KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 23, 2008

RAKYAT PERLU HAPUSKAN BN


HAPUS MISKIN TEGAR : RAKYAT PERLU HAPUSKAN BN
jasindaily

Cuba kita bayangkan, maksud miskin tegar di Malaysia ialah rakyat yang berpendapatan bawah RM260 sebulan. Di Lembah Kelang, pendapatan di bawah RM1,000 masih tergolong dalam kemiskinan tegar yang dihadapi oleh semua kaum. Jika harga roti canai RM1 sebiji, bermakna rakyat miskin memerlukan RM30 sebulan untuk memakan sebiji roti sehari. Tetapi adakah itu cukup? Harga makanan lain seperti nasi campur atau nasi goreng sudah mencecah RM4 sepinggan atau melibatkan kos RM120 sebulan bagi seorang rakyat. Jika satu isi rumah mempunyai purata 5 orang dengan 3 kali sehari makan (RM120 x 3 x 5), mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM1,800 untuk makan sahaja bagi satu keluarga. Ini tidak termasuk keperluan asas yang lain seperti sewa rumah, pakaian, pendidikan dan pengangkutan.

Pengalaman rakyat Malaysia tentang peningkatan berterusan kadar inflasi sudah cukup untuk kita memahami janji-janji politik BN. Kita tahu BN sedang terdesak untuk menghadapi pilihan raya sehingga Perdana Menteri terpaksa menjanjikan sesuatu kepada kaum India – antara kaum termiskin di Malaysia. Kebelakangan ini Pak Lah cuba memujuk orang India selepas HINDRAF ‘dibelasah teruk’ baru-baru ini. BN mengadakan perayaan Ponggal di Masjid India, memberikan cuti Thaipussam dan hari ini mereka dijanjikan penghapusan kemiskinan. Walhal, rakyat sudah tahu harga petrol akan dinaikkan dalam masa terdekat ini dan bebanan hidup mereka akan bertambah lagi. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive