Pauh, kami melawat Wisma Yayasan Aman di mana Dato' Seri Anwar berucap di hadapan 300 orang hadirin serta menerima penyertaan 250 orang ahli baru keADILan. Walaupun sederhana, Yayasan Aman lengkap dengan kemudahan termasuk asrama dan makmal komputer dengan kemudahan Internet.

Bangunan ini juga mempunyai sebuah perpustakaan dan kemudahan lain seperti dewan serbaguna. Di sinilah, Sdr Din Merican telah 'ditabal' sebagai ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), pada umur 68 tahun, Sdr Din Merican menjadi ahli yang tertua AIC. Tetapi sepertimana kata-kata ramai, walaupun berusia 68 tahun, Din masih tetap segak dan bergaya serta semangat menentang ketidakadilan.

Di setiap majlis, kami menyaksikan kehadiran orang ramai yang sungguh menganggumkan untuk mendengar mesej daripada Dato' Seri Anwar mengenai perpaduan kaum, tolak ansur, keadilan dan pengurusan kerajaan yang bertanggungjawab.

Anwar bukan pro-Hindraf

Beliau memberitahu hadirin, beliau yang merupakan pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam, beliau tidak akan sekali-kali mengenepikan masalah bangsa Melayu khususnya yang mana berhubung kait dengan artikel 153 Perlembagaan Malaysia, pada masa yang sama beliau juga akan bersikap adil dan prihatin terhadap penderitaan serta kemiskinan kaum India dan Cina yang diketepikan. Inilah prinsip keadilan yang perlu ada pada setiap insan. Tiada pemimpin yang layak menerajui negara bertuah ini jika dia tidak berdiri di atas prinsip keadilan.

Sudah tentunya beliau bukanlah pro-Hindraf, beliau cuma menyokong hak HINDRAF yang dijamin oleh perlembagan untuk berhimpun secara aman. Beliau juga berjanji untuk membela nasib kaum India yang sedang mengalami masalah ekonomi dan sosial yang serius kerana dipinggirkan oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ceramah beliau di Taman Lobak, Lunas dihadiri lebih kurang 7000 orang, majoritinya kaum India. Mereka menyambut kehadiran Dato Seri Anwar dengan penuh semangat, tampak di wajah mereka satu harapan untuk pemimpin rakyat ini membela nasib mereka.

Dato' Seri Anwar memberikan mereka beberapa contoh kes rasuah besar pemimpin negara dan salah guna kuasa, serta kelemahan pentadbiran kerajaan hari ini. Beliau berkata, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional terlalu sombong dan bongkak serta tidak langsung mempedulikan masalah rakyat.

Jumpa intelektual Melayu

Di Kulim, Kedah, beliau juga bertemu dengan sekumpulan golongan intelektual Melayu Islam untuk sesi dialog membincangkan masa hadapan Melayu serta rakyat Malaysia berkenaan Agenda Ekonomi Malaysia yang beliau kemukakan. Beliau berkata, agenda ini adalah jalan baru menuju kearah kemajuan negara serta bangsa Melayu di abad ke-21 ini.

Di Teluk Air Tawar, dimana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat ini berucap dihadapan 5000 orang, beliau memberitahu bahawa pimpinan UMNO peringkat akar-umbi telah melancarkan kempen kotor yang menyatakan beliau sekarang merupakan seorang yang pro-India dan menentang kaum sendiri.

Beliau memberi jaminan kepada mereka yang beliau tidak akan berganjak dari perjuangan beliau untuk membela nasib kaum sendiri. Tetapi sebagai seorang Muslim, beliau dibesarkan untuk percaya bahawa keadilan harus ditegakkan untuk seluruh rakyat Malaysia kerana prinsip keadilan inilah yang menjadi tiang utama keharmonian dan kestabilan negara.

Ucapan beliau disambut baik, kami menanyakan pendapat beberapa orang hadirin dan mereka sekarang sedar bahawa UMNO telah melancarkan satu kempen kotor desperado menentang Dato' Seri Anwar.

30,000 dengar ceramah

Ceramah Perdana di Kota Sarang Semut pada malam 23 Disember menyaksikan puncak lawatan Dato' Seri Anwar ke Utara. Lebih kurang, 30, 000 hadirin yang majoritinya Melayu hadir membajiri Markas PAS Kedah untuk mendengar amanat daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang. Pemerhatian kami, Dato Seri Anwar berada di kemuncaknya apabila beliau membuatkan hadirin duduk mendengar dengan teliti dan memberikan respon yang baik kepada ucapanya walaupun sudah lewat malam.

Beliau membangkitkan isu rasuah, salahguna kuasa dan kelemahan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menyeru rakyat kali ini untuk memberikan undi mereka sebaik-baiknya supaya kita boleh bergerak ke satu era baru di bawah sebuah kerajaan yang mengutamakan khidmat untuk rakyat.



Perjalanan kali ini penuh dengan memori bermakna. Tidak selalu kita ini orang Bandar sedar bahawa rakyat di desa sungguh istimewa, setia dan punyai semangat untuk berkerja keras. Mereka adalah rakyat yang telah lama ditindas oleh pemimpin yang korup.

Kami juga sedar bahawa mereka tidaklah senaif mana, mereka mampu berfikir untuk diri mereka mana yang baik dan mana yang buruk. Jika diberikan input dan fakta kepada mereka, mereka mampu membuat keputusan yang bijak untuk diri, keluarga dan komuniti mereka.

Suasana kali ini sungguh kuat untuk satu perubahan, kita mesti mengambil peluang keemasan ini untuk menjadikan perubahan itu satu realtiti semasa pilihanraya umum ke 12 yang mendatang. Inilah masanya untuk kita mencampakkan lambing dacing ke Laut China Selatan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive